Friday, December 26, 2008

Daerah Bera kekurangan vitamin P?

Daerah Bera yang sedang rancak berjalan di dalamnya projek pembangunan. Bukan sahaja datangnya dari pihak kerajaan ( fizikal ) malah terdapat juga pihak NGO yang bersama membangunkan modal insan.

Bagi tujuan komersial pula Daerah Bera sedang membuat percubaan memperkenalkan Bandar Bera sebagai
‘ Bandar Burung Puyuh ‘.

Daerah Bera beruntung kerana mempunyai Ahli Parlimen yang berjawatan menteri. Tambah untung lagi Kompleks Rakan Muda sentiasa diisi dengan program belia.

Namun masih ada lagi kekurangan yang nampak ketara kerana pembangunan yang dilaksanakan tidak seimbang serta seperti tidak berperancangan. Lihatlah sebagai ulangan kepada yang telah membaca tulisan edisi lepas iaitu projek meninggikan jalan Temerloh-Triang di KM Simpang Kuala Bera hingga ke KM Kg Jeram Ular dan projek membina bangunan tandas di pinggir jalan.

Kami merasakan seolah-olah pihak berkuasa kekurangan maklumat yang tepat. Sebab itulah banyak projek dilaksanakan tidak menepati sasaran sebenarnya. Atau mungkin pemantauan kekesanan sesuatu projek kurang dilaksanakan?

Kami juga mendapat maklumat bahawa Daerah Bera juga kekurangan vitamin P. Mengikut amalan biasa Daerah Bera memerlukan empat vitamin P, tetapi sekarang cuma ada dua sahaja. Dengar-dengar khabar satu daripadanya akan dipindahkan ke daerah lain. Kami berharap agar pihak yang berkaitan dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin kerana apa yang kami maksudkan vitamin P tu ialah Penghulu, kerana ia amat diperlukan berperanan dalam bidang dan bilangan yang sepatutnya ia berperanan.

Friday, December 19, 2008

Jalan baru merisaukan penduduk


Pembinaan jalan baru dari simpang Kuala Bera sehingga ke Kg Jeram Ular merisaukan penduduk. Beberapa kawasan iaitu kampong tradisi, Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak serta asramanya terlibat dengan pembinaan jalan baru ini. Dahulu kami ada menyentuh tentang pengendalian pembinaan jalan alternatif projek ini.

Tetapi kini penduduk beberapa kampong yang terlibat serta warga sekolah bakal dan sedang menghadapi kesukaran untuk masuk ke halaman mereka kerana jalan baru yang dibina berada 3m lebih tinggi dari jalan masuk ke halaman mereka. Adakah kerana hendak mengelakkan jalan ini digenangi air sewaktu musim banjir maka keputusan meninggikan aras jalan ini sehingga melebihi 4m dari aras asal dibuat? Apakah pula akan berlaku kepada kawasan kampong terlibat serta kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak serta asramanya kerana kawasan mereka berada dibawah aras jalan baru ini?

Bukan itu sahaja malah malam tadi kami terperangkap dikesesakkan lalulintas disitu kerana hanya satu lorong jalan dibuka. Kami juga dapat melihat pihak pekerja disitu hanya menggunakan kereta untuk menyalakan lampu biru menandakan kawasan amaran supaya kenderaan berhati-hati dan memperlahankan kereta mereka apabila melalui kawasan itu. Adakah tiada alat lain yang lebih praktikal untuk digunakan?

Setahu kami setiap projek mesti melalui suatu perancangan yang teliti. Sebelum diluluskan ianya diperhalusi serta diperbincangkan dengan semasak-masaknya terhadap kesan baik dan buruknya. Tetapi bagi kami projek menaiktaraf jalan dengan meninggikan aras jalan sehingga melebihi 4m di kawasan jalan masuk ke kampong dan sekolah adalah tidak wajar.

Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan penduduk dan warga sekolah sebagai jalan keluar masuk malah dapat mengundang bahaya kepada mereka yang terlibat. Pun begitu sekiranya berlaku banjir sudah tentu kawasan kampong dan sekolah akan ditenggelami air terlebih dahulu.

Tuesday, December 16, 2008

Tandas ini untuk siapa?


Tandas ini dibina untuk siapa sebenarnya. Lokasi pembinaan adalah dihadapan masjid Kg Mengkarak. Apa yang menjadi persoalan ialah bangunan tandas ini dibina diluar pagar kawasan masjid dan berada di tepi jalan Triang-Temerloh.

Persoalan kedua siapakah akan membersihkan tandas ini. Setahu kita tandas di perhentian bas dan tempat makan awam yang ada penjaganya pun kotor dan tidak dapat diurus dengan baik, macamana yang ini? Tak tahulah mungkin pihak berkenaan melantik syarikat yang akan menguruskan kebersihan tandas seperti di laluan lebuhraya.

Bukan di sini sahaja terdapatnya tandas sebegini tetapi berhampiran dengan jeti Kg Tok Langit Jalan Kuala Bera juga kelihatan bangunan tandas seperti ini. Mungkin juga terdapat ditempat-tempat lain dalam daerah Bera ini.

Kami kurang pasti agensi manakah yang bertanggungjawab mengeluar dan menawarkan kerja kepada kontraktor bagi membina bangunan tandas ini.

Komuniti Bera bukan hanya mahu kemajuan saja, tetapi biarlah kemajuan dan pembangunan itu tidak membazirkan wang rakyat. Pun begitu pembangunan yang dilaksanakan biarlah praktikal dan tidak mengundang kesusahan kepada rakyat.

Semua pihak harus prihatin dan peka dengan pengisian pembangunan. Jangan hanya untuk hendak menunjukkan bahawa apabila ada seseorang tertentu yang mencadangkan atau mengusulkan maka ianya dapat dipenuhi maka berbanggalah seseorang tertentu itu kerana mulut atau cadangannya ‘masin’. Atau tidak keterlaluan menyebut nak menutup mulut orang tertentu maka projek semacam ini dilaksanakan.

Bersama-samalah kita insaf bahawa wang dan harta negeri adalah amanah kita bersama. Jika dibelanjakan kejalan kebaikan ia akan beroleh pahala begitulah sebaliknya.

Monday, December 15, 2008

Definisi dan klasifikasi Perlembagaan

Definisi Perlembagaan


Mengikut Robertson (1993 ), perlembagaan mengandungi satu set hak,kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autiriti awam dengan rakyat dalam sesebuah negara.
Sebagai pengertian yang mudah,perlembagaan ialah undang-undang umum yang tertinggi negara yang menjadi asas dalam pembentukan undang-undang seterusnya, samada bagi keperluan pentadbiran kerajaan dan institusi-institusinya ataupun seterusnya kepada organisasi-organisasi bukan kerajaan.
Klasifikasi Perlembagaan

Perlembagaan boleh dibahagi kepada dua iaitu:

a. Perlembagaan bertulis
b. Perlembagaan tidak bertulis

Perlembagaan bertulis meliputi semua prinsip mengenainya yang termaktub dalam satu dokumen-dokumen bersiri yang merujuk kepada perlembagaan. Perlembagan ini juga dinamakan ' conventional' (amalan pelembagaan) atau 'enacted'. Perlembagaan Malaysia ialah perlembagaan bertulis. Di Malaysia, sumber undang-undang bertulis ialah yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan,Perlembagaan Negeri,undang-undang yang digubal oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dan perundangan kecil yang diperbuat oleh badan-badan yang diberi kuasa oleh Akta Parlimen dan Enakmen/Ordinan Dewan Undangan Negeri.
Perlembagaan tidak bertulis pula terdiri daripada prinsip-prinsip perlembagaan yang tidak dicatitkan atau tidak termaktub di dalam satu dokumen secara khusus. Sebaliknya terdapat dalam beberapa keputusan-keputusan mahkamah atau konvensyen perlembagaan. Contoh di Malaysia, undang-undang tidak bertulis terdapat dalam adat tempatan,kes-kes yang dibicarakan di mahkamah dan sebagainya.

- sumber buku Kenegaraan Malaysia JPSMFPPSM UTM Skudai 2001

Sunday, December 14, 2008

8 ekor lembu Qurban di Darul Ihwan, Mengkarak

Majlis Qurban dan Akikah dijalankan selepas selesai solat sunat aidiladha dan mendengar tazkirah serta taklimat ringkas program tersebut. Pihak urusetia telah melantik tiga orang untuk tugas menyembelih iaitu Ust Sulaiman, Ust Mahyuddin dan Ust Che Zuhar. Walaupun didalam keadaan hujan renyai-renyai penyembilan serta menguruskan lembu korban berjalan dengan lancar.

Setiap individu yang terlibat dengan bahagian korban digalakkan hadir serta berkerjasama menguruskan majlis qurban sehingga siap sepenuhnya. Lembu pertama yang disembelih kira-kira pukul 10.30pagi dan semua kerja siap pada kira-kira pukul 12.15 tengahari.

Pengarah program Qurban Ust Mahyuddin bin Hussin amat berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh AJK kawasan, individu yang masuk bahagian kurban serta hadirin yang hadir. Semua daging kurban telah diagihkan keseluruh kawasan bera mengikut perancangan seperti yang telah ditetapkan.

Wednesday, December 10, 2008

PERJUMPAAN KALI KEDUA KELUARGA PAWANG KADIR MERIAH


Perjumpaan kali kedua keluarga Pawang Kadir diadakan pada 9hb Disember 2008 bertempat di Rumah Besar Kg Bukit Keledang meriah dan menyeronokan. Perjumpaan tersebut bermula dengan gotong-royong oleh ahli keluarga memasak hidangan tengahari dan berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai.

Turut hadir penasihat keluarga Encik Abu Bakar bin Haji Abd Kadir ( anak Pawang Kadir ) dan Ketua Urusetia merangkap pengerusi perjumpaan keluarga Encik Musaniff bin Haji Abd Rahman ( cucu Pawang Kadir ).

Pihak urusetia permainan telah mengadakan pertandingan menyusun gambar ( puzzle ) untuk kanak-kanak berumur 7th – 12th dan 13th – 17th. Selain dari itu cabutan bertuah dengan hadiah perkakas dapur cukup menarik perhatian ahli keluarga.

Terdapat 14 keluarga utama ( Perdu ) didalam salasilah keluarga Pawang Kadir. Setiap wakil perdu telah mengambil peluang memperkenalkan ahli keluarga baru yang hadir didalam keluarga mereka. Kehadiran keluarga baru ini datangnya dari bertambah bilangan keluarga melalui pertambahan isteri,anak, menantu,cucu,cicit,cuit,gamit, capai dan lambai.

Mengikut rekod yang diperolehi pada hari perjumpaan tersebut bilangan ahli keluarga Pawang Kadir telah mencecah angka 236 orang ( iaitu sehingga status keturunan cuit ).

Pihak urusetia perjumpaan keluarga bercadang mengadakan perjumpaan keluarga setiap tahun sekali. Encik Abu Bakar selaku penasihat keluarga mengingatkan semua ahli keluarga agar menjaga nama baik keluarga walau kemanapun mereka pergi. Sebelum mengakhiri ucapan Encik Abu Bakar berpesan agar memberi keutamaan kepada aktiviti dan perihal keluarga.

Perjumpaan tersebut berakhir jam 5.30petang. Ketua Urusetia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat. Kepada ahli keluarga yang tidak berkesempatan hadir perjumpaan kali ini boleh mendapatkan suasana perjumpaan kali kedua dan pertama didalam bentuk VCD dengan menghubungi Ketua Urusetia.

Friday, December 5, 2008

SELAMAT DATANG KEPADA AHLI KELUARGA PAWANG KADIR


Perjumpaan Kali Kedua Ahli Keluarga Pawang Kadir ( AKPK ) akan diadakan pada 09 Disember 2008 bertempat Kg Bukit Keledang, Bera mulai jam 8.30pagi.Menurut Pengerusi merangkap Ketua Urusetia Keluarga Sdr Musaniff bin Abd Rahman selain perjumpaan keluarga majlis tersebut juga turut menyediakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak serta cabutan bertuah.

