Sunday, April 1, 2012

RAKYAT PAHANG MAHU PERUBAHAN ( Edisi orang Bera )


Sepintas lalu Bera adalah merupakan daerah ke 11 Negeri Pahang. Semenjak ia dinobatkan sebagai sebuah daerah perlahan-lahan perubahan fizikal berlaku. Namun perubahan itu tidak memberangsangkan.

Pelbagai aspek boleh dilihat, namun mari kita lihat tiga aspek sahaja bagi memandu pemikiran kita membantu perubahan di Daerah Bera.

1. Pemikiran orang Bera

- masih lagi berfikiran “ awak buatlah dulu “, koi ikut kemudian
- walau anak kita membuat sesuatu kejayaan, namun ibubapa tak mahu memuji tetapi bila anak orang lain membuat sedikit kejayaan dipujinya mengunung
- ramai anak-anak Bera bekerjaya dan berjaya di luar, namun apabila di tanya kenapa tak mahu berkhidmat di daerah sendiri jawapnya “ susah ”.

2. Pendidikan pelajar di daerah Bera ( UPSR, PMR,SPM dan STPM )

- Tidak meningkat dari segi Kualiti dan Kuantiti
- Sentiasa berada di kelompok bawah berbanding dengan daerah lain


3. Projek Awam yang berkesan dan bermutu susah diperolehi

- Masalah kerosakkan jalan di dalam Daerah Bera telah lama berlaku namun untuk mendapat kelulusan amat sukar dan kalau adapun sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.
- Projek membina Jambatan menyeberangi Sungai Pahang memang perlu dan ada asasnya, namun projek ini tak mampu diangkat sebagai projek yang munasabah dan diyakini.
- Memang dipercayai pihak Majlis Daerah Bera mempunyai pelan induk perancangan Daerah Bera yang mengambil kira semua aspek termasuk pembangunan ekonomi penduduk tempatan. Setakat ini keberhasilannya masih kesamaran.

Untuk menangani ketiga-tiga perkara di atas cadangan daripada orang Bera amatlah diperlukan

Ini adalah sekelumit beberapa perkara dicadangkan untuk kebaikkan bersama ( itupun jika berguna )

1. Semua Masjid dan Surau perlulah dipenuhkan dengan jemaah ( orang lama dan terutama anak-anak muda ) terutama waktu maghrib,isyak dan subuh . Hidupkan dengan kuliah dan tazkirah yang bertenaga setiap masa.
2. Namakan Bandar Bera dengan nama yang lebih baik dan bukan melambangkan jumud, malu dan kaku. Jika nama Bandar Bera Bandar Burung Puyuh rasanya tak sesuai, kerana ia melambangkan sikap negatif burung puyuh.
3. Orang Bera kena berfikiran sebagai juara dan pejuang

Sunday, October 30, 2011

DUA TAHUN TANPA BEKALAN AIR



Mengkarak Station – Air dan Elektrik adalah bekalan asas kepada kehidupan. Namun yang berlaku kepada 27 buah rumah di Taman Tualang, Mengkarak amat menyedihkan kami.
Lawatan kerja Pengarah MTD Guai ( En Musaniff bin Ab.Rahman ) pada Jumaat lalu setelah menerima aduan penduduk disambut baik oleh wakil penduduk.
Menurut jurucakap penduduk permasalahan mereka telah dipanjangkan kepada pihak JBA Bera tetapi tidak ada tindakan yang dilakukan. Sesekali pihak JBA ada membawa lori untuk mengisi air kedalam tangki.Namun itu tidak dapat menyelesaikan masalah, itu pun sekali sekala ujar wakil penduduk.
Hasil daripada pemerhatian dan maklumat penduduk air tidak naik ke tangki menara berkapasiti 30,500 gelen yang didirikan. Disisinya terdapat sebuah tangki sedutan berkapasiti 14,000 gelen. Namun kedua-dua tangki ini gagal berfungsi membekalkan air kepada penduduk.
Keresahan penduduk semakin hari semakin meruncing tambah lagi apabila menyambut hari kebesaran. Samada Tahun Baru Cina , Hari Raya dan kenduri perkahwinan. Ada yang menyatakan saiz paip yang disediakan tidak sesuai dengan paip yang mendatang.
Penduduk amat berharap agar pihak yang berwajib terutama JBA Bera dapat menyelesaikan dengan segera masalah yang dihadapi.

