Thursday, March 31, 2011

AL KISAH : GURU BESAR TERLEBIH UBAT


Cerita ini adalah mengisahkan riawayat kerjaya seorang Guru Besar di salah sebuah sekolah di dalam Negeri Pahang. Sehingga Al Kisah ini ditulis dia masih lagi berjawatan Guru Besar di sekolah yang sama.
Kisah Pertama : YDP PIBG
Sejak awal lagi perlantikkan YDP PIBG sekolah tersebut tahun 2007 lagi GB ini telah menyimpan perasaan mahu menyingkirkan YDP. Apabila bertemu mata dengan YDP, GB ini menunjukkan muka yang sangat manis.
Dalam usaha menunjukkan bahawa YDP tidak mampu membawa peruntukkan dari Yang Berhormat ( YB ), maka semasa tempoh YDP ini satu permohonan kepada YB pun tidak dibuat. Maka ada suara dari ahli PIBG kedengaran kenapa YB tak lulus peruntukkan ke? Menjawablah ahli PIBG ( konco GB ) itulah kalau YDP ini, tentu YB tak akan luluskan peruntukkan.
Namun sebelum YDP ini pun iaitu semasa konco YB menjawat YDP ,apabila disemakkan sepuluh yang dijanjikan oleh YB didalam ucapan semasa merasmikan beberapa program sekolah yang disambut tepuk sorak oleh hadirin ( terutama konco-konco GB ) tiga sahaja yang di kotakan. Bakinya hangus ditelan tahun. Tiga inilah dijaja sebagai peruntukkan dari YB.
Tidak sudah dengan peristiwa itu, GB melebarkan sasaran menjatuhkan YDP dengan mengambil kesempatan ketidakhadiran YDP dalam suatu mesyuarat AJK PIBG oleh kerana keuzuran. Mesyuarat itu dipengerusikan NYDP dan di akhir mesyuarat diputuskan tarikh mesyuarat akan datang. Kesempatan ini diambil sungguh-sungguh oleh GB dan konco GB untuk tidak memaklumkan tarikh mesyuarat tersebut kepada YDP, menyebabkan YDP tidak dapat hadir mesyuarat AJK PIBG dua kali berturut-turut. Ketidakhadiran dua kali berturut-turut inilah menjadi bahan sinis mesyuarat AJK PIBG oleh AJK PIBG ( konco GB ) mengusik YDP, setiap kali mesyuarat selepas itu. Rupa-rupanya ketidakhadiran YDP telah disebarluas melalui gerak bisik sesama konco YB.
Percubaan demi percubaan menjatuhkan YDP tidak berhasil. Percubaan mereka terakhir ialah menyebarluaskan bahawa sekolah tidak dapat peruntukkan jika YDP ini dikekalkan lagi. Mesyuarat Agong PIBG tahun 2008 menyaksikan YDP ditentang oleh calon konco GB. Namun YDP itu menang dengan majoriti. Konco-konco GB memang mengakui YDP ini, sememangnya orang yang boleh berkerja dan menjalankan tugas YDP dengan berkesan.
Selepas masih lagi bergelar YDP untuk tahun 2009 dan 2010, GB amat tidak selesa dengan keadaan ini. Ketidak selesaan ini tidak digambarkan bila berhadapan dengan YDP. Pihak sekolah seperti biasa menjemput YDP untuk bersama dengan program di sekolah. Semua program dapat dihadiri malah mendapat pujian dalam ucapan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah sebagai YDP Cemerlang dalam suatu program.
Akhirnya pada bulan Mac 2010 YDP ini telah melepaskan jawatan YDP dengan alasan telah tiada anak yang bersekolah disitu pada tahun itu di dalam Mesyuarat Agong Tahunan dan disambut sedih dan suatu kehilangan oleh ahli PIBG. Namun di dalam majlis tersebut GB tidak menyebut sepatahpun perkataan terima kasih semasa ucapannya atas khidmat YDP yang telah lalu.
Kisah ini tidak mahu memburuk-buruk mana pihak tetapi sebagai pengajaran di masa akan datang. Kami akan tampilkan dua kisah lagi yang membabitkan GB ini iaitu keluhan guru dan keresahan bapa.