Aturcara program perjumpaan AKPK adalah seperti berikut,

ATURCARA 09.12.08


08.30 Minum pagi
09.30 Persediaan untuk makan tengahari
10.00 Permainan dan Pertandingan mewarna kanak-kanak
12.30 Permainan dan pertandingan selesai
12.45 Penyampaian hadiah dan cendera kasihsayang
1.10 Solat Zohor
1.30 Doa selamat dan tahlil
1.45 Makan tengahari
2.25 Tayangan LCD perjumpaan lepas ( pertama )
2.40 Ucapan Penasihat
2.50 Ucapan Ketua Urusetia
3.15 Memperkenalkan ahli keluarga
4.00 Ucapan penangguhan
4.45 Ucapan tetamu kehormat ( wakil keluarga adik-beradik Pawang Kadir )
5.00 Bersurai

Beliau turut berharap perjumpaan kali ini dapat dihadiri oleh sebahagian besar ahli keluarga. Perjumpaan kali kedua AKPK sepatutnya diadakan pada 22.12.2007 lalu tetapi pada ketika itu banjir berlaku.

Setakat ini beliau amat berpuashati diatas komitmen AKPK untuk hadir serta melaksanakan tugasan yang diamanahkan.








.

Monday, December 1, 2008

Perlembagaan Malaysia suatu pendekatan kepada pembaca ( Rakyat )

Penulis cuba membawa pembaca ( rakyat ) kearah suatu pendekatan memahami Perlembagaan Malaysia dalam bahasa yang mudah. Terdapat lapan tajuk penting yang bakal diulas oleh penulis iaitu,

Konsep Perlembagaan
Definasi Perlembagaan
Klasifikasi Perlembagaan
Tujuan Perlembagaan
Latar Belakang Perlembagaan di Malaysia
Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
Peruntukan Utama Dalam Perlembagaan Malaysia
Pindaan Perlembagaan

Walaupun penulis bukan pengamal undang-undang tetapi beliau merasakan sebagai rakyat kita sepatutnya perlu mengetahui perihal Perlembagaan Malaysia. Jika sekiranya mendapat sambutan dari pelawat penulis akan cuba menulis sehingga lapan tajuk seperti yang dinyatakan. ( Rujuk: Buku Kenegaraan Malaysia JPSM FPPSM UTM Skudai )

Sebagai permulaan dicoretkan tajuk pertama iaitu Konsep Perlembagaan

Lazimnya sesebuah Negara yang mencapai kemerdekaan akan mempunyai perlembagaan tersendiri. Perlembagaan ialah sebuah dokumen yang mengandungi undang-undang asas dan tertinggi atau undang-undang agung sesebuah negara. Undang-undang tertinggi ini menjadi sumber kepada segala perundangan lain yang wujud dalam sesebuah negara. Undang-undang lain tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan. Biasanya perlembagaan mengandungi undang-undang yang selaras dengan kehendak rakyat dan keadaan semasa. Perlembagaan mengandungi peruntukan-peruntukan umum tentang corak pemerintahan Negara,hak asasi rakyat,kewarganegaraan,bahasa rasmi dan lain-lain.

Sebagai contoh Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan-peruntukan mengenai pelbagai perkara seperti:

>Kebebasan Asasi Rakyat
>Kewarganegaraan
>Badan Perundangan
>Badan Pemerintah
>Badan Kehakiman
>Badan Kewangan
>Kuasa-kuasa di antara Kerajaan Pusat dan Negeri
>Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera
>Kanun Tanah
>Badan Perkhidmatan Awam
>Suruhanjaya-suruhanjaya
>Dasar-dasar pembangunan

Sunday, November 30, 2008

Majlis Solat Idul Adha dan Qurban Perdana di Darul Ikhwan, Mengkarak




Pas Kawasan Bera akan mengajurkan Solat sunat Idul Adha di Darul Ikhwan, Mengkarak. Menurut Yang Dipertua Pas Kawasan Bera Ust Sulaiman bin Mohamad solat sunat berkenaan akan diadakan pada 8hb Disember 2008 mulai jam 8.30pagi. Beliau menyeru serta mempersilakan ahli dan penyokong PAS agar dapat hadir bersama. Kepada penduduk yang berhampiran dengan Dewan Darul Ikhwan juga dijemput menyertai dan memeriahkan majlis tersebut.

Kami difahamkan Pas Kawasan Bera telah membuka penyertaan ibadah Qurban kepada sesiapa yang berminat dengan jumlah RM300.00 sebahagian mulai selepas Hari Raya Idul Adha tahun lepas. Sambutan amat menggalakkan sehingga kini sejumlah 7 ekor lembu bakal dikorbankan
. Daging-daging korban akan diedarkan keseluruh kawasan Bera.

Thursday, November 27, 2008

Tanam nangka tumbuh semak


Pelik tapi ajaib. Pertubuhan Peladangan Kawasan Bera telah meluluskan peruntukkan bagi projek menanam nangka madu secara berkelompok di Kg Guai lebih setahun lepas. Luas kawasan yang terlibat melebihi 30 ekar keseluruhannya.

Projek tersebut meliputi kerja membersih kawasan, memagar keliling,membuat setor baja,menanam anak nangka madu dan memberi khidmat nasihat kepada peserta tentang penjagaan sehingga menghasilkan buah.

Setelah setahun lebih berlalu kawasan projek yang dibersihkan dahulu telah semak dan hanya yang ada hanya setor baja tertegak sendirian sahaja. Pihak terlibat patut melihat perkara ini dengan serius bukan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Semasa mahu projek nangku madu berkelompok menjadi nyata dahulu orang kampong yang tanahnya terlibat ( menyerahkan tanah mereka untuk diusahakan ) telah di taklimatkan bahawa projek ini akan berjaya. Tanpa banyak soal orang kampong dengan semangat mahu melihat projek nangka madu ini berjaya telah bersedia menyerahkan tanah mereka untuk dibersihkan dan seterusnya projek dapat dilaksanakan.

Namun sekarang tanah mereka tidak di hijau oleh nangka madu tapi di tumbuhi semak . Salah seorang peserta telah mempersoalkan mana pergi peruntukkan projek berkenaan? Apa kesudahannya projek yang telah dijanjikan, adakah dibiarkan semak menyemak mata memandang begitu saja? Atau apa sebenarnya yang terjadi?

Pangkat Keluarga dan Status Keturunan bagi orang Kg Guai

Pangkat Keluarga dan Status Keturunan bagi orang Kg Guai , Temerloh/ Bera ( Mengikut aturan yang diperkenalkan oleh Keluarga Pawang Kadir )


Pangkat dalam keluarga ;


Pertama - Long atau Embong
Kedua - Angah
Ketiga - De
Keempat - Teh
Kelima - Andak
Keenam - Alang
Ketujuh - Anjang
Kelapan - Tam
Kesembilan - Acek
Kesepuluh - Cu
Kesebelas - We
Keduabelas - Angah
Ketigabelas - De
Keempatbelas - Teh
Dan seterusnya


Status Keturunan ( 7 Keturunan ) ;


Pertama - Anak
Kedua - Cucu
Ketiga - Cicit
Keempat - Cuit
Kelima - Gamit
Keenam - Capai
Ketujuh - Lambai

Tuesday, November 25, 2008

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) gagal ?

Keputusan UPSR baru-baru menunjukkan bahawa PPSMI sebenarnya telah gagal. Tetapi dilapurkan lebih baik dari lima tahun lepas. Lapuran ini nampaknya seolah-olah hendak mengaburkan mata rakyat sahaja. Kalau dilihat dari segi peruntukkan yang belanjakan tidak sepadan dengan pencapaian. Banyak wang telah dibelanjakan untuk menjayakan PPSMI samada dari segi membeli dan mempersiapkan peralatan serta prasarananya hingga kepada krusus dan elaun kritikal kepada guru-guru yang terlibat. Oleh kerana sudah terlalu banyak wang digunakan maka itulah sebabnya PPSMI ini semacam mahu diteruskan juga.

Tahun 2008 ini adalah merupakan anak sulung pelajar UPSR keluaran PPSMI menjawab dalam soalan Bahasa Inggeris. Namun, sebenarnya pelajar ini menjawab dalam dwi-bahasa. Menurut seorang Guru Besar pencapaian calon UPSR bagi Negeri Pahang adalah merosot berbanding tahun 2007. Diantara matapelajaran yang merosot adalah Matematik. Tambah Guru Besar, diantara faktornya ialah pelajar tidak faham soalan. Mereka diajar dengan Bahasa Inggeris oleh guru manakala soalan yang keluar dalam dwi-bahasa. Ini membuatkan mereka membaca kedua-dua bahasa tersebut dalam mahu memahami kehendak soalan sebenarnya. Namun apayang terjadi kepada pelajar tersebut ialah mereka telah menggunakan masa yang banyak untuk membaca kedua-dua soalan dwi-bahasa ini sebelum dapat menjawabnya.

Matapelajaran Sains juga turut merosot pencapaiannya. Sebab-sebab kemerosotan adalah sama dengan matapelajaran Matematik. Tetapi penurunan matapelajaran Sains lebih teruk berbanding Matematik. Sedikit data yang diperolehi membayangkan pelajar tahun lima sekarang ( 2008 ) secara keseluruhan pencapaian kedua-dua matapelaran ini amat tidak memuaskan. Mereka ini bakal menjawab soalan UPSR untuk Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya tahun hadapan. Dengan pencapaian yang tidak menunjukkan peningkatan walau pihak KPM berusaha meningkatkan prestasi PPSMI. Maka PPSMI perlu dikaji semula dan berilah laluan kepada Bahasa Ibunda mengisi ruang kekosongan itu. Bagi peningkatan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar maka rangkalah suatu program menambahbaik sukatan matapelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri.

Rakyat mahu pandai berbahasa Inggeris, tetapi rakyat juga mahu pandai Ilmu Matematik dan Ilmu Sains. PPSMI sebenarnya memberi kesan negatif sungguh mendalam serta memakan masa yang lama kepada pelajar dan guru. Tetapi tidak ramai rakyat mengetahui malah tidak ada yang di highlightkan di media atau forum-forum. Namun apa yang berlaku di Negeri Pulau Pinang apabila Ketua Menterinya YAB Lim Guan Eng meletakkan tulisan di papan tanda dengan tulisan Bahasa Melayu dan Bahasa lain ada pihak yang melenting dan mendapat sambutan pihak media. Cuba bandingkan diantara PPSMI dan penggunaan Bahasa Malaysia serta Bahasa lain di papan tanda mana yang lebih memberi kesan buruk kepada rakyat Malaysia?

Monday, November 24, 2008

Bila Hujan dan Bila Panas



Orang kata bila hujan turun membawa rahmat dan apabila panas pegawai kaji cuaca melapurkan cuaca baik. Tetapi bagi pengguna jalanraya Triang – Temerloh berhampiran dengan Sek Men Mengkarak lain pula ceritanya.

Bagi mereka yang biasa menggunakan jalan ini, ia adalah merupakan kawasan projek meninggikan aras jalanraya lebih kurang 3m berbanding aras asal. Kawasan tersebut kebiasanya akan dinaiki air dahulu berbanding tempat lain sekiranya banjir berlaku. Tempat yang dimaksudkan ialah kawasan yang merintangan paya di antara Sek Men Mengkarak dan Kg Jeram Ular.

Projek menaikkan aras jalan berjalan dan untuk memudahkan lalu lintas jalan alternativ telah dibina oleh pihak Kontraktor. Tidak tahu dimana silapnya jalan alternativ bersebelahan tapak projek tersebut dibina sedemikian rupa.

Jalan alternative tersebut dibina dengan menaburkan batu-batu kasar ( Crusherun ) sahaja. Ini menyebabkan apabila panas maka jalan ini akan berdebu dan apabila hujan jalan ini akan dipenuhi lumpur. Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia adalah merupakan jalanraya utama yang menghubungkan Negeri Sembilan dan Pahang. Apa yang harus dilakukan jalan alternative ini hendaklah dipremix dan dibina saliran sementara. Ini adalah untuk memberi permukaan jalan lebik baik dan keselamatan pengguna jalanraya.

