Friday, February 26, 2010

Mari Bersama Perjuangan, Cara Hidup dan Pegangan Rasulullah

Sepanjang hari ini bermula pagi tadi mungkin sampai malam ini kedengaran di corong radio, di dada akhbar, di tatapan TV, di muka facebook dan mana-mana rata-rata menyatakan akan sambutan keputeraan Nabi Muhamad SAW.
Semua peminat media-media ini menyarankan agar seluruh umat Islam sentiasa berselawat keatas Junjungan dan mengikuti sunnahNya dan berbagai lagi. Persoalannya adakah sekadar itu?
Mimbar Jumaat hari ini pun mengambil tajuk yang sama. Diantara isinya ialah Nabi Muhamad menolak jawatan Raja ( pemerintah )kerana ingin berdakwah kepada Islam. Tidakkah kita lupa selepas itu Nabi Muhamad adalah seorang pemerintah Negara Islam pertama di Madinah. Persoalannya kenapa jawatan yang ditawarkan dahulu Rasulullah tolak? Dimana bezanya jawatan yang ditawarkan dahulu dengan pemerintah Negara Islam Madinah?
Di dalam cerita yang sama Nabi Muhamad menolak tawaran berkahwin dengan wanita yang cantik. Tetapi selepas daripada itu Rasullulah berkahwin dengan Siti Khadijah. Dimana bezanya diantara kahwin dengan wanita yang ditawarkan dengan Siti Khadijah?
Persoalan-persoalan ini ditimbulkan sebenarnya sebagai seorang Islam kita adalah umat yang kuat, berprinsip, tidak lembik serta berpandangan jauh. Kita tidak mudah diperkotak-katikkan. Kita diamanahkan untuk mentadbir bumi ini.