Friday, December 3, 2010

ISU BERZAMAN : DI MANA UMNO KUAT DI SITU ORANG MELAYU MEREMPAT DAN TERKONGKONG


Kenyataan ini kami pilih untuk dijadikan bahan ulasan kali ini.

Di Bera dari segi persempadanan pilihanraya mengandungi Parlimen Bera, Dun Guai, Dun Triang dan Dun Kemayan. Semua tempat pilihanraya di menangi oleh BN kecuali Dun Triang oleh PR ( DAP )

Manakala dari segi bandar atau pusat perkhidmatan terdapat di Bandar Triang, Bandar Bera ( Kerayong ) dan Bandar 32.

Persempadanan kawasan pilihanraya DUN sepatutnya mengambil pertimbangan juga bandar dan pusat perkhidmatan bukan hanya bilangan pemilih sahaja. Rasionalnya ialah setiap ADUN dapat membantu dari segi hal ehwal penduduk dan pembangunan Bandar atau pusat perkhidmatan di DUN itu. Jika tidak akan berlaku kepincangan sesuatu DUN itu dibangunkan oleh ADUN.

Apa yang berlaku sekarang mengikut perubahan lokaliti terbaru DUN Guai tidak mempunyai Bandar atau Pusat Perkhidmatan ( Bandar kecil ).Tetapi DUN Triang mengandungi Bandar Triang dan Bandar Bera ( Kerayong ). Manakala DUN Kemayang mempunyai Bandar 32.Tetapi pemimpin dan masyarakat tidak mengambil cakna hal ini.

Daerah Bera dengan Pusat Pentadbirannya di Bandar Bera ( Kerayong ). Di Bandar ini terdapat sebuah laman yang diberi nama Lama Kerayong. Disini terdapat sebuah Astaka dengan boleh menghimpunkan lebih 3000 pendengar. Tetapi Astaka ini hanya digunakan untuk tujuan hiburan semata-mata jarang sekali program yang membawa manfaat kepada komuniti Bera. Sambutan rumah terbuka aidil fitri terbaru YB Parlimen Bera yang menyaksikan tarian tidak layak dengan budaya dan agama telah diadakan disini. Tetapi pemimpin dan masyarakat tidak juga bangun membantah semua ini. Masyarakat memilih jalan ‘ selamat ‘ dengan berkata biarkanlah.

Akibat pembubaran LKWJ dan DARA pada tahun 2000* lalu, Daerah Bera telah kehilangan sekurang-kurangnya tiga projek infrastruktur yang besar. Projek pertama ialah pembinaan sambungan jalan dari Kg Tanjung Batu ke Kg Lubuk Paku yang membawa manfaat kepada penduduk Kg Tok Biah,Kg Tg Kuran,Kg Guai,Kg Charuk Putting,Kg Selindang dan Kg Batu Bor dalam daerah ini. Kedua, Bandar 32 yang tidak lengkap sebagai sebuah Pusat Perkhidmatan .Dan ketiga sebuah IPTA.
Ketiga-tiga perkara diatas telah berlaku tetapi masyarakat tetap seperti dulu...bila nak berubah?...berubahlah kepada menjadi masyarakat cakna. Tengok-tengoklah Daerah kita ini jangan tak pandang dan tak kata sepatah pun dengan apa yang berlaku.
*Nota: Kakitangan LKWJ dan DARA telah ditamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam secara rasminya pada 2.10.2000 - sumber bekas kakitangan berkenaan melalui surat yang diterima oleh mereka.