Adakah perkara ini berlaku kerana terlepas pandang oleh pihak yang berkaitan? Atau memang tak dipandang langsung oleh pihak berkenaan? Pihak yang berkaitan tu adalah mungkin diperingkat rekabentuknya tidak memasukkan kerja membina jalan alternative sebagai jalan yang perlu di premix, dibina saliran sementara dan mungkin mengecat garisan tengah jalan. Kemungkinan juga pihak itu adalah diperingkat penyediaan naskah tawaran ( terlupa memasukkan kerja-kerja yang dinyatakan ) atau berlaku perkara yang tidak sepatutnya diperingkat perlaksanaan projek. Persoalan ini harus dijawab dan diselesaikan oleh pihak yang berkaitan.

Mungkin bagi sesetengah orang kampong, tidak apa bagi mereka. Kerana bagi mereka masih boleh melalui kawasan ini pun sudah bagus walau dalam keadaan berdebu, berlumpur dan kenderaan sentiasa bergegar kerana permukaan jalan tidak rata sekalipun. Tetapi sebilangan ramai orang bertanya juga kenapa keadaan ini boleh terjadi ?

Adalah menjadi harapan pengguna jalanraya yang sentiasa melalui kawasan ini, perbaikilah keadaan ini sementara boleh dilakukan. Jika keadaan ini menjadi lebih parah maka kita tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Betullah kata-kata cerdik pandai iaitu Cegah Sebelum Parah, Ubat Sebelum Barah dan ………

Friday, November 21, 2008

Bayaran tempat letak kereta MPT perlu mesra bayaran

Pihak Majlis Perbandaran Temerloh ( MPT ) mungkin telah membuat suatu inovasi dengan memperkenalkan sistem bayaran tempat letak kereta secara 'bayar-gores-pamir'. Apa yang hendak dikongsi sama ialah apabila ada pemandu kereta gagal memperagakan tiket bayaran tempat letak kereta yang telah digores dengan betul maka mereka akan menerima surat saman berwarna merah dengan bayarannya RM10.00. MG rasa adalah lebih baik pihak MPT dapat mengeluarkan tiket tempat letak kereta tambahan yang bertulis dengan caj cadangan RM 0.50 sejam atau jumlah caj yang lain berbanding RM 0.42 sejam menggunakan tiket bayar-gores-pamir.
Untuk memudahkan mereka ini membayar selain pusat jualan tiket yang sediada MG cadangkan mendirikan pondok tiket di setiap hujung jalan keluar kawasan bandar. Barulah boleh dikatakan pihak PBT mesra bayaran. Ini sebenarnya menggalakkan orang ramai mendisplinkan diri membuat bayaran bukan terus dikenakan denda seperti yang dipraktikkan sekarang. Malah ada segelintir pemandu tidak memperdulikan kertas saman yang dikeluarkan itu. Semuga negara kita keluar dari berbudaya seperti negara polis tetapi kearah menjadikan negara berkebajikan.

Tuesday, November 18, 2008

Sejarah dinobat , sejarah dizulmat

Sekoyong-koyong Kerajaan bakal menobatkan Melaka dan George Town sebagai tapak warisan dunia pada 23 Nov ini. Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dalam kenyataannya di sini memberitahu, majlis itu diadakan bagi meraikan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) terhadap kedua-dua bandar tersebut pada 7 Julai lalu.
"Pengiktirafan ini merupakan yang pertama kali ke atas tapak warisan di bawah kategori kebudayaan," kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, upacara penerimaan plak dan watikah pengiktirafan daripada pihak UNESCO kepada kerajaan Malaysia akan diadakan dengan penuh adat istiadat kerajaan Melayu lama termasuk perarakan bergajah dan berkuda.
Apabila terbaca petikan akhbar utusan yang bertajuk Pengisytiharan tapak warisan dunia Ahad ini keluaran 18 November 2008 maka MG yang selamanya cuba membawa cerita-cerita tokoh-tokoh sejarah lampau terasa ada sesuatu yang mencucuk minda MG. Timbul dalam fikiran patik pacal hina yang bernama MG ni ialah sebelum benggali putih melanggar Melaka, Melaka telah ada kerajaan. Bukan setakat kerajaan tetapi telah ada undang-undang,budaya,binaan-binaan,kesenian dan banyak lagi. Datang saja benggali putih mereka telah musnahkan segalanya dan membina A Famosa dari runtuhan binaan Kerajaan Kesultanan Melaka.
MG masih ingat lagi cerita Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kuliahnya bahawa sebelum memeluk ISLAM Parameswara telah mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Dalam mimpinya akan datang seseorang yang berjubah putih kepada Parameswara, maka hendaklah disambut dan dilayan mereka ini dengan baik. Inilah peristiwa awal yang membawa keislamannya Parameswara.
Pengisytiharan tapak warisan dunia kepada Melaka hendaklah dilihat oleh dunia amnya dan rakyat Malaysia khasnya sebagai memperakukan bahawa satu tempat yang pernah berlaku di dalamnya seorang Raja yang memeluk ISLAM dan setelah itu berjaya membawa ISLAM kepada penerimaan rakyat seluruhnya serta menjalankan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah oleh ISLAM dalam kerajaan pemerintahannya. Kesan daripada itu rakyat hidup ,berbudaya ,berhibur ,bermuamalat sesama mereka dalam keadaan yang sejahtera. Sejarah yang diceritakan oleh MG itu harus dinobatkan bukan dipadamkan atau dalam perkataan lain ‘ dizulmatkan ‘.

Mg Tokoh : Pawang Kadir


Nama sebenar Pawang Kadir ialah Haji Abd Kadir bin Haji Awang bin Imam Kassim bin Imam Koming. Dilahirkan sekitar tahun 1912 - 1913 di Kg Guai. Mempunyai 9 orang adik beradik. Ibunya bernama Fatimah binti Hj Pin. Adik beradik seibu sebapa seramai 6 orang. Manakala adik beradik yang lain ialah melalui ibu Siti anaknya bernama Habsah, ibu Saedah anaknya bernama Halijah dan anaknya bernama Abdullah ibunya MG tak jumpa cari lagi.

Manakala anak-anak Pawang Kadir seramai 14 orang. Melalui isterinya Siti Maryam binti Imam Rasu ada 4 orang, isterinya Siti binti Pendek ada 10 orang manakala isterinya bernama Esah binti Ibrahim tidak dikurniakan cahaya mata. Pawang Kadir juga mempunyai ramai anak angkat, ada yang MG ketahui ada yang tak diketahui.
Ilmu kepawangannya diwarisi turun temurun. Dari segi fizikal Pawang Kadir adalah seorang yang bertubuh kecil. Beliau memang suka berburu binatang di hutan dan mencari ikan di sungai. Banyak kisah Pawang Kadir yang telah ceritakan kepada MG oleh beberapa orang yang sempat bersamanya. Beliau meninggal dunia sekitar tahun 1987 ( Al Fatihah untuk Arwah ).

Saturday, November 15, 2008

PERJUMPAAN KELUARGA PAWANG KADIR KALI KEDUA


Pengerusi merangkap Ketua Urusetia perjumpaan keluarga Pawang Kadir, Sdr Musaniff bin Haji Abd Rahman memaklumkan keputusan mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa keluarga Pawang Kadir yang diadakan pada 15hb Nov 2008 di Bandar Triang bahawa perjumpaan kali kedua keluarga Pawang Kadir akan diadakan pada 9hb Disember 2008 bertempat di Rumah Besar Kg Bukit Keledang.

Mesyuarat tersebut juga memutuskan agar semua ahli keluarga utama ( perdu ) agar memyumbang makanan sarapan pagi pada 9hb Disember itu. Majlis akan bermula jam 3.00 petang 8hb Disember dengan ahli keluarga dapat menyumbang khidmat tenaga gotong royong membuat persiapan di halaman rumah besar sebagai tempat perjumpaan keluarga.

Urusetia berhasrat untuk memasukkan semua data ahli keluarga ke dalam suatu bank data keluarga yang dikemaskini setiap setahun sekali. Setiap kali perjumpaan, bank data ahli keluarga ini akan dipamirkan. Untuk itu Ketua Urusetia berharap agar semua ahli keluarga mengemaskini data keluarga masing-masing serta menghantar kepada Ketua Urusetia sebelum 3 Disember 2008.

Menurut Ketua Urusetia keluarga Pawang Kadir, Sdr Musaniff setakat 1 Jan 2007 keluarga Pawang Kadir terdiri 203 orang iaitu daripada isteri ( 3 orang ),anak (14+29 orang),cucu ( 68 + 20orang ), cicit ( 65 + 4 orang ) dan cuit ( 7 orang ). Manakala jumlah ahli keluarga akan meningkat tahun ini kerana difahamkan bahawa anak,cucu dan cicit telah menambahkan bilangan keluarga mereka.

Mg Tokoh Sejarah : Sambung cerita Imam Kassim

Orang yang berjanggut dan berjambang tu adalah cicit kepada Imam Kassim,yang dikenali sebagai Pak Rahman. Semasa berlaku pengistiharan Mat Kilau tu Pak Rahman bekerja di Matau balak Tekam ( sekarang ni kawasan tu berhampiran jambatan Jengka 8 ). Turut pergi bersama Pak Rahman ke Kg Pulau Tawar ialah sepupunya bernama Tan bin Kasim, Isterinya dan dua orang anaknya ( seorang lelaki dan seorang perempuan ).

Semasa bersama Mat Kilau, Pak Rahman diberitahu bahawa Imam Kassim dan Mat Kilau pernah bermain sepak raga dan adakalanya bola disepak sampai ke pucuk nyior sambil menunjukkan pokok nyior yang di maksudkan. Sebenarnya Imam Kassim adalah rakan sepermainan Mat Kilau. Tetapi MG kurang pasti samada mereka berdua mempunyai ikatan persuadaraan.

Pak Rahman berpeluang menyaksikan sendiri kesan parut di badan dan beberapa benda lama termasuk keris kepunyaan Mat Kilau. Sebelum Pak Rahman beredar Mat Kilau meninggalkan enam pesanan kepadanya.

Tuesday, November 11, 2008

Banyak pihak tolak Sains, Matematik guna BI di sekolah rendah

Banyak pihak mempertikaikan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P) Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ). Kalau dilihat dari segi fizikal apa sebenarnya yang hendak dicapai? Adakah Kerajaan Malaysia nak rakyatnya pandai berbahasa Inggeris lalu diperkenalkan perlaksanaan PPSMI di peringkat sekolah rendah dan menengah? Atau menggunakan program PPSMI untuk kepentingan tertentu? Seperti apa yang berlaku kepada program negara yang dinamakan DEB.

Diantara pandangan mengenai PPSMI ini yang boleh kita kongsi bersama ialah keputusan Persidangan Perwakilan NUTP ( Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia ) pada 24hb - 27hb Ogos 2008 di Pulau Pinang telah menolak PPSMI di sekolah rendah. Namun demikian setuju PPSMI dikekalkan di sekolah menengah dengan penambahbaikan. NUTP setuju agar PPSMI di sekolah rendah menggunakan Bahasa Melayu dan bahasa ibunda. Dalam masa yang sama pelajar perlu memantapkan Bahasa Inggeris terlebih dahulu.

NUTP berpendapat agar subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda dan Bahasa Melayu, para guru yakin bahawa P&P Sains dan Matematik akan lebih berkesan sekiranya bahasa ibunda digunakan.

Melalui pemerhatian para guru, antara sebab mengapa pelajar tidak berminat dalam P&P PPSMI ialah kerana mereka tidak faham. Pengguna bahasa yang mudah difahami murid iaitu bahasa ibunda akan dapat mengatasi masalah ini. Tambahan pula istilah sains yang sukar dieja,dibaca,diingat dan difahami. Oleh itu mereka mencadangkan agar standard Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dikukuhkan terlebih dahulu dengan menambahbaik P&P mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri.

PPSMI bukan sahaja menjadi beban kepada pelajar malah kepada guru juga. Oleh itu adalah diharapkan Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mendengar suara rungutan ibubapa, para guru dan pertubuhan NGO serta banyak lagi dalam meneliti semula pelaksanaan PPSMI bagi memastikan pelajar mendapat manfaat yang terbaik.

