Monday, June 14, 2010

ISLAM ADIL UNTUK SEMUA







Dato’ Seri Presiden PAS telah membentangkan Ucapan Dasar yang bertemakan ISLAM ADIL UNTUK SEMUA di Muktamar PAS Pusat kali ke 56 ( 11,12 & 13 Jun 2010 di PUTIK Kelantan ) dalam masa hampir sejam namun para tetamu, pewakilan serta pemerhati meneliti dengan penuh kesedaran.

Sekarang ini dunia berada didalam suasana yang serba tidak menentu. Beberapa percubaan sistem dan cara hidup telah diperkenalkan, namun satu per satu menemui kegagalan. Ditengah-tengah keadaan begitulah di PUTIK Kelantan PAS PUSAT telah mengemukakan suatu bagi menyelamatkan umat manusia iaitu ISLAM ADIL UNTUK SEMUA.

Secara ringkasnya Ucapan Dasar Presiden PAS itu telah dibukukan ( 30 mukasurat ) dan telah diedarkan kepada semua perwakilan. Apabila meneliti buku ini maka apa yang diucapkan oleh Presiden PAS merangkumi beberapa perkara,

1.Tanggungjawab dalam Masyarakat Majmuk
2.Pemerkasaan Parti dan Tarbiyah
3.Majlis Syura Ulama
4.Pimpinan Pusat
5.Dewan Ulama
6.Dewan Muslimat
7.Dewan Himpunan Penyokong
8.Konsep Federalisma dan masa depan Negara
9.Krisis Nilai, Sosial dan Ekonomi
10.Peranan PAS di Peringkat Antarabangsa

Dan
11.Tindakan setiap ahli dan kepimpinan
11.1 Mantapkan akidah perjuangan,tarbiyah,ilmu,fiqh siyasah,ikhlas,istiqamah,sabar dan murnikan tindakan serta sakhsiah
11.2 Tunjuk teladan dan bertindak dengan penuh keadilan Islam, bergerak kedalam seluruh masyarakat, bawa syiar Islam yang syumul untuk selamatkan dari kegelapan.
11.3 Gerakkan organ parti dengan mengisi beberapa aktiviti supaya kehadiran PAS dalam masyarakat akan dapat dirasai.