Saturday, May 7, 2011

TURUN PADANG



KG PAYA MENGKUANG, CHARUK PUTING - Sebuah rumah terbakar keseluruhannya. Kejadian tersebut disedari oleh Puan Noryani binti Arifin, 41 tahun selepas mengambil anaknya dari sekolah jam 2.10 petang pada 4 Mei 2011. Semasa kejadian tidak ada sesiapa di dalam rumah, suaminya keluar bekerja dan anak-anaknya keluar bekerja dan bersekolah cerita puan Noryani dengan nada yang sedih bercampur bersyukur.
Kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang kerana semua barang yang ada di dalam rumah tidak sempat diselamatkan, ujar puan Noryani sambil menyapu air mata yang membasahi pipinya.
Buat sementara waktu keluarga ini tinggal di rumah Encik Ariffin ( ayah kepada Puan Noryani ) yang tinggal tidak jauh daripada rumah mereka. Kerugian di anggarkan RM 50,000.
Kepada sesiapa yang ingin membantu bolehlah berbuat demikian terus kepada Puan Noryani. Jabatan Kemajuan Masyarakat Daerah Bera dan Jabatan Kemajuan Masyarakat Daerah Temerloh telah melakukan lawatan, mengambil maklumat dan telah menyampaikan sumbangan.
Pihak Majlis Tindakan Dun Guai ( Pengarah, Sdr Musaniff bin Ab.Rahman ) dan YB Syed Abd Hamid ( ADUN Kuala Semantan ) juga turut menziarahi serta menyampaikan sedikit sumbangan berupa wang tunai dan pakaian terpakai.

Monday, May 2, 2011

KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP DPP BERA 2011 BERJAYA




DURIAN TAWAR – Sejumlah 16 pasukan telah menyertai kejohanan Futsal tertutup DPP Bera 2011 kali pertama. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ybhg Ust Sulaiman bin Mohamad, Yang Dipertua PAS Kawasan Bera. Turut hadir di majlis itu Sdr Musaniff bin Ab.Rahman (TYDP ), Sdr Mohd Shahrul bin Mohamad ( Ketua DPP ), Ust Yusof bin Che Din ( Ketua Penerangan ) dan pemimpin masyarakat setempat.
Kejohanan futsal tersebut diadakan di gelanggang futsal Kg Durian Tawar. Perlawanan pertama dimulakan jam 9.30 pagi. Manakala perlawanan akhir tamat jam 5.30 petang. Semua hadiah disampaikan oleh Ybhg Sdr Musaniff bin Ab.Rahman.
Penganjur DPP Bera memaklumkan pasukan di bahagi kepada empat kumpulan dan setiap pasukan bermain secara liga dalam kumpulan masing-masing. Johan kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir. Di peringkat suku akhir dan separuh akhir di jalankan secara kalah mati. Perlawanan akhir adalah di antara pasukan Purun A dan Tementi B. Purun A menang dengan jaringan 4 gol tanpa balas.
Johan, Purun A menerima hadiah wang tunai RM500 beserta cenderahati. Naib Johan, Tementi B menerima hadiah wang tunai RM300 beserta cenderahati. Manakala pasukan Durian Tawar B dan Durian Tawar A masing-masing di tempat ketiga ( RM200 ) dan keempat ( RM100 ).
Kejohanan ini mendapat khidmat bantuan pengadilan dari persatuan pengadil bolasepak Daerah Bera.
Pihak penganjur kejohanan telah memilih Muhamad Hisyamuddin bin Mohamad dari pasukan Purun A sebagai pemain terbaik perlawanan akhir. Hadiah cenderahati di sampaikan oleh Sdr Musaniff dan jersi hadiah disarungkan oleh Sdr Mohd Shahrul.