Monday, November 10, 2008

AMALAN-AMALAN SUNAT MENGIKUT TAQWIM ISLAM ( KHUSUS IKUT BULAN )

1. Muharram

1 – 9hb Sunat Puasa
10hb Sunat Puasa ( Hari Asyura )

2. Rejab ( Bulan Allah )

Banyakkan berpuasa sekurang-kurangnya 1 hari sebanyak-banyaknya 15 hari

3. Syaaban

15hb Nisfu Syaaban
30hb Digalakan berpuasa

4. Ramadhan

Bulan Puasa, bulan Al Quran, Bulan sedekah, Bulan Sembahyang Malam,
Bulan Sabar, Bulan Menahan Nafsu , Lailatul Qadar dan sebagainya.

5. Syawal

Membayar fitrah, Solat Sunat ‘Idul Fitri, Puasa 6 hari, banyakkan bertakbir
dan bertahmid ( sehingga sembahyang ‘Idul Fitri ) dan lain-lain.

6. Zulhijjah

1 – 8hb Sunat berpuasa
8hb Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat
9hb ( wukuf ) Hidupkan malamnya dengan ,banyak beribadat dan sunat
berpuasa,membaca surah al Ikhlas 1000 kali dan lain-lain
10hb Hari Raya Haji / Solat sunat dan melakukan korban
11,12 &13 Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, takbir lepas waktu
sembahyang. ( Hari Tasyrik )
29 atau 30 Selepas sembahyang asar membaca doa akhir tahun.

Sunday, November 9, 2008

Kuliah Ketua Dewan Ulama PAS Pahang di Markas Mengkarak

Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Ybhg Ust Abu Kassim bin Manaf akan menyampaikan kuliahnya seperti berikut;

Tarikh : 13hb Nov 2008

Tempat : Darul Ehwan, Mengkarak

Masa : Selepas solat maghrib

PAS kawasan bera melalui ketua penerangannya Ust Nasaruddin Ali mempersilakan muslimin dan muslimat yang berada di sekitar Mengkarak,Triang,Kuala Bera,Bandar Bera, Felda gugusan Bera, Lebak, Durian Tawar dan kawasan sekitarnya untuk bersolat maghrib dan selepas itu mendengar kuliah di tempat yang dinyatakan di atas yang akan disampaikan oleh Ybhg Ust Abu Kassim bin Manaf.

Cerita Abang Shahrul di Majlis Kesyukuran Abang Zul

Pada 8hb Nov lalu Abang Zul buat kenduri majlis kesyukuran kerana beliau akan berangkat menunaikan Haji pada 15hb Nov ini. Abang Zul jemput ramai rakan taulan termasuk saudaramaranya. Majlis bermula selepas zohor dengan tetamunya dari kalangan wanita/muslimat. Manakala selepas asar tetamunya dari kalangan lelaki/muslimin serta saudaramara.

Diantara tetamu yang sempat dengan MG ialah Sdr Musaniff, Bendahari PAS Pahang bersama keluarganya dan YB Hjh Fuziah, Ahli Parlimen Kuantan bersama suaminya serta beberapa pimpinan masyarakat setempat, Keadilan dan PAS.

Di suatu sudut khemah hidangan MG sempat berbual dengan Abang Shahrul. Beliau datang dari Kedah dan sekarang berkhidmat dengan agensi kerajaan pusat di Yan, Kedah. Kami berbual panjang dari hal keluarga kerana Abang Shahrul pernah berkahwin dengan sepupu MG ( telah meninggal dunia kerana kemalangan…Al Fatihah untuk arwah ).

MG tanya Abang Shahrul pasal MB Kedah sekarang. Dia tu senang buat keputusan dan senang nak jumpa tak macam yang dulu,ujar Abang Shahrul. Kakitangan agensi pusat selalu tanya kepada MB kenapa tak datang pejabat kami. Jawab MB macamana nak datang jemputpun tak ada, kalau datang ketua pejabat akan diambil tindakan. Nak gantung gambar MB Kedah di Pejabat agensi pusat yang berada di Kedah pun tak boleh. Tambah Abang Shahrul.

Kakitangan agensi negeri mendapat bonus sebulan gaji dan dibayar sekaligus pada bulan Oktober baru-baru ni tak macam kakitangan agensi pusat bayar bonus separuh bulan Oktober dan separuh lagi akan dibayar bulan Disember nanti. Sambung Abang Shahrul.

Menurut Abang Shahrul MB Kedah ni boleh campur dengan semua orang dan dia boleh berjalan sendiri tanpa pegawai keselamatan peribadi turun padang bertemu rakyat. Beliau duduk di rumah asalnya dan sekiranya ada majlis rasmi barulah MB akan berada di rumah kediaman rasmi MB.

Seronok mendengar cerita orang Kedah mengenai MB barunya Dato Seri Ust Azizan Abdul Razak dari Pakatan Rakyat. Kempunan MG selepas keputusan PRU 12 sebab negeri Pahang tak dapat rasa lagi berada di bawah pemerintahan MB Pakatan Rakyat. Bila agaknya ?

Saturday, November 8, 2008

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2008

MG nak ucapkan SEMOGA ANDA SEMUA CEMERLANG kepada calon-calon SPM 2008. Seramai 442,936 calon akan duduki SPM mulai 11 November 2008 ini. Daripada jumlah itu, 10,331 calon sekolah swasta dan 28,507 lagi calon persendirian perseorangan.

Manakala 388,079 atau 87.6 peratus calon sekolah Kementerian Pelajaran dan calon sekolah kerajaan negeri manakala 16,019 atau 3.6 peratus lagi terdiri daripada calon tajaan badan tertentu.

Dalam perkembangan terbaru keputusan UPSR akan diumumkan pada 13hb November 2008 ini. Kepada anak-anak, adik-adik dan saudara - saudari pelawat laman media guai yang budiman MG nak ucapkan dahulu tahniah kepada pelajar yang berjaya memperolehi 5A, 4A1B,3A2B dan 4A1C kerana mereka ini adalah pelajar yang pandai. Kepada pelajar yang tak dapat jangan putus asa sebab kegagalan mendapat keputusan baik sekarang adalah salah satu anak tangga berjaya cemerlang di masa akan datang.

Friday, November 7, 2008

Mg Tokoh Sejarah : Imam Kassim

Beliau adalah anak kepada Imam Koming yang telah disebut dalam episod lepas. Mempunyai lima orang anak, namun nama isterinya MG tak dapat lagi. Nama anak-anaknya ialah Hj Awang, Sitam (perempuan),Piah,Zainab dan Mat Akil.

Menurut orang kampung Guai ,Imam Kassim adalah orang yang sangat terkenal dan mempunyai kekuatan yang luar biasa. Oleh kerana jasa-jasa Imam Koming ayahnya, maka Imam Kassim 'di kurniakan' daerah yang di bawah 'pemerintahannya'. Daerah itu adalah sebahagian besar daerah Bera sekarang.

Diantara kekuatan beliau ialah boleh mencabut pokok pinang dengan mengapit menggunakan bahagian belakang badan. Kalau dalam peperangan pula beliau adalah merupakan last man yang memantau dan memastikan semua orang selamat.

Semasa hari pengistiharan Mat Kilau di Pulau Tawar pada tahun 1970 seorang ( berjanggut dan berjambang ) dari ribuan yang hadir telah dipanggil kerana Mat Kilau nak bertanya sesuatu. Mat Kilau ingin tahu siapa keturunan orang ( berjanggut dan berjambang ). Maka jawab orang itu dia adalah keturunan Imam Kassim. Maka terus Mat Kilau tarik tangan serta memeluk orang ( berjanggut dan berjambang ) itu sambil menunjukkan tempat tertentu sambil menceritakan sesuatu....MG akan sambung cerita ini episod akan datang.

Wednesday, November 5, 2008

Mg Ramalan : “ Conpaw “ Rahman PM Malaysia

Istilah “Conpaw” adalah bermaksud congak pawang manakala “ Rahman” adalah teori menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia mengikut aturan huruf tersebut. Iaitu bermula (R) sebagai Tengku Abd Rahman, (A) sebagai Tun Abd Razak, (H) sebagai Tun Husin Onn, (M) sebagai Tun Mahathir, (A) sebagai DS Abdullah Ahmad Badawi dan (N)sebagai DS Mohd Najib?.. Ini bermakna zaman era pemerintahan UMNO/BN akan berakhir dengan huruf N. Kalau disebut dengan Bahasa Inggeris N ( end ) bermaksud penyudah.

MG tidak menidakkan kemungkinan perkataan N pun tak sempat nak wujud sebab kerajaan telah bertukar mengikut kehendak rakyat iaitu KERAJAAN PAKATAN RAKYAT.

Namun MG nak bagi juga UMNO/BN menyudahkan huruf N nya tu. Sebab Datin kepada huruf N tu tak sabar-sabar nak jadi wanita pertama Malaysia...bagilah can dekat dia, nanti kempunan pulak.Tetapi berlamakah huruf N bertakhta?. Kalau PM keempat Tun Dr Mahathir meninggalkan pemerintahan setelah 22 tahun bertakhta. Conpaw telah mengambilkira DSAAB PM ke 5 akan melepaskan jawatan setelah dipaksa ahli sendiri pada mac 2009 ini( yakni pemerintahannya selama 5 tahun ). Melalui perkembangan semasa dan cerita-cerita yang boleh dipercayai serta yang kita dengar,baca dan ikuti maka hayat N ( PM ke 6 ) rasanya tak lama, Conpaw meramalkan tak sampai setahun. Kalau ini berlaku maka tercatatlah sejarah bahawa DS Najib adalah merupakan pemerintah dinasti UMNO / BN yang terakhir serta terpendek tempohnya.

Monday, November 3, 2008

Ijtimak PAS Kawasan Kuala Krau Berjaya



Tahniah kepada Urusetia Ijtimak PAS Kawasan Kuala Krau kerana Berjaya mengadakan program tersebut dengan jayanya. Bermula jam 10.00 pagi pada 1hb Nov 2008 dengan perasmian oleh YH Dato’ Pesuruhjaya PAS Pahang, Ust Tuan Ibrahim bin Tuan Man dan diakhiri oleh takbir mengiringi ungkapan akhir ceramah YB Dato’ Presiden PAS Pusat, Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang tepat jam 12.00 tengah malam pada 2 hb November 2008.

Urusetia menyediakan pelbagai pemainan dan pertandingan kepada semua peringkat umur. Diantaranya ialah musang berjanggut, karrom, boling kelapa,anyam ketupat, gubahan,masakan,kuih tradisional,jentik siling,formula one dan lain-lain. Manakala pesertanya terdiri dari penduduk setempat termasuk kaum tionghua. Permainan dan pertandingan berjalan dengan baik walaupun di bawah sinaran cahaya matahari.

Pada hari pertama seekor lembu ditumbangkan bagi meraikan kudapan tengahari dan malam untuk urusetia, peserta serta pengunjung. Manakala pada hari kedua pula menurut pengarah program Haji Nazri bin Husin dua ekor lembu disembilah.

Hadirin dihidangkan dengan program ceramah dari penceramah jemputan pada malamnya. Pada malam pertama selain Dato’ Pesuruhjaya PAS Pahang ialah En. Balasubramaniam ( Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pahang ) , wakil kerajaan negeri Selangor YB Ir Khalid Samad, Sdr Shamsul Iskandar Ketua AMK Pusat dan YB Dato Paduka Husam Musa. Manakala bagi malam kedua wakil kerajaan negeri Kedah YB Ir Amiruddin Hamzah, YB Roslan Shahrom dan Tuan Guru Presiden PAS.

Bagi malam pertama kehadiran hadirin dianggarkan lebih 6,000 orang. Malam kedua kehadiran dianggarkan melebihi 10,000 orang.

Kesemua program dijalankan di tapak kompleks PAS Pahang, Simpang Empat Kerdau, Kerdau.

