Friday, March 27, 2009

Nasib Air Gau

Kejohanan Olahraga peringkat Negeri Pahang telah berlangsung baru-baru ini bertempat di Kompleks Sukan Bandar Jengka. Upacara perasmian dilakukan oleh Pegawai Pendidikan peringkat negeri Pahang pada 25.3.2009

Sebelum upacara perasmian dilakukan Pegawai berkenaan dan tetamu VIP dipersilakan merehatkan diri. Sambil berehat pihak urusetia menyediakan sedikit minuman sebagai pembasah tekak. Demi melihat sahaja botol air minuman jenama Gau dihidangkan Pegawai itu terus memarahi pihak urusetia. Pengetua kepada sekolah yang menjadi urusetia persiapan juga telah memarahi guru yang terlibat.

Diantara kata-kata Pegawai itu kepada guru berkenaan ialah “ Hey! ada unsur-unsur politik ke ni?“ dengan nada yang marah. Oleh kerana perasaan marah telah menyelebungi perasaan Pegawai itu maka upacara perasmian telah tiada acara berdoa seperti mana sentiasa dilakukan sebelum ini.

Suasana di Kompleks berkenaan telah menjadi sunyi seketika selepas perasmian disempurnakan. Kesunyian digamatkan dengan ribut dan hujan lebat serta kilat sambar menyambar. Masing-masing senyap dan berpandangan sesama sendiri.
Kami telah dimaklumkan bahawa Air Gau tidak ada kaitan dengan PAS . Malah ia telah diterima sebagai air minuman terbaik dan berada di kebanyakkan kedai-kedai runcit, pasaraya dan juga kedai stesen petronas. Mungkin hanya kerana stikernya berwarna hijau maka Pegawai berkenaan terus melatah. Cerita ini menunjukkan bahawa pegawai pelajaran berkenaan sangat takut kepada warna hijau dan mungkin perlantikkan sebagai pegawai itupun kerana pandai bermain dan menjaga warna biru.

Thursday, March 26, 2009

Apakata kalau?


1. PM Abdullah tidak melepaskan jawatannya sebagai PM dalam masa terdekat ini. Mungkin beliau tunggu sehingga menjelang PRU 13.
2. DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong tidak memperkenankan perlantikkan DS Mohd Najib sebagai PM ke 6? Agaknya akan berlaku peristiwa kain pemidang bertulis “ Kami Nak Najib, natang”
3. Ketiga-tiga PRK 7 April ini BN kecundang? Itu menandakan rakyat telah membuat keputusan yang betul.
4. DS Abdullah, DW Mohd Ali Rustam,Mukhriz serta penyokong, Rafidah serta penyokong, Orang-orang tert entu serta penyokong menyertai Pakatan Rakyat? Itulah penanda aras UMNO dihuni spesis terakhir.
5. Akan ada PRK seluruh negeri Perak? Akan tamat riawayat UMNO di Perak.
6. DS Adnan bersetuju dan melakukan sumpah di masjid menyambut cabaran D Tajuddin? Maka ramailah Wakil Rakyat UMNO/BN akan ikut serta melakukan upacara bersumpah-sumpah dan menyumpah.
7. Satu,dua atau tiga lagi PRK ( Parlimen – BN ) akan diadakan dan masih dimenangi PR? Tuan-tuan,puan-puan jawablah sendiri.

Sunday, March 22, 2009

Lanjutan tempoh kenaikan tol, bayaran rebat tunai kenderaan ada kaitan PRK 7 April?


1.Kabinet telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menaikkan kadar tol pada awal bulan ini. Kenaikkan itupun dikatakan telah terlewat daripada jadual asal. Kerajaan terpaksa menanggung dan bersetuju membayar kos kelewatan kenaikan tersebut.
2.Selepas kabinet bersetuju PM Abdullah telah mengarahkan agar kadar kenaikkan tol perlu dikaji semula. Selang beberapa hari TPM Najib telah mengumumkan bahawa kadar kenaikkan tol di tangguhkan.
3. Berikutan penangguhan itu maka kerajaan akan membayar berlipat kali ganda atas dasar kos kelewatan. Berbaloikah membelanjakan jutaan ringgit hanya nak menang ketiga-tiga tempat berlaku pilihanraya kecil? Kenapa UMNO/BN suka sangat menggunakan kekuasaan dan wang Negara demi kepentingan kesinambungan hayat politik mereka? Tak malukah mereka? Kemana pergi percaya kepada persoalan hari akhirat?
4. Tambah lagi satu isu berkaitan tempoh penebusan rebat tunai kenderaan yang sepatutnya berakhir 31 Mac 2009 dilanjutkan sehingga 14 April 2009. Apa keabsahannya? Tiadapun kedengaran suara rakyat ataupun mana-mana pihak minta rebat tunai ini dilanjutkan. Malah tiadapun demonstrasi jalanan menuntut rebat tunai dilanjutkan.
5. Apa yang rakyat minta adalah untuk kesejahteraan dan keadilan untuk semua ,contohnya ialah pemansuhan PPSMI, pemansuhan ISA, membenteras rasuah dan lain-lain lagi. Jangan ingat rakyat berdemonstrasi sebagai perkara yang suka-suka, atau ada orang lain mempergunakan orang lain dan macam-macam lagi.
6. Ayuh marilah kita melihat dan mempraktikkan kesejahteraan termasuk berusaha untuk menegakkan agama ISLAM, membantu kearah pencapaian matlamat Negara seperti meminimakan kemiskinan,menyediakan pekerjaan,menstabilkan harga barang keperluan,keselamatan dan lain-lain. Manakala keadilan bermakna meletakkan sesuatu perkara, tempat,ketua Negara kepada yang layak serta betul.
7. Jangan takut ,tanamkan sikap berani Tolak yang tidak layak dan pilih yang layak. Kerana kita akan ditanya kenapa kerosakan demi kerosakan banyak sangat berlaku sekarang ini adakah kerana kita yang terlibat sama memilih yang tidak layak atau tidak berusaha memperbanyakkan sokongan memilih yang layak? Sama-samalah kita renung.