Saturday, March 12, 2011

PRK KERDAU : BN penakut, PAS berani sangat..siapa yang untung?


Peyokong UMNO / BN jangan marah dulu dengan slogan BN penakut. Baca dulu artikel ini dengan teliti kemudian buatlah komentar. Ini sekadar pemerhatian seorang insan kerdil yang tidak tahu sepak terajang politik di Malaysia.
Tahniah kepada BN dengan majoriti 2724. Selepas pengistiharan calon BN di Desa Murni,sebenarnya pihak BN telah dihantui perasaan takut.
Pertama, awal-awal lagi pihak BN telah memainkan isu tahap pendidikan Syed Ibrahim. Sebenarnya isu ini datang dari pihak UMNO sendiri.
Kedua, BN telah menggunakan sepenuhnya agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah, JKR, Telekom, TNB, JBA, Pejabat Pendidikan, IPTA, MPT, JHEOA, FELDA, FELCRA, RISDA, MARA dan banyak lagi terutama KEMAS serta PDRM...ini bukan tuduhan tetapi orang ramai menjadi saksi macamana pihak-pihak yang dinyatakan diatas memainkan peranannya demi memenangkan calon BN. Sedangkan jentera BN yang terdiri daripada Pemuda,Puteri dan tenaga dari Bahagian serta Negeri yang bertandang hanya menghadirkan diri ke program yang telah dirancang secara teratur oleh pihak agensi kerajaan.
Lebih menarik lagi kehadiran hadirin ke progam yang diatur oleh agensi kerajaan adalah sasaran utama mereka iaitu pengundi DUN Kerdau. Ucapan atau taklimat oleh sesiapa sekalipun hanya satu tujuan iaitu undi BN. Sebelum beredar semua hadirin dihadiahkan dengan buah tangan.
Istilah BN penakut boleh diterjemahkan apabila mereka melakukan tiga perkara besar. Iaitu menggunakan sepenuhnya agensi kerajaan , mengugut peserta Felcra serta peneroka Felda dan yang terakhir menggunakan Umi khusus sebagai pemaki individu bukan penceramah.
Manakala bagi pihak PAS yang bertanding sebagai underdog telah berani memainkan isu besar yang memang mengena tepat kepada UMNO/BN, namun semuanya dapat diperbaiki oleh pihak BN jika itu adalah kelemahan. Dan dapat diadakan jika ianya tiada.Diberikan jika ianya tidak sebelum ini. Belajar jadi pelakun yang baik walau sebelum ini bukan itu wataknya.
Rakyat , kontraktor dan runner BN juga patut berterima kasih kepada PAS. Kerana menyahut cabaran di PRK Kerdau ini. Jika tidak apa yang mereka perolehi sekarang rasanya macam jauh panggang dari api. Tetapi ingat PRU 13 nanti sudah pasti akan berubah situasinya.