Friday, October 31, 2008

Tangki air bocor pelajar Asrama Maahad SAS resah

Sebuah tangki yang digunakan untuk membekalkan air ke asrama Maahad SAS ( Sek Men Agama Jengka ) telah bocor teruk. Akibat kebocoran ini menyebabkan pelajar asrama Maahad SAS sentiasa berhadapan dengan masalah terutamanya kegunaan harian dan tandas.

Masalah ini sebenarnya telah berlaku sekian lama, namun tidak mendapat perhatian wajar pihak yang berkaitan. Pihak sekolah juga telah membuat aduan kepada pihak berwajib,namun sampai sekarang tiada sebarang tindakan oleh pihak yang berkenaan.Seorang AJK PIBG sekolah berkenaan yang enggan menyebut namanya, menyatakan bahawa sekolah agama sentiasa dipandang sepi oleh pihak atasan. Kenapakah ini berlaku ? Adakah pihak kerajaan tidak mengendahkan sekolah agama?..ujar beliau.

Apa yang diharapkan agar keadaan ini dapat diselesaikan dengan segera kerana pelajar akan menduduki peperiksaan SPM dan STAM tidak lama lagi.

Sayugia dimaklumkan bahawa Maahad SAS mempunyai kawasan luas yang mengandungi beberapa blok untuk kegunaan kelas pengajian,blok pentadbiran, surau, rumah pengetua, rumah guru,kantin, dewan , sebuah padang dan sebagainya. Namun hanya seorang sahaja kakitangan yang menyelenggara kawasan tersebut.

Mungkinkah moto “ Guru Penjana Modal Insan Gemilang “ dapat direalisasikan sekiranya pelajar sebagai modal insan tidak berada dalam situasi yang kondusif?

Thursday, October 30, 2008

Cadangan tubuh Alumni SK Guai

Satu cadangan dari sahabat karib MG iaitu agar dapat menubuhkan Alumni SK Guai. MG difahamkan SK Guai adalah merupakan diantara sekolah yang tertua di Pahang. Kalau Alumni ini dapat ditubuhkan MG pasti banyak perkara dan kisah-kisah lama sekolah ini dapat dipersembahkan dalam mediaguai. Emak dan arwah ayah MG sempat bersekolah disini. Diantara nama-nama guru yang terdengar dicuping telinga MG ialah cg Yunus, cg Salleh, cg Abd Razak, cg Alias, cg Mohidin, cg Wan Zawawi, cg Fauziah, cg Jabar, cg Fablilah, Ust Mohamad dan lain-lain lagi.

Oleh kerana teringatkan SK Guai MG paparkan gambar bangunan SK Guai dan pemandangan padang sekolah sebagai laman selamat datang pelawat laman mediaguai.blogspot.com ini.

Kepada rakan-rakan yang ingin menyalurkan maklumat atau apa-apa pandangan sila emailkan kepada MG melalui alamat .... topazaniq@gmail.com

Kepada kawan-kawan serta guru-guru sambut salam tautan kasih dari MG. Manakala kepada guru-guru yang pernah mengajar, MG ucapkan terima kasih diatas ilmu serta tunjuk ajar yang diberikan, insyallah MG gunakan di tempat yang sebaiknya serta akan menabur bakti kepada masyarakat.

Marilah kita sama-sama membaca dan sedekahkan AlFatihah kepada guru-guru serta kawan-kawan kita yang telah mendahului kita menghadap Allah s.w.t

Tuesday, October 28, 2008

Mg Tokoh Sejarah : Tuan Guru Haji Majid, Pengajaran dan Panduan kepada kita

Setelah dua episod maka MG buat cabutan dari peristiwa sejarah ini sebagai pengajaran dan panduan kepada kita ialah,

1. Tuan Guru Haji Majid adalah seorang hafiz Al Quran yang sentiasa membaca ayat suci Al Quran walau dimana beliau berada dan kerja buatnya. Beliau sentiasa membaca surah Ar Rahman pada waktu subuh setiap hari.

2. Beliau tidak pernah menyergah anak muridnya yang tidak boleh menggaji,malah mengeluarkan kata-kata “ Bacaan awok ini dah betul dah, cuma ada sedikit saja yang perlu dibetulkan”. Sebenarnya apa yang berlaku murid ini memang melakukan kesalahan yang banyak, oleh kerana Haji Majid sebut hanya sedikit saja yang perlu dibetulkan maka anak murid ini dapat menerimanya serta memperbaiki kesalahan sedikit demi sedikit dan akhirnya dapat menjadi seorang yang pandai.

3. Haji Majid bergaul dengan semua orang samada orang tua ataupun muda. Malahan beliau sentiasa boleh bergurau dengan siapa sahaja.

4. Kampong Guai terkenal kerana ketokohan Haji Majid yang telah berjaya membangunkan pondok di kampong itu. Malahan memang ramai anak muridnya dan sampai sekarangpun masih ada anak murid yang masih hidup. Mungkin ada diantara anak muridnya yang mendapat pesanan khas dari beliau serta beristikomah dengan pesanan tersebut.

Marilah kita sama-sama membaca Al Fatihah kepada roh Tuan Guru Haji Majid mudah-mudahan beliau ditempatkan dikalangan orang yang soleh. Media Guai, Amin

TERIMA KASIH KEPADA PELAWAT MEDIA GUAI

Malam tadi MG bertemu dengan Ust Sulaiman ( Mudir Pondok Al Huda, Padang Luas ). Beliau menyarankan agar MG siarkan cerita-cerita berkaitan dengan tokoh politik yang melibatkan orang Mengkarak - Guai. MG tersenyum kerana apabila diimbau kembali memang ramai bilangan mereka ini, baik dari BN ataupun Pakatan atau bebas sekalipun. Beberapa nama yang masih dalam senarai ingatan MG ialah Tn Haji Abdullah, Aki Mohamad,Tan bin Kasim,Idris bin Singgah, Hamzah Abu Samah, Mustafar bin Kadir dan lain-lain serta yang terbaru Sdr Musaniff bin Haji Abd.Rahman. MG akan cuba usahakan maklumlah nak dapat maklumat bukannya senang.
Episod Tokoh sejarah belum lagi selesai, insyallah akan disambung sehingga termampu. Disamping berita dan peristiwa yang berlaku di sekitar Guai , Bera MG akan bawa juga peristiwa dan cerita-cerita dari luar di samping Tokoh Sejarah dan Tokoh Politik setempat. Kepada warga dan komuniti Guai,Bera atau yang ada berkaitan dengannya sudi-sudilah layari dan hebahkan laman mediaguai.blogspot.com kepada yang lain.
Insyallah laman ini akan dipertingkat serta dikemaskini dari masa ke masa. Pandangan,komen dan sokongan awok me MG sanjung tinggi.

Monday, October 27, 2008

Mg Tokoh : Tok Mengkarak


MG dapat tahu daripada orang kampong, beliau adalah seorang yang keramat. MG memerlukan sedikit maklumat daripada pelawat laman Media Guai. Disini MG paparkan kubur Tok Mengkarak. Insyallah MG akan kisahkan cerita-cerita Tok Mengkarak episod yang akan datang…. MG.

Mg Tokoh : Tuan Guru Haji Majid..2

Pertama nak ucap terima kasih kepada pembaca blog MG terutama yang berkaitan dengan tokoh-tokoh Mengkarak - Guai... harap terus ikuti dan berilah maklumat serta pandangan. Maklumlah gaya orang kampong menulis.

Tuan Haji Majid berasal dari Selangor dan datang ke Kg Guai sebelum zaman jepun lagi. Beliau telah membuka pondok di Kg Guai. memang ramai anak-anak muridnya termasuklah yang diceritakan oleh pelawat laman ini iaitu chemphg70, dan banyak lagi sebenarnya.

Mempunyai dua isteri , iaitu Che Nah dan Badar. Melalui yang diceritakan oleh emak MG dengan Che Nah mempunyai anak bernama Ismail,Nyoh dan Aziz manakala dengan Badar Tuan Guru Haji Majid mempunyai anak bernama Beah ,Ishak dan seorang perempuan (namanya tidak ingat ) . Anaknya Nyoh telah berkahwin dengan anak murid kanannya iaitu orang panggil ' Haji Mat Kerambit ' sekarang membuka pondok di Kg Kerambit, Jerantut.

Semasa zaman Almarhum Sultan Abu Bakar, baginda setiap dua minggu sekali datang ke Kg Guai untuk bertemu Tuan Guru Haji Majid. Tuan Guru Haji Majid adalah seorang yang keramat kata orang kampong. Ada satu cerita nak dikongsikan iaitu apabila Sultan berjalan bersama Haji Majid, Sultan mempersilakan Haji Majid berjalan dihadapan atas sifat beliau orang berilmu. Tapi Haji Majid tak mahu sebab tak patut seorang Sultan berjalan dibelakangnya. Maka akhirnya mereka berdua berjalan 'berimbar' pada ketika itulah orang melihat Tuan Guru Haji Majid dilihat sama tinggi dengan Sultan. kalau berjalan dengan orang yang ketinggiannya tak samapun, apabila berjalan bersama Tuan Guru Haji Majid akan kelihatan sama tinggi juga.

Semasa naik perahu bersama arwah ayah MG ,Tuan Guru Haji Majid pernah menyuruh ayah MG agar minum teh dan beliau sendiri minum kopi. Sehingga ke akhir hayatnya ayah MG tak pernah minum kopi dan kini MG sendiri tak boleh minum kopi..tak tahu apa sebabnya.

Beliau meninggal dunia pada usia 38 tahun pada tahun 1958 kerana mengalami sakit perut,itu menurut cerita orang-orang kampong.

Sunday, October 26, 2008

MINDA PENEROKA FELDA BKT KEPAYANG




Jam 2.00ptg 25 oktober baru-baru ini MG sempat bersama AJK Pas Cawangan Felda Bukit Kepayang memeriahkan majlis jamuan hari raya di Pusat Khidmat Masyarakat Felda Bukit Kepayang. Walaupun MG terlewat sampai,kerana majlis bermula jam 12.00 tengahari dengan majlis tahlil dan pohon restu kesejahteraan kehidupan tapi masih sempat bersama dengan beberapa orang AJK cawangan.




Pertama MG nak ucapkan salam kepada semua peneroka Felda Bukit Kepayang. Di majlis tersebut MG dimaklumkan bahawa peneroka ( yang pro UMNO ) disitu telah membulatkan minda mereka bahawa sekiranya sesuatu majlis yang diuruskan oleh orang PAS maka mereka tidak menghadirkan diri mereka, walaupun program itu adalah kuliah di masjid felda tersebut. Malah yang berminat nak pergipun takut nak pergi takut dicop penyokong PAS. Ilmu dan mengimarahkan masjid adalah perkara yang dituntut dan direbut bukan "ditakut". MG sebenarnya tak berapa berkenan dengan situasi gitu. Ini cerita dan lagu lama. Bak kata iklan TV sekarang zaman dah berubah dunia dah maju... tak patutlah terjadi keadaan macam tu. Kepada semua disaran berubahlah.




Kedua MG menyeru kepada Pengurus Felda Encik Tarmugi, Ketua PAS,Ketua UMNO dan Ketua Masyarakat disitu perbaiki keadaan ini. Benda ini boleh diperbaiki sebab MG dimaklumkan bahawa sekiranya majlis yang dianjurkan oleh felda mereka semua boleh datang. Teringat juga moto kampong kita tanggungjawab kita...marilah sama-sama kita pratikkan.




Tidak mustahil dan pasti boleh berlaku orang PAS dan UMNO berpakat dengan kerjasama Pengurus Felda Bukit Kepayang mengurusetiakan suatu program kebudayaan atau lain-lain program yang dihadiri semua peneroka. Dalam mangkuk air pinang MG dapat dilihat anak-anak peneroka Bkt Kepayang banyak yang cerdik-cerdik dan berani-berani, ayuh gunakan kelebihan mereka untuk kebaikan.




