Monday, March 16, 2009

Isu FELDA, media arus perdana bela?

Baru-baru ini ramai peneroka telah membuat laporan polis berkaitan dengan salah urus tadbir pihak pengurusan Felda. Berita laporan peneroka ini mendapat tempat di dada akhbar sinar harian tidak dalam akhbar arus perdana lain.

Kami dimaklumkan bahawa pada hari itu pihak IPK polis kuantan telah bersedia menerima laporan dari peneroka-peneroka yang di ketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka ( ANAK ) Sdr Mazlan Aliman. Namun kami dimaklumkan bahawa laporan itu dibuat dalam keadaan yang amat payah. Laporan dibuat dengan cara seorang demi seorang bermula pukul 12.00 tengahari dan berakhir pada pukul 1.00 pagi.

Keesokan harinya berita laporan oleh peneroka itu keluar dalam akhbar sinar harian. Mungkin ada pihak yang tergamam atau tercabar. Maka selepas tersebarnya laporan di dada akhbar sinar harian mulai keesokan harinya akhbar arus perdana telah menafikan bahawa peneroka ditindas oleh FELDA. Penafian oleh peneroka dan kumpulan peneroka telah dibuat melalui akhbar arus perdana sehingga beberapa hari selepas itu.

Persoalannya kenapa dalam isu FELDA ini media arus perdana memberi pembelaan yang lebih? Tetapi berbanding dalam isu PPSMI dan yuran persekolahan tidak mendapat pembelaan? Pada hal ketiga-tiga isu adalah melibatkan perbezaan pandangan dari kacamata kerajaan memerintah dengan rakyat ramai.

Setelah meneliti rentetan peristiwa isu FELDA ini maka didapati,

1.Betullah kawasan FELDA adalah lubuk undi UMNO/BN. Sedarlah wahai peneroka anda telah dimain,diperguna,digula-gula,diperah keringat dan ditipu demi kepentingan kesinambungan nyawa politik UMNO/BN.
2.Tidak ada hasrat pihak UMNO/BN untuk membebaskan peneroka dari cengkaman FELDA. Mereka mahu peneroka terus menjadi hamba kepada tanah mereka sendiri.