Friday, May 14, 2010

PRK P212 Sibu: Kempen BN dah tepu

Bermula tarikh penamaan calon PRK P212 Sibu menyaksikan pertandingan tiga penjuru, diantara BN, PR dan Bebas.

Penduduk yang berada di Semenanjung yang tidak berkesempatan pergi ke Sibu ,TV dan akhbar sahaja penyambung peristiwa dan suasana di sana.

Dalam berita TV dan akhbar setiap hari dilaporkan Sibu mendapat peruntukkan demi peruntukkan. Seolah-olah Sibu telah diselimuti pelbagai peruntukkan, pendek kata selepas pilihanraya ini Sibu telah menjadi suatu tempat yang telah lengkap. Bermula dari projek tebatan banjir ( 50 tahun lebih belum selesai ) sehingga projek pembinaan dan pemberian komputer sekolah, program di rumah panjang dan lain-lain.

Manakala di dada akhbar pula pihak wartawan boleh memilih semahu mungkin sudut ambil gambar yang paling mengamit undi kepada BN.

Hari mengundi tinggal beberapa jam lagi, namun pengundi telah dimuatkan habuan sehingga ke tekak. Sekira-kira tidak mungkin ada lagi habuan yang boleh di masukkan. Ini bermakna BN telah berjaya menaburkan habuannya secara maksima,dan layaknya tidak patutlah berkempen lagi kerana setiap pengundi P212 Sibu telah disampaikan mesej.

Boleh dikatakan kempen di media perdana bagi P212 Sibu adalah milik BN.. DAP dan calon bebas tidak diberi peluang langsung. Empat undi kepada DAP dan Empat undi kepada calon Bebas adalah merupakan kemenangan kepada mereka layaknya. Sebab tiada langsung kebaikan dan faedahnya mengundi calon DAP dan bebas kata pemerintah BN.

Tetapi pengundi P212 Sibu akan menentukan siapa wakil rakyat mereka ahad ini. BN?...DAP?....Bebas?

Monday, May 10, 2010

YB Kedau dalam keadaan stabil tetapi kritikal – MB Pahang

YAB MB Pahang telah memaklumkan keadaan kesihatan YB Kerdau, di dalam siaran buletin TV 3 jam 8 malam.

Mulai malam semalam ramai telah menerima sms perkhabaran keadaan kesihatan YB Kerdau tidak memuaskan. Sehinggaka YH Ust Dato Tuan Ibrahim sempat menyelitkan doa kesejahteraan kepada YB Kerdau dalam ceramahnya di KIAS malam tadi.

Melalui siaran buletin TV 3 jam 8 malam sebentar tadi YAB MB Pahang telah memaklumkan keadaan kesihatan YB Kerdau adalah dalam keadaan stabil tetapi kritikal. Di maklumkan juga YB Kerdau telah dihantar ke IJN untuk rawatan susulan. Kami yang mendengar terasa terpingga-pingga dan sangsi akan keadaan kesihatan YB Kerdau yang sebenar.

Apa yang kami dapat faham daripada kenyataan MB Pahang ini adalah fikirannya amat bercelaru sekarang ini. Oleh kerana UMNO / BN sentiasa suka bermain dengan kata-kata dan janji-janji manis kepada rakyat maka terbawa kedalam memaklumkan kesihatan YB mereka.

Maka kita sebagai rakyat kena perhati dan amati betul apa yang mereka ini perkatakan, terutama semasa PRK. Semua saluran media adalah kepunyaan mereka.

BN tak mampu berubah dan tak akan berubah….sepatah kata pemimpin PR

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Kami warga media guai mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu dan bakal ibu di seluruh dunia. Semoga bahagia dan sejahtera di samping keluarga. Klik "play" untuk mendengar lagu jasa bonda.