MG letakkan gambar suasana mesra muslimat sedang berbual di majlis jamuan hari raya tersebut. Kedua adalah gambar pandangan atas perkampongan dan Kilang Sawit Felda Bukit Kepayang. ( Sila klik untuk besarkan pandangan )








Thursday, October 23, 2008

Mg Tokoh : Imam Koming


Kepala2 yang mengetuakan angkatan itu di-bawah perentah Wan Ahmad ia-lah Enche’ Koming Imam Perang Raja, Enche’ Endut Panglima Raja, Enche’ Talin Panglima Laut, Hitam Pengasoh Panglima Dalam, Panglima Kakap Bahaman dan lain2 beberapa orang lagi yang gagah2.
( Petikan buku bertajuk Sejarah Pahang tulisan Haji Buyong Adil, ms 122 )

Menurut Pak Ngah Nasir , Imam Perang Raja dalam petikan buku tu adalah Imam Koming yang sedang kita ikuti sejarahnya.

Almarhum ayah MG pernah bercerita bahawa Imam Koming berasal dari Ulu Cheka. Beliau menghilir sungai dan singgah di Kg Guai dan berkahwin dengan anak Koming yang bernama Tisan. Orang kampong pula mengelar Imam Koming ini sebagai ‘koming hanyut’ sebab nak membezakan dengan Koming ( Bapa mentua ). Selain Tisan, Koming dan isterinya bernama Gading mempunyai seorang anak lelaki bernama Ismail. (klik untuk besarkan gambar )

Mg Tokoh : Tuan Guru Haji Majid

MG mendapat gambar ini dari saudara keli dari kampung Bukit Keledang. Ini adalah gambar Tuan Guru Haji Majid bersama dengan pemimpin serta penduduk Kg. Guai. MG akan ceritakan siapa itu TG Haji Majid di episod akan datang.....tunggu!!!

Wednesday, October 22, 2008

TOKOH - TOKOH MENGKARAK - GUAI


Ada beberapa nama yang telah melakarkan sejarah bagi tokoh-tokoh Mengkarak - Guai, diantaranya ialah Imam Koming, Imam Kassim, Tok Mengkarak, Tuan Guru Haji Majid dan Tok Pawang Kadir serta lain-lain. Jika ada kesempatan MG akan menyusuri cerita mereka ini seorang demi seorang. Kepada waris atau yang mengetahui tokoh yang MG sebutkan di atas boleh memberikan maklumat.


Begitu juga dengan tempat-tempat sejarah Mengkarak - Guai bolehlah disumbangan maklumat kepada MG. Sebagai contoh ada satu kampong namanya Tanjung Kuran. Rupa-rupanya kampong ini adalah tempat Al Marhum Sultan Abu Bakar dahulu main gasing ( terasnya pokok kuran ).

BONUS FELDA LAGI

Kepada semua peneroka MG ucapkan tahniah kerana dianugerahkan bonus oleh TPM selaku menteri yang jaga hal ehwal Felda. Sejumlah 144.4 juta akan diagihkan kepada kira-kira 84,581 peneroka seluruh Negara.

Harap-harap semua yang bergelar peneroka akan dapat bonus tu, jangan pilih-pilih. Sebab mereka semua sama-sama datang ke tanah rancangan sekarang. Mereka sama-sama susah dan sama-sama senang kemudian sama-sama susah semula.( Harga sawit dan getah telah jatuh teruk ).

Bukan apa MG teringat baru-baru ni ada peneroka telah mengadu dalam rancangan radio pahangfm. Katanya duit raya yang diberi kepada peneroka baru-baru ni ada dapat RM 200 ada dapat RM 400,tetapi malangnya duit tu hanyalah duit pinjaman yang akan dipotong kemudian nanti.

MG ada kawan yang menjadi pemegang syer dalam syarikat sdn bhd dengan jumlah syernya ialah RM 10,000.00. Tahun lepas pihak syarikat luluskan 10% keuntungan akan diberikan kepada pemegang saham berdasar jumlah syer. Menurut kawan MG tu dia dapat RM 1,000.00 tapi diagihkan tiga peringkat elaun , iaitu elaun hariraya, persekolahan dan mesyuarat agong tahunan. Semasa mesyuarat agong syarikat berikan bonus RM 200.00 setiap pemegang saham. Jadi dapatlah kawan MG tu RM 1,200.00 jumlah semuanya pada tahun lepas dan tak tolakpun bonus atau elaun hari raya dari agihan tahun ini. Tak tahulah felda pulak? Kita tengok-tengoklah nanti.

Setahu MG yang dapat bonus ni ialah wang tambahan yang diberikan kepada kakitangan sesebuah organisasi,kerana menghargai jasa-jasa kakitangan menaikkan keuntungan atau prestasi organisasi. Mungkin Felda telah menganggap peneroka adalah kakitangan felda, kalau gitu peneroka macam pekerja estetlah ya ?kata En Hamzah yang berasal dari kampong Kuala Bera ( seorang penoreh getah ).

Era musim pemilihan UMNO ni macam-macam jadi. Jangan pemberian bonus ni untuk umpan pemilihan team Dato Najib dah lah. Atau mungkin kerana nak bubar parlimen sebelum pemilihan UMNO mac 2009 ni pula?

Peneroka kena bijak masa-masa harga sawit dan getah tengah jatuh ni, Dato Najib tahu peneroka semakin terdesak dan selalu menanguk di air keruh. Kalau jadilah diberikan bonus tu semaklah dahulu adakah ini pinjaman yang akan dipotong kemudian…alamak teruknya . Kerana kalau baca buku bertajuk Felda dulu tolong…sekarang along tulisan Sdr Mazlan Aliman, MG rasa bimbang juga.

Monday, October 20, 2008

CERITA PAK LANG DI JAMUAN HARI RAYA PAS BERA

MG sempat hadir jamuan Hari Raya Pas Kawasan Bera pada 19 okt 2008 baru-baru ni. Jamuan tu sungguh meriah, MG anggarkan kehadiran sekitar 1,500 orang. Diantara tetamu yang turut hadir ialah Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man ( Pesuruhjaya Pas Pahang ), Sdr Mazlan Aliman ( AJK Pas Pusat, bekas calon parlimen bera ), Sdr Musaniff Abd Rahman ( Bendahari Pas Pahang, bekas calon dun guai ), Sdr Abas Awang ( Ketua Bahagian Keadilan Rakyat Bera ), Sdr Mohd Sukri Mohd Ramli ( Bekas calon dun kemayan ), wakil DAP triang dan ramai lagilah tak sempat nak sebut belaka. Cuma MG rasa amat terharu adalah kehadiran kaum cina dan kaum india yang turut sama memeriahkan lagi majlis hari raya tersebut. Suasana majlis jamuan hari raya tu sungguh meriah tapi sayang kamera MG rosak dan tak dapat rakam suasana tu... tapi kepada rakan wartawan lain yang hadir semuga dapat rakam suasana tu serta dapat paparkan dalam blog atau media mereka terutama pahangdaily dan wakil harakah pahang.

Sdr Musaniff sempat meninggalkan untuk tatapan kita iaitu cerita yang diceritakan oleh Pak Lang Hasan kepadanya di akhir majlis raya tersebut.

Ini adalah sebuah cerita lama saja aje koi nak bagitahu awok kata Pak Lang pada Sdr Musaniff. Ceritanya ialah sewaktu kempen pilihanraya ke 12 yang lalu. Calon BN dun guai telah menemui Pak Lang untuk berkempen. Belum sempatpun Calon BN tu membuka mulut, Pak Lang memulakan ceritanya dulu. “ Ginilah, ada dua rebung dalam seperdu aur. Satu tumbuh menghala ke barat dan satu lagi tumbuh menghala ke timur. Yang tumbuh menghala ke barat rebungnya keras tak boleh makan lalu, rasa macam buluh. Manakala yang tumbuh menghala ke timur pula rebungnya lembut. Kalau awak nak makan rebung awok nak pilih yang mana tanya Pak Lang pada Calon BN tu. Tanpa berkata apa-apa Calon BN tu pun beredar meninggalkan Pak Lang. Pak Lang pun tersenyum puas kerana dapat berkempen secara sinis kepada Calon BN tu.

Friday, October 17, 2008

TAMBAK TAPAK KOMPLEKS PAS PAHANG


Pengerusi pembangunan Kompleks PAS Pahang Sdr Musaniff mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang kerana sebahagian tapak KPP telah dapat diratakan dengan tanah. Beliau sangat bersyukur kerana dapat melaksanakan amanah yang telah diberikan kepadanya.


Gambar menunjukkan kerja-kerja menambak tanah ke atas tapak KPP. Dengan terbentangnya dataran seluas 1.2 ekar ini dapatlah beberapa aktiviti parti dan kemasyarakatan serta apa-apa aktiviti yang memerlukan dataran boleh dilakukan disini.


Namun sumbangan orang ramai masih lagi diperlukan bagi melaksanakan kesemua lima fasa pembangunan yang telah ditetapkan.

JAMUAN RAYA PAS KAWASAN BERA




Pas Kawasan Bera akan mengadakan jamuan Hari Raya
pada ketetapan berikut,




Tarikh : 19hb Oktober 2008 ( 19 Syawal 1429 )
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Perkarangan Dewan Darul Ehwan Mengkarak
Jalan Kuala Bera ( Simpang Guai )
Mengkarak


Diantara jemputan ialah


1. Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
2. Semua Ahli Dewan Harian dan Perhubungan PAS Pahang
3. Bekas calon Parlimen bera, Dun Guai dan Dun Kemayan
4. Yang Berhormat DUN bagi Pakatan Rakyat
5. Ketua Jabatan dan kakitangan kerajaan dalam daerah Bera
6. Ahli-ahli PAS dan Pakatan Rakyat
7. Dan orang ramai di jemput serta dipersilakan hadir

Thursday, October 16, 2008

SEKOLAH BEBAS DADAH 2012


Satu papan tanda yang bertulis “ SEKOLAH BEBAS DADAH 2012 “ menarik perhatian MG pagi ini. Sebenarnya MG secara tak secara langsung menghantar seorang kawan ke sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan kerana kereta dia ada bermasalah. Setibanya disana MG dapati banyak mural dan kata-kata perangsang bagi memberi motivasi kepada pelajar sekolah berkenaan, didalam hati MG bagus betul ayat-ayat yang tertera di dinding sekolah tapi ada satu papan tanda yang bertulis “ SEKOLAH BEBAS DADAH 2012 “ menimbulkan beberapa soalan dalam fikiran MG. MG pasti papan tanda tu telah terpasang lama di dinding koridor sekolah tu.

Pertama, moto ini mungkin moto Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Sekolah itu sendiri. Tak kira mana satu pun, maka orang akan memikirkan secara 'fikiran pertama' bahawa pelajar di sekolah ini memang mempunyai ramai penghisap,pengamal ataupun penagih dadah. Kerana perlu mengambil masa yang lama untuk membebaskan gejala ini.

Kedua, pihak yang bertanggungjawab kepada institusi pelajaran tidak mengambil gejala dadah ini sebagai tanggungjawab yang utama. Setahu MG para guru dan pelajar sentiasa diperkenalkan dengan perkataan kreatif,inovatif,produktif dan bermacam-macam lagi bagi memgambarkan kepada masyarakat bahawa warga pendidik terutamanya guru dan pelajar sentiasa mengamalkan budaya maju kehadapan. Tetapi tidak untuk gejala ini?.

Apabila dimenung sejenak,MG terfikir 51 tahun telah merdeka dan hanya satu saja parti yang memerintah dalam tempoh itu maka lahirlah rakyat yang seperti itu. MG tidak menyalahkan guru atau kakitangan pelajaran ,tetapi MG percaya mereka ini mempunyai idea yang baik dan boleh dilaksanakan secara praktikal malangnya tidak ada tempat untuk mereka salurkan. Mereka ini malas nak bersuara, kerana kalau tersilap cakap atau memberi pandangan mereka akan dicop sebagai pembangkang.

MG tumpang simpati dan kepada mereka itu MG menyarankan bebaskan dirimu dari malapetaka yang berpanjangan. Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Saturday, October 11, 2008

PAS KAWASAN BERA MULA BERSIAP MENGHADAPI KEMUNGKINAN BANJIR TAHUN INI.

