Saturday, May 7, 2011

TURUN PADANG



KG PAYA MENGKUANG, CHARUK PUTING - Sebuah rumah terbakar keseluruhannya. Kejadian tersebut disedari oleh Puan Noryani binti Arifin, 41 tahun selepas mengambil anaknya dari sekolah jam 2.10 petang pada 4 Mei 2011. Semasa kejadian tidak ada sesiapa di dalam rumah, suaminya keluar bekerja dan anak-anaknya keluar bekerja dan bersekolah cerita puan Noryani dengan nada yang sedih bercampur bersyukur.
Kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang kerana semua barang yang ada di dalam rumah tidak sempat diselamatkan, ujar puan Noryani sambil menyapu air mata yang membasahi pipinya.
Buat sementara waktu keluarga ini tinggal di rumah Encik Ariffin ( ayah kepada Puan Noryani ) yang tinggal tidak jauh daripada rumah mereka. Kerugian di anggarkan RM 50,000.
Kepada sesiapa yang ingin membantu bolehlah berbuat demikian terus kepada Puan Noryani. Jabatan Kemajuan Masyarakat Daerah Bera dan Jabatan Kemajuan Masyarakat Daerah Temerloh telah melakukan lawatan, mengambil maklumat dan telah menyampaikan sumbangan.
Pihak Majlis Tindakan Dun Guai ( Pengarah, Sdr Musaniff bin Ab.Rahman ) dan YB Syed Abd Hamid ( ADUN Kuala Semantan ) juga turut menziarahi serta menyampaikan sedikit sumbangan berupa wang tunai dan pakaian terpakai.

Monday, May 2, 2011

KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP DPP BERA 2011 BERJAYA




DURIAN TAWAR – Sejumlah 16 pasukan telah menyertai kejohanan Futsal tertutup DPP Bera 2011 kali pertama. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ybhg Ust Sulaiman bin Mohamad, Yang Dipertua PAS Kawasan Bera. Turut hadir di majlis itu Sdr Musaniff bin Ab.Rahman (TYDP ), Sdr Mohd Shahrul bin Mohamad ( Ketua DPP ), Ust Yusof bin Che Din ( Ketua Penerangan ) dan pemimpin masyarakat setempat.
Kejohanan futsal tersebut diadakan di gelanggang futsal Kg Durian Tawar. Perlawanan pertama dimulakan jam 9.30 pagi. Manakala perlawanan akhir tamat jam 5.30 petang. Semua hadiah disampaikan oleh Ybhg Sdr Musaniff bin Ab.Rahman.
Penganjur DPP Bera memaklumkan pasukan di bahagi kepada empat kumpulan dan setiap pasukan bermain secara liga dalam kumpulan masing-masing. Johan kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir. Di peringkat suku akhir dan separuh akhir di jalankan secara kalah mati. Perlawanan akhir adalah di antara pasukan Purun A dan Tementi B. Purun A menang dengan jaringan 4 gol tanpa balas.
Johan, Purun A menerima hadiah wang tunai RM500 beserta cenderahati. Naib Johan, Tementi B menerima hadiah wang tunai RM300 beserta cenderahati. Manakala pasukan Durian Tawar B dan Durian Tawar A masing-masing di tempat ketiga ( RM200 ) dan keempat ( RM100 ).
Kejohanan ini mendapat khidmat bantuan pengadilan dari persatuan pengadil bolasepak Daerah Bera.
Pihak penganjur kejohanan telah memilih Muhamad Hisyamuddin bin Mohamad dari pasukan Purun A sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. Hadiah cenderahati di sampaikan oleh Sdr Musaniff dan jersi hadiah disarungkan oleh Sdr Mohd Shahrul.