Wednesday, April 27, 2011

PAS KAWASAN BERA BERSAMA MASYARAKAT


PAS Kawasan Bera selesai menjalankan Mesyuarat Agong Tahunan pada 17hb April 2011 lalu dan pada hari ini ( 23 April 2011 ) telah melengkapkan senarai AJK sesi 2011 / 2013. Berikut adalah senarai AJK PAS Kawasan Bera sesi 2011/2013,
1. Yang Dipertua Ust Sulaiman bin Mohd
2. Tim. Yang Dipertua Sdr Musaniff bin Ab.Rahman
3. Naib Yang Dipertua Sdr Abdullah bin Ismail
4. Setiausaha Sdr Mohd Wali bin Alang Ahmad
5. Ketua Urusan Ulama Ust Mohd Asmadi bin Mohamad
6. Ketua Penerangan Ust Yusof bin Che Din
7. Bendahari Sdr Salim bin Musa
8. Ketua Dewan Pemuda Sdr Mohd Shahrul bin Mohamed
9. Ketua Dewan Muslimat Hjh Rahmah binti Omar
10. Pen.Setiausaha 1 Sdr Saha bin Othman
11. Pen Setiausaha 2 Sdr Roslan bin Mohd Nor
12. AJK Ust Che Zuhar bin Che Harun
13. AJK Hj. Idris Singah
14. AJK Ust Muhayedin Hussin
15. AJK Nasarudin bin Mohd Ali
16. AJK Islahudin bin Zakaria
17. AJK Sdr Kamaruzaman Mohd Esa
18. AJK Sdr Mohamed @ Ayub A. Karim
19. AJK Sdr Derasik bin Senik
20. AJK Sdri Siti Khadijah binti Sudin
21. AJK Sdri Siti Patimah binti Hj. Othman
22. AJK Md. Nawawi bin Mohammad
23. AJK Hj. Adnan bin Ley
24. AJK Sdr Abu Stamam bin Awang
25. AJK Hj Mustapha bin Ismail
26. AJK Sdr Hashim bin Ahmad

Mesyuarat Agong Tahunan dirasmikan oleh Ybhg Ust Nik Mohd Zawawi bin Nik Mohd Salleh, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat.

Menurut Timbalan Yang Dipertua, Sdr Musaniff saf kepimpinan sesi 2011/2013 adalah merupakan saf yang akan memikul tanggungjawab besar kerana kepada bahu merekalah disandarkan memenangi PRU 13 nanti. Beliau amat percaya dengan bergeraknya tiga elemen PAS mampu memenangi hati pengundi. Elemen itu ialah kebersamaan, mesra dan senyum.

Thursday, March 31, 2011

AL KISAH : GURU BESAR TERLEBIH UBAT


Cerita ini adalah mengisahkan riawayat kerjaya seorang Guru Besar di salah sebuah sekolah di dalam Negeri Pahang. Sehingga Al Kisah ini ditulis dia masih lagi berjawatan Guru Besar di sekolah yang sama.
Kisah Pertama : YDP PIBG
Sejak awal lagi perlantikkan YDP PIBG sekolah tersebut tahun 2007 lagi GB ini telah menyimpan perasaan mahu menyingkirkan YDP. Apabila bertemu mata dengan YDP, GB ini menunjukkan muka yang sangat manis.
Dalam usaha menunjukkan bahawa YDP tidak mampu membawa peruntukkan dari Yang Berhormat ( YB ), maka semasa tempoh YDP ini satu permohonan kepada YB pun tidak dibuat. Maka ada suara dari ahli PIBG kedengaran kenapa YB tak lulus peruntukkan ke? Menjawablah ahli PIBG ( konco GB ) itulah kalau YDP ini, tentu YB tak akan luluskan peruntukkan.
Namun sebelum YDP ini pun iaitu semasa konco YB menjawat YDP ,apabila disemakkan sepuluh yang dijanjikan oleh YB didalam ucapan semasa merasmikan beberapa program sekolah yang disambut tepuk sorak oleh hadirin ( terutama konco-konco GB ) tiga sahaja yang di kotakan. Bakinya hangus ditelan tahun. Tiga inilah dijaja sebagai peruntukkan dari YB.
Tidak sudah dengan peristiwa itu, GB melebarkan sasaran menjatuhkan YDP dengan mengambil kesempatan ketidakhadiran YDP dalam suatu mesyuarat AJK PIBG oleh kerana keuzuran. Mesyuarat itu dipengerusikan NYDP dan di akhir mesyuarat diputuskan tarikh mesyuarat akan datang. Kesempatan ini diambil sungguh-sungguh oleh GB dan konco GB untuk tidak memaklumkan tarikh mesyuarat tersebut kepada YDP, menyebabkan YDP tidak dapat hadir mesyuarat AJK PIBG dua kali berturut-turut. Ketidakhadiran dua kali berturut-turut inilah menjadi bahan sinis mesyuarat AJK PIBG oleh AJK PIBG ( konco GB ) mengusik YDP, setiap kali mesyuarat selepas itu. Rupa-rupanya ketidakhadiran YDP telah disebarluas melalui gerak bisik sesama konco YB.
Percubaan demi percubaan menjatuhkan YDP tidak berhasil. Percubaan mereka terakhir ialah menyebarluaskan bahawa sekolah tidak dapat peruntukkan jika YDP ini dikekalkan lagi. Mesyuarat Agong PIBG tahun 2008 menyaksikan YDP ditentang oleh calon konco GB. Namun YDP itu menang dengan majoriti. Konco-konco GB memang mengakui YDP ini, sememangnya orang yang boleh berkerja dan menjalankan tugas YDP dengan berkesan.
Selepas masih lagi bergelar YDP untuk tahun 2009 dan 2010, GB amat tidak selesa dengan keadaan ini. Ketidak selesaan ini tidak digambarkan bila berhadapan dengan YDP. Pihak sekolah seperti biasa menjemput YDP untuk bersama dengan program di sekolah. Semua program dapat dihadiri malah mendapat pujian dalam ucapan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah sebagai YDP Cemerlang dalam suatu program.
Akhirnya pada bulan Mac 2010 YDP ini telah melepaskan jawatan YDP dengan alasan telah tiada anak yang bersekolah disitu pada tahun itu di dalam Mesyuarat Agong Tahunan dan disambut sedih dan suatu kehilangan oleh ahli PIBG. Namun di dalam majlis tersebut GB tidak menyebut sepatahpun perkataan terima kasih semasa ucapannya atas khidmat YDP yang telah lalu.
Kisah ini tidak mahu memburuk-buruk mana pihak tetapi sebagai pengajaran di masa akan datang. Kami akan tampilkan dua kisah lagi yang membabitkan GB ini iaitu keluhan guru dan keresahan bapa.