Mesyuarat PAS kawasan Bera pada 11 okt 2008 telah bersetuju melantik ketua persiapan menghadapi kemungkinan berlaku banjir tahun ini. PAS selaku pertubuhan yang prihatin terhadap kebajikan dan keselamatan rakyat telah melantik Bendahari Kawasan , Dr Salim bin Musa selaku ketua persiapan menghadapi keadaan tersebut.

Menurut Sdr Musaniff adalah diharapkan agar sekiranya berlaku banjir tahun ini, PAS tidaklah berada di dalam keadaan serba kekurangan seperti yang berlaku pada tahun lepas. Urusetia persiapan menghadapi banjir tahun ini telah mencadangkan dua perkara utama iaitu bekalan makanan dan kenderaan perhubungan diberi keutamaan. Disamping pihak urusetia juga turut bercadang membentuk pasukan menyelamat yang dibantu oleh pasukan Unit Amal Malaysia kawasan Bera.

Anak-anak muda yang berada di dalam daerah Bera diseru agar dapat menyertai beramai-ramai Unit Amal Malaysia kawasan Bera dengan menghubungi saudara Mohd Shahrul bin Mohamad ( 013-9814378 )dan saudara Nasaruddin bin Ali (019-9186940).

Manakala orang ramai yang bercadang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian dengan menghubungi pejabat PAS kawasan Bera di talian 09-2557522 mulai sekarang.

Thursday, October 9, 2008

BUKAN MASALAH PEKERJA TANPA IZIN …TAPI ASINGKAN PEKERJAAN ORANG ‘ ASING ‘.

Pagi tadi MG dengar rancangan MHI TV3 yang berbual tajuk berkisar dengan masaalah pendatang tanpa izin ( PATI ). Beberapa orang talipon serta telah beri pendapat, ada yang menyalahkan agen pembawa masuk PATI,ada yang menyalahkan PATI itu sendiri tetapi yang saya tertarik ada yang berani menyatakan jabatan kerajaan terlibat itu sendiri.

Situasi yang diceritakan oleh seorang pemanggil dalam rancangan MHI TV3 melalui pengalamannya sendiri iaitu Agen pembawa masuk PATI dan orang yang terlibat dengan kedutaan asing di negeri ini boleh membawa ‘hamper’ kepada jabatan kerajaan satu hari sebelum hari raya. Ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku, tapi benar-benar berlaku.

Negara kita yang makmur serta kaya raya di mata orang asing, tapi masing banyak lagi rakyatnya merempat. Negara kita yang disebut sebagai mengamalkan demokrasi terbaik dan maju dalam bidang pelajaran berbanding negara membangun di mata badan dunia, tapi rakyat tidak nampak serta merasai demokrasi dan pendidikan yang diuar-uarkan itu. Dimana silapnya?

Tetapi apa yang pasti adalah demokrasi ekonomi , sektor pekerjaan dan pendidikan tidak berjalan di negara ini.Sebagai contoh, peluang meraih apa-apa kontrak kerajaan hanya terhad kepada orang UMNO saja ( walaupun tidak mempunyai kemampuan )dan menafikan peluang orang lain ( walaupun mempunyai kemampuan ). MG setuju apa yang diperkatakan Dato’ Menteri Besar Kelantan dalam akhbar sinar harian baru-baru ini.

Dalam dunia pekerjaan pula, mereka yang berkelulusan serta mempunyai kemahiran tidak menjadi syarat utama pemilihan tetapi yang menjadi syarat utama ialah ahli atau anak buah ketua-ketua UMNO/BN. Lantaran itu dunia pekerjaan dikuasai oleh mereka dan juak-juak mereka. Amplikasinya adalah kepada rakyat ramai,mereka kesana kemari mengadu nasib untuk anaknya mendapat pekerjaan. Namun hampa kerana banyak tempat di sektor pekerjaan telah dipenuhi oleh PATI dan anak buah mereka.

Cukuplah dengan sistem dan cara lama, kita belum terlambat untuk berubah. Kita sebagai rakyat negara ini perlu memikirkan apa yang boleh kita sumbangkan untuk kesejahteraan rakyat ramai. Bukan berfikir bagaimana nak asingkan orang yang tak menyokong dari dunia pekerjaan.
Mari kita bersama-sama bangunkan Negara ini tanpa memilih bulu. Kerana setiap seorang itu mempunyai kelebihan mereka sendiri. Oleh kerana di Negara ini banyak mempunyai cabang pekerjaan serta rakyat kita mempunyai banyak cabang kelebihan,maka ayuh kita gunakan padanan ini untuk rakyat dan Negara kita.

Tuesday, October 7, 2008

MENGKARAK WATER FRONT …..APA DAH JADI?


Mengkarak water front terletak di kampong Mengkarak dan strukturnya dibina dipersisir sungai Pahang. MG agak-agak panjangnya lebih kurang 100m sepanjang jalan triang-temerloh. Manakala jaraknya dari tepi jalan ke tepi tempat pejalan kaki kira-kira 3m.

Kalau sesiapa yang lalu disitu mesti bertanya tempat ini untuk apa? Siapa punya ? untuk siapa? Setahu MG perbelanjaan yang terlibat untuk menyiapkan projek ini melebihi 2 juta. Setahu MG juga jika perbelanjaannya adalah dari agensi kerajaan mestilah diletak papan tanda menunjukkan nama tempat rekreasi dan nama agensi yang bertanggungjawab memaju serta menyelenggarakannya.Tetapi papan tanda itu tidak ada,manalah tahu kalau ada apa-apa yang berlaku pengunjung nak rujuk kepada sesiapa? Papan tanda amaran pun tak ada.

MG pernah melihat sekumpulan pemuda yang ramai berkumpul dengan memasang lampu kalimantangnya sendiri disitu. Apa dibuat tak tahulah. Ada orang kampong disitu menyatakan bertapa membazirnya projek tersebut,kalau dibuat jambatan dengan peruntukkan yang ada itu mungkin boleh siap separuh sebuah jambatan satu lorong menyeberangi sungai Pahang ke kampong seberang sana.

Apa yang pelik pihak yang bertanggungjawab buat macam tak nampak aje. Sebenarnya telah beberapa kali isu tempat rekreasi ini dipersoalkan di dada media cetak. MG berharap agar pihak yang bertanggungjawab berilah perhatian dan buatlah perancangan serta penyeliaan yang memuaskan agar tempat ini terjaga serta selamat untuk menerima kunjungan pelawat yang datang tak tentu masa.

JKKK OH JKKK

Baru-baru ni MG sempat berjalan di beberapa buah kampong. Maklumlah sekarang ni masih bulan syawal lagi. Jadi apabila singgah rumah maka dijamulah kuih tetapi minuman yang dihidangkan ialah yang panas. MG terpaksa tunggu ia sejuk dulu baru boleh minum. Sedang elok habis minum datanglah seseorang kerumah tersebut.

Kawan datang ni ada dua sebab, pertama sebab nak beraya dan keduanya nak ngajak awok mesyuarat JKKK kampong kita ni katanya kepada tuan rumah tu. Tambahnya lagi kampong kita ni dah teruk dah sambil memalingkan muka kepada MG. Dah ada empat orang dah tok 4 mana satu nak pakai, ini yang kome pening ni ujarnya lagi.

Rupa-rupanya tiga orang lagi bercita-cita nak jadi tok 4 dan dah mula membuat perancangan memburukkan tok 4 yang ada. Mereka kata tok 4 tak pandai,bodoh dan macam-macam lagi. Situasi macam ni menyebabkan kampong jadi kecoh dan berpecah belah.

Melalui perbualan tu tahulah MG bahawa yang datang tu adalah bilal masjid kampong tersebut. Bilal ni adalah merupakan bekas polis. Bilal dan Imam masjid serta beberapa orang telah berpakat untuk membentuk AJK JKKK yang baru dengan maksud dapat membantu tok 4 yang ada. Rupa-rupa SU JKKK kampong tu adalah perempuan dan hanya pandai membawa program marhaban sahaja,soal kampong tak ambil tahu.

MG juga dapat maklumat beberapa AJK JKKK dan penghulu kawasan tersebut telah berpakat membuat lapuran ‘kehilangan ‘ kepada pihak kerajaan tanpa merujuk kepada tok 4. Pihak kerajaan telah membayar gantirugi diatas ‘ lapuran ‘ tersebut walhal kehilangan tidak seperti yang dilapurkan.Oleh kerana tok 4 tak mahu menyertai misi beberapa orang AJK JKKK inilah yang menyebabkan mereka menyatakan tok 4 tak pandai dan bodoh.

Mulai dari saat itulah mereka ini membuat aduan atau apa-apa tentang kampong tanpa melalui atau pengetahuan tok 4. Mereka merasakan mereka pandai,mereka merasakan mereka dah jadi tok 4. Mereka berasa dengan menjadi JKKK mereka boleh berbuat sesuka hati mereka. Boleh mohon dan dapat projek dari YB mereka rasa dah bagus,walau projek yang siap tu tak digunakan mereka tak peduli.Malah mereka rasa bangga sebab berjaya mohon dan dapat projek dari YB. Sampai terkeluar kata-kata kalau kawan mohon apa-apa pada YB tentu dapat punya. Sampai mohon jalan tar sampai tangga tiap rumah di kampongnya pun ditunaikan oleh YB,inilah yang sentiasa dicanangkan.

Bilal,Imam dan beberapa orang kampong telah berbincang dan telah mencapai keputusan bahawa AJK JKKK yang mempunyai sikap ‘terlebih ubat’ perlu diganti kerana ia tidak sesuai. MG menyampuk mereka ini orang UMNO macamana boleh berlaku? Bilal tu menjawab kawan ni orang UMNO juga, taklah melampau begitu sekali. Beliau menambah lepas ini kome dah setuju kita akan cadangkan sesiapa yang layak untuk menduduki AJK JKKK tak kira UMNO ke PAS ke. MG tergamam seketika,kerana penduduk kampong telah mula menunjukkan sikap bahawa pilihlah pemimpin yang baik walau dari siapa sahaja tidak semestinya orang UMNO, orang PAS pun boleh dipilih. Kalau PAS dipilih MG percaya JKKK akan dimaksudkan sebagai Jawatankuasa Kebajikan dan Kesejahteraan Kampong.

Friday, October 3, 2008

RAMADHAN YANG TELAH PERGI….

Ramadhan 1429 telah melabuhkan tirainya tepat pada waktu maghrib 30hb Sept 2008. Tahun ini umat ISLAM di Malaysia berpeluang melakukan ibadat Ramadhan selama 30 hari genap. MG terpanggil untuk kongsi bersama lakaran yang boleh dikutip selama 30 hari itu untuk bekalan mungkin juga panduan kepada kita bersama. Ada orang panggil program ihya ramadhan, iaitu suatu program menghidupkan ramadhan.

MG sempat mengutip beberapa pengalaman dari beberapa buah masjid,surau dan ahli khariah kampong menghidupkan ramadhan. MG satu dan sepadukan beberapa pengalaman itu dan inilah persembahan untuk tatapan para pelawat budiman.

Tiga hari sebelum ramadhan pihak AJK masjid/surau telah menyediakan dan menampal jadual kosong untuk sesiapa yang mahu menaja jamuan berbuka puasa (iftar ) dan more. Kelebihan memberi makan orang berbuka puasa ( iftar ) cukup tinggi pahalanya itulah yang menyebabkan berebut-rebut ahli khariah /jemaah / NGO / parti politik/syarikat korporat / individu / dsb menyertai program ini. Walaupun jumlah kos yang dikenakan oleh AJK masjid/surau diantara RM350 - RM500 ( urusan beli bahan,memasak ,menghidang dan membersihkan selepas majlis serta termasuk membaca tahlil sebelum berbuka puasa diurus oleh pihak AJK masjid/surau ), tetapi pada ramadhan yang pertama telah penuh jadual diisikan oleh penaja yang budiman kecuali ramadhan 1,28,29 dan 30. More adalah majlis makan selepas waktu solat terawih selalunya juadah yang disediakan adalah kuih muih dengan sedikit minuman. Penaja more adalah pihak AJK masjid/surau dengan kerjasama bergilir-gilir mengikut jadual ahli-ahli khariah tersebut.

