Wednesday, May 19, 2010

PERKAHWINAN KLASIK ANTARA LELEKAW DAN PASANGAN

Seorang ‘pemuda’ kampong berusia sekitar 55 tahun bakal mendirikan rumah tangga tanggal 29 Mei 2010 ini. Semua adik beradiknya telah mendirikan rumah tangga. Beliau mempunyai 10 orang adik beradik dan beliau adalah anak ke 6.

Semenjak 30 tahun yang lalu beliau sentiasa “dicabar” dengan soalan bila nak kahwin?. Dalam usia sebegini tapi belum lagi berumah tangga maka kami panggil LELEKAW.( Lelaki lewat kahwin ).

Baru-baru ini beliau bertemu dengan seorang perempuan berstatus ANDALUSIA,maka mungkin ini jodoh mereka. Merekapun telah mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga pada 29 Mei 2010 ini.

Berita ini telah sampai kepengetahuan keluarganya. Mereka semua amat gembira . Apabila ditanya tentang belanja kahwin dengan selamba beliau menyatakan Cuma ada RM3,000 sahaja. Kalau mereka nak mahal-mahal dan kenduri nak besar-besar maka kawan tak jadilah, kata Tan ( panggilan manjanya ).

Mendengarkan kata-kata seluruh ahli keluarganya termasuk adik-beradik, anak saudara, sepupu dan kawan-kawan telah bersetuju untuk sponsor sikit seorang semua majlis kenduri tersebut. Ada yang sponsor seekor lembu, beras, kelapa, percutian bulan madu dan lain-lain.

Majlis dijangkakan meriah dengan kehadiran seluruh orang kampong , suadara mara dan kenalan Tan.Kami doakan agar pasangan ini bahagia ke anak cucu. Kepada yang kena ajak datanglah pada 29 mei 2010 di rumah pengantin perempuan dan 30 mei 2010 di rumah lelaki.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU



Terimalah ucapan Selamat Hari Guru dari Pengarah MTD Guai untuk semua warga pendidik Daerah Bera.

Semoga kalian terus berjaya mendidik anak bangsa mengapai kecemerlangan.

PROGRAM KARNIVAL WARGA FELDA BERA 2010

Lajnah Hal Ehwal Pertanian,Peneroka dan Buruh Kawasan Bera menganjurkan Program Karnival Warga Felda Bera 2010 bertempat di Laman Pusat Khidmat Masyarakat Felda Purun, Bera.

Beberapa aturcara bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 malam pada 22 Mei 2010 telah disediakan. Aturcara melibatkan penyertaan dari kalangan kanak-kanak, muslimat, nisa dan orang dewasa.

Pengarah Progran Ust Sulaiman bin Mohamad berharap agar seluruh warga felda di Bera dapat membanjiri kawasan yang telah disediakan.

Bersama-sama ini disertakan aturcara penuh program tersebut

******************************************************

Tarikh 22hb Mei 2010

Masa 9.00 pagi hingga 12.00 malam

Tempat Laman Pusat Khidmat Masyarakat Felda Purun

******************************************************

9.00pg : Sukaneka kanak-kanak & dewasa
: Pertandingan mewarna kanak-kanak ( 4 – 10 tahun )

10.00pg : Klinik motosikal PERCUMA
: Gunting rambut PERCUMA

: Pertandingan gubahan bunga

: Acara muslimat & Nisa

: Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA

: Bekam, Urut Refleksologi & Kiropraktik PERCUMA

3.00ptg : Ramah Mesra Warga Felda

7.30mlm : Tahlil Perdana

9.15mlm : Ceramah Pakatan Rakyat