Tuesday, October 26, 2010

Koperasi diperalat akibat jualan akhbar Utusan merosot


Semenjak agensi ABC ( Audit Bureau of Circulation ) mengeluarkan data berkaitan jualan akhbar di Malaysia antara 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009 bagi akhbar-akhbar utama Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Laporan berikut menyaksikan penurunan jualan untuk semua akhbar utama kecuali Kosmo dan Harian Metro.

Berikut merupakan ranking akhbar utama ( Bahasa Melayu ) dan perubahan edaran berbading tahun sebelumnya.

1. Harian Metro ( naik 4% )

2. Berita Harian ( turun 5% )

3. Utusan Malaysia ( turun 8% )

4. Kosmo ( naik 12% )


Laporan berikut menjelaskan bahawa kuasa beli pembaca akhbar Bahasa Melayu masih tinggi tetapi jelas menunjukkan mereka telah tidak berminat membeli akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Namun, Agensi ABC tidak memasukkan akhbar Sinar yang sekarang ini menjadi pilihan masyarakat.

Akibat daripada kemerosotan pembeli akhbar Utusan Malaysia, ada beberapa buah koperasi telah diperalatkan agar melanggan akhbar ini untuk diedarkan kepada semua ahli secara ‘ ambil hati ‘ bagi menjayakan aktiviti ekonomi koperasi.

Padahal apa yang berlaku akhbar yang dilanggan itu, dibayar setiap bulan tetapi tidak dibuka langsung. Mereka ini hanya membeli untuk ‘ ambil hati’ bukan untuk dibaca. Perkara ini telah berlaku sejak setahun lepas dan masih lagi berterusan hingga kini.

Menurut seorang ahli koperasi yang tidak mahu menyebutkan nama, perkara ini berlaku di kebanyakkan koperasi yang ahlinya terdiri dari kakitangan awam.

Persoalan timbul, kenapa perkara ini dibiarkan berleluasa?