Masjid/surau melaksanakan solat terawih ada 20 rakaat dan ada 8 raakat. Itu tidak menjadi masalah, yang penting bacaan dan perlakuan dalam solat dilakukan dengan sempurna. Majlis tazkirah ( selama 15minit – 20 minit ) dilakukan kebanyakan oleh masjid/surau yang melaksanakan solat terawih 8 raakat. MG melihat program tazkirah ini perlu diprogramkan sebaik mungkin dan kalau boleh diadakan setiap malam kerana ia dapat memberi ilmu dan kesedaran kepada sekelian jemaah. Tazkirah dilakukan selepas 4 raakat ataupun selepas 8 raakat solat terawih. Tetapi ada juga masjid/surau melakukannya sebelum solat sunat terawih. Malam itu diakhiri dengan solat sunat witir samada satu atau tiga raakat seterusnya berzikir serta berdoa.

Apabila sampai 10 malam terakhir ahli khariah dijemput menyertai program Qiam malam dengan pengisian solat sunat tahajud,taubat,hajat dan tasbih bermula jam 3.30pg hingga 5.00pg selepas itu bersahur dirumah/dimasjid/disurau. Manakala sekitar jam 5.35pg adalah waktu imsak . Solat subuh dilakukan jam 6.10pagi bagi membolehkan jemaah dapat menyertai dalam bilangan yang ramai ( sehingga 8 saf setiap hari sehingga ramadhan ke 30 ).

Bulan Ramadhan di dalamnya diturunkan Al Quran dan Lailtulqadar. Berlakunya peristiwa Badar,pembukaan Kota Mekah dan berbagai peristiwa lagi. Difardukan puasa pada siang hari. Dan banyak lagi kelebihan juga peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan secara umumnya dibahagikan kepada 3 fasa ( 10 hari setiap satu fasa ). Fasa yang pertama adalah rahmat,kedua keampunan dan ketiga adalah pembebasan dari api neraka.Amalan sunat diberi pahala fardu manakala amalan fardu diberi pahala lebih 70 kali ganda fardu di bulan lain. Sayugia ramai orang mengambil peluang keemasan untuk memberi sumbangan samaada kepada fakir,miskin,wakaf dan lain-lain.

Pada tahun ini ramai yang merasakan bahawa lailatulqadar jatuh pada malam 27 ramadhan. Berbahagia dan sejahteralah mereka yang dapat bersama-sama beribadat serta berdoa pada malam itu.

Bulan ramadhan yang dikenali sebagai bulan Al Quran,justeru itu program membaca Al Quran secara bertadarus atau secara bersendiri menghiasi siang dan malam bulan ramadhan. Sekiranya seseorang itu dapat membaca selepas solat subuh,zohor dan asar masing-masing dengan setengah juz maka pada ramadhan ke 20 habislah 30 juz .

Manakala pada malam 1 syawal selepas solat isyak, dilakukan solat sunat tasbih sebanyak 4 rakaat serta bertakbir,bertasbih dan bertahmid mengakhiri malam itu.

Maka MG dapat meringkaskan beberapa amalan menghidupkan ramadhan ( selain solat dan perkara wajib ) seperti berikut,

1. Menganjurkan dan hadir program berbuka puasa ( iftar ) di masjid/surau bermula ramadhan ke 2 hingga ramadhan ke 27
2. Menganjurkan dan bersama program membaca al Quran samada bertadarus atau individu dengan mensasarkan setengah juz setiap selepas solat subuh,zohor dan asar masing-masing.
3. Pastikan tidak ketinggalan melaksanakan solat sunat terawih sehingga malam terakhir di masjid/surau.
4. Menganjurkan dan melaksanakan tazkirah tiap-tiap malam ramadhan
5. Menganjurkan dan bersungguh menghebahkan serta melaksanakan program memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan bagi mereka dapat merasai berbuka puasa dengan juadah yang lebih baik.
6. Mengajurkan dan bersama program Qiam malam bermula malam ke 21 hingga ke 30. ( Mencari Lailatulqadar )
7. Solat sunat tasbih sebanyak 4 rakaat pada malam 1 syawal.

Saturday, September 27, 2008

PROGRAM IFTAR DI FELDA TEMANGAU, BERA

Sila klik untuk besarkan

Friday, September 26, 2008

SEPETANG DI FELDA KUMAI


Kira-kira jam 5.15ptg MG sampai di simpang Felda Kumai. Kalau dikira hari selepas PRU 12, hari ini adalah hari ke 202...tapi keadaan simpang yang tidak mempunyai lampu jalan/simpang masih lagi tidak berubah. Setahu MG tiang dan bekalan elektrik boleh dipohon oleh pihak Felda. Tetapi tahu kenapa pihak pengurusan Felda tak ambil kisah. Kalau keadaan ini berterusan MG pasti sesiapa sahaja yang ingin masuk ke Felda Kumai terutama waktu malam akan terlepas simpang dan kemungkinan juga akan cenderung berlaku kemalangan. MG sempat merakamkan keadaan simpang berkenaan. Simpang yang dihiasi replika buah naga besar menarik perhatian tetapi tidak kelihatan sekiranya di waktu malam.

MG sempat bersama rombongan AJK PAS cawangan Felda Kumai bersama sdr Musaniff menyerahkan sumbangan keperluan harian kepada orang memerlukan. Gambar menunjukkan sdr Musaniff menyampaikan sumbangan kepada warga emas.









Thursday, September 25, 2008

MENANTI PERUBAHAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Rata-rata rakyat telah memperkatakan tentang perubahan kerajaan BN kepada kerajaan PAKATAN. Sememangnya rakyat mahu kepada perubahan. Dalam suasana ekonomi yang serba meruncing ini, suatu makenisma perlu ada bagi menangani masaalah ini.

Lebih 51 tahun telah berlalu dan rakyat telah dapat merasakan bagaimana kerajaan BN memerintah. Dalam tempoh itu kerajaan BN telah memainkan peranan sesuai dengan dasar yang mereka perjuangkan. Dalam tempoh itu juga berbagai golongan rakyat telah menerima dan bakal menerima ( sekiranya BN terus memerintah ) manaafat atau kelebihan tidak kurang juga ada golongan rakyat yang dipinggirkan.

Dua golongan iaitu yang mendapat manafat ( pertama ) dan golongan yang dipinggirkan ( kedua ). Kalau diambil dari segi bilangan ,golongan yang dipinggirkan ini lebih ramai berbanding golongan yang mendapat manafaat. Manakala dari segi ekonomi pula, golongan pertama jauh lebih baik dari golongan kedua. Golongan pertama sentiasa mendapat peluang dan diberi peluang manakala golongan sentiasa dipinggirkan malah ada satu sindrom bahawa golongan kedua ini tidak layak serta ada unsur-unsur memastikan mereka ini tidak perlu berada didalam arus aliran ekonomi walau di sudut mana sekalipun. Mereka ini menyusahkan.

Malah individu yang berada didalam golongan kedua ini, walaupun mempunyai kemahiran mereka ini tidak akan diangkat menjadi barisan pertama dan utama. Ini adalah kerana minda rakyat dan umum telah dipasak bahawa jika ingin berjaya dan terus berjaya mencapai mendapat ‘menara harta’ perlu menyokong BN. Itulah sebabnya setelah sekian BN memerintah, apa yang mereka lahirkan adalah rakyat yang pengampu dan penakut serta tidak mempunyai semangat juang yang kental. Apabila ketiga-tiga sifat ini telah menjadi budaya rakyat terutamanya golongan pertama maka bercambahlah sifat-sifat seperti rasuah,menipu,berlumba-lumba berada dipuncak,berpura-pura,menghasut, melapurkan perkara yang tidak benar, ujud team-team, ujud rangkaian ‘berkuasa‘ yang boleh menentu serta memandu urusan ' boleh dapat? ' dan lain-lain.

Rakyat telah tahu mengenai senario itu. Mereka telah mula berfikir berapa lama lagikah kami sanggup berada didalam keadaan ini? Sentiasa diburu bayang-bayang dan rasa bersalah.Mereka tercari-cari manakah formula yang terbaik untuk keluar dari keadaan yang tidak tenteram ini.

Hasil keputusan PRU 12 telah berjaya menemukan formula yang dicari-cari oleh rakyat selama ini. Fenomena ini dirasakan oleh semua golongan rakyat termasuk oleh kakitangan kerajaan. Kakitangan kerajaan tidak perlu takut kepada arus perubahan ini kerana menguntungkan mereka.Tetapi sebilangan kakitangan kerajaan mempunyai perasaan takut dan banyak mempersoalkan arus perubahan kerajaan ini. Apabila diteliti kembali kenapa mereka ini takut dan banyak mempersoalkan kerajaan PAKATAN yang bakal dibentuk adalah kerana mereka ini adalah merupakan individu yang ‘sentiasa menggunakan peluang’ untuk naik ke menara pangkat walaupun dengan tatacara yang tidak betul?. Mereka ini semakin gelisah malah mahu kakitangan lain juga gelisah macam mereka. Kebanyakkan mereka ini sekarang berada di puncak pangkat dan ada yang sedang menanti untuk ke puncak itu dan mahu menggunakan cara yang sama.Apabila PAKATAN membentuk kerajaan persekutuan mereka ini sudah kehilangan segala-galanya. Sebab itu sekarang ini mereka sentiasa mempersoalkan kerajaan PAKATAN terutamanya di Negeri Perak sebagai contoh utama mereka iaitu dengan menguar-uarkan bahawa MB Perak sebagai boneka kepada DAP.

Arus perubahan pemerintah ini akan terus bersemangat kerana rakyat ingin merasai dan menikmat berada dibawah kerajaan yang berkebajikan.Lakaran kabinet bayangan PAKATAN telahpun ada. Jika itulah yang menjadi kenyataan maka yang beruntungnya adalah rakyat. Dan apabila itu terjadi tiada lagi golongan pertama dan golongan kedua,kerana kerajaan PAKATAN adalah kerajaan rakyat.

PAKATAN RAKYAT ADALAH UNTUK RAKYAT.

Wednesday, September 24, 2008

5 PESANAN ABU HURAIRAH

Seorang Islam memang mampu untuk meraihkan kehidupan di dunia dan di akhirat dengan hebat dan jayanya. Mereka ini mempunyai panduan perjalanan hidup samada melalui Al Quran, As Sunah, pendapat dan perbuatan sahabat serta pendapat dan perbuatan ulama.

Abu Hurairah adalah seorang sahabat nabi Mohamad s.a.w pernah berpesan dengan 5 perkara. Sesiapa yang melakukan perkara ini mereka akan beroleh kehebatan dan kesejahteraan hidup, iaitu:-

1. Buat dan seru kepada perkara baik ( ma'aruf ) dan tinggal dan tegah kepada perkara yang munkar

2. Berpada dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita

3. Kalau nak beri benda atau perkara kepada orang lain berilah sebagaimana kita nak benda dan perkara itu.

4. Berbuat baiklah dengan jiran

5. Carilah dan berilah makan ,makanan yang halal lagi baik.

SUMBANGAN DI BKT KEPAYANG

BUKIT KEPAYANG - Menyumbang keperluan harian kepada keluarga yang memerlukan di bulan ramadhan ini merupakan satu amalan yang baik. Pada 23.9.08 baru-baru ini Ahli Jawatankuasa PAS cawangan Felda Bukit Kepayang bersama bekas calon PAS DUN Guai, Sdr Musaniff bin Abd.Rahman telah menyampaikan sumbangan berupa beras, gula, susu dan teh kepada lapan orang keluarga.
Menurut Sdr Musaniff sumbangan ini adalah merupakan ingatan ahli PAS kepada penduduk Bukit Kepayang. Tambahnya lagi dengan sumbangan ini boleh dimanafatkan oleh mereka sebagai juadah berbuka puasa. Kita juga ingin melihat agar mereka dapat menikmati dan gembira semasa berbuka. Walaupun sumbangannya sedikit tetapi cukup bagi kami kerana boleh turut sama di dalam ruang bersama dengan masyarakat.