Monday, October 27, 2008

Mg Tokoh : Tok Mengkarak


MG dapat tahu daripada orang kampong, beliau adalah seorang yang keramat. MG memerlukan sedikit maklumat daripada pelawat laman Media Guai. Disini MG paparkan kubur Tok Mengkarak. Insyallah MG akan kisahkan cerita-cerita Tok Mengkarak episod yang akan datang…. MG.

2 comments:

JaMa Services said...

assalamualaikum

tahniah diatas blog sedara yang menarik dan berguna..Pengkisahan Tok Mengkarak amat menarik minat kawan kerana kawan adalah anak jati kg mengkarak dan guai, untuk maklumat awal...kawan pernah mengusahakan projek persejarahan tok mengkarak..namun usaha ini tertangguh sehingga sekarang, insyallah akan diteruskan dengan kemudahan it yang ada kini. Tok Mengkarak atau nama asalnya Imam Bur Al Qadim adalah anak kepada Iman Nur Al Bayan ( ada dikalangan waris rapat sedara yang bernama BAYAN BIN KASIM BIN RASU ...nama sempena tokoh pendakwah yang diberikan oleh bapanya Pak Wea Kassim bin Rasu - ayah Tan bin Kassim ).
Imam Nur Al Bayan dan anaknya Iman Nur Al Qadim berasal dari lembah sengkarak sekitar tahun 1620an. Ketika itu mereka dipercaya merupakan alim ulama yang menjadi penasihat agama kepada Kesultanan Pagar Ruyung ( Minangkabau )khususnya dalam membawa tarikan Martabat 7. Tarikat ini yang lebih menjurus kepada kefahaman tasauf yang mendalam ( kalau nak maklumat lebih mengenai tarikat ini...sila bertanya dengan Sdr Jantan Osman - Maybank Triang , telah difatwakan sebagai ajaran sesat oleh pemerintah kesultanan pagar ruyung setelah datangnya kefahaman ahlil sunnah wal jamaah. Gerakan memerangi pendakwah dan pengikut martabat 7 ini telah mendorong Iman Nur Bayan, Iman Nur Al Qadim dan beberapa ahli keluarga berhijrah demi untuk menyelamatkan diri dan mengembangkan syiar islam di tanah melayu.
Negeri Pahang dipilih apabila laluan perjalanan dari Melaka ke Muar dan ke Penarikan membawa ke tanah serting dan rembau serta tanah minang sekitarnya ( katanya Tok Mengkarak adalah waris rapat kepada Pemerintah Negeri Sembilan - Seri menanti ). daripada serting, pendakwahaan dan penghijrahan melalui sungai triang dan mudi melalui sungai pahang. Takala sampai dikuala sungai mengkarak, rombongan mendapati muara sungai mengkarak hampir menyamai lembah singkarak tanah air mereka ( hujah ini boleh diambilkira dengan melihat betapa uniknya kedudukan kampung mengkarak dari bukit che lani hingga ke lubuk pelangi/ tok langit yang berbentuk teluk besar bagi sungai pahang )
Kumpulan berhijrah ini telah membuka penempatan awal di kuala sungai mengkarak dengan mendirikan masjid dan penempatan ( kesan kesan sejarah masih boleh ditemui di tempat tersebut ). Disitulah Tok Mengkarak telah membuka s=puast pengajian agama untuk mengembangkan ajaran islam terutama kepada penduduk asal pribumi di sekitar daerah mengkarak ketika itu ( masyarakat asli ). Apabil semakin dikenali ( termasuk dengan hubungan rapat kepada sultan pahang - malah menurut kajian awal kawan, Tok Mengkarak telah dilantik menjadi mufti negeri pahang yang pertama dan diberi kepercayaan untuk memegang alat kebesaran negeri pahang - katanya lembing dengan mata berbentuk daun sireh yang kita gunakan dalah jata negeri pahang )...
keturunan Tok Mengkarak terus berkembang samada disekitar kampung mengkarak dan kampung kampung tradisi dipinggir sungai pahang...malah turut dikenali sebagai pemimpin tempatan dan nasional. beberapa nama yang lebih mengetahui sejarah Tok mengkarak kerana mereka juga adalah waris keturunan Tok Mengkarak...
1. Bekas Menteri Besar Selangor Yang Pertama ( cucu Tok Mengkarak ) - warisnya ABD RAZAK BAGINDA - Kes Altantuya
2. Dato Dr Munir ( Matan Ketua Pengarah IKIM )
3. Jantan Osman
4. Saifuddin Abdullah
dan lain lain...

sekian dulu...terimakasih.

CICIT TOK MENGKARAK.

cik charm said...

salam... kawan nk tambah sedikit dari apa yang kawan dengar... kawan pun masih mencari sedikit sebanyak tentang tok mengkarak ini... katanya mak sedara kawan beliau juga waris tok mengkarak.. termasuk lah tok kawan..nama nya TAHIR BIN MOHAMAD(CHE TAHIR)@(TOK TAHIR)bekas pengasas umno pahang barat.... serta atuk kpada beliau TOK MUDA BAKAR @ TOK MUDA PANDAK..... setakat itu saje yang kawan tahu hari ini.... semoga dapat di sambungkan lagi akan datang....
salam...

CUCU TOK TAHIR TEMERLOH.