Saturday, March 12, 2011

PRK KERDAU : BN penakut, PAS berani sangat..siapa yang untung?


Peyokong UMNO / BN jangan marah dulu dengan slogan BN penakut. Baca dulu artikel ini dengan teliti kemudian buatlah komentar. Ini sekadar pemerhatian seorang insan kerdil yang tidak tahu sepak terajang politik di Malaysia.
Tahniah kepada BN dengan majoriti 2724. Selepas pengistiharan calon BN di Desa Murni,sebenarnya pihak BN telah dihantui perasaan takut.
Pertama, awal-awal lagi pihak BN telah memainkan isu tahap pendidikan Syed Ibrahim. Sebenarnya isu ini datang dari pihak UMNO sendiri.
Kedua, BN telah menggunakan sepenuhnya agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah, JKR, Telekom, TNB, JBA, Pejabat Pendidikan, IPTA, MPT, JHEOA, FELDA, FELCRA, RISDA, MARA dan banyak lagi terutama KEMAS serta PDRM...ini bukan tuduhan tetapi orang ramai menjadi saksi macamana pihak-pihak yang dinyatakan diatas memainkan peranannya demi memenangkan calon BN. Sedangkan jentera BN yang terdiri daripada Pemuda,Puteri dan tenaga dari Bahagian serta Negeri yang bertandang hanya menghadirkan diri ke program yang telah dirancang secara teratur oleh pihak agensi kerajaan.
Lebih menarik lagi kehadiran hadirin ke progam yang diatur oleh agensi kerajaan adalah sasaran utama mereka iaitu pengundi DUN Kerdau. Ucapan atau taklimat oleh sesiapa sekalipun hanya satu tujuan iaitu undi BN. Sebelum beredar semua hadirin dihadiahkan dengan buah tangan.
Istilah BN penakut boleh diterjemahkan apabila mereka melakukan tiga perkara besar. Iaitu menggunakan sepenuhnya agensi kerajaan , mengugut peserta Felcra serta peneroka Felda dan yang terakhir menggunakan Umi khusus sebagai pemaki individu bukan penceramah.
Manakala bagi pihak PAS yang bertanding sebagai underdog telah berani memainkan isu besar yang memang mengena tepat kepada UMNO/BN, namun semuanya dapat diperbaiki oleh pihak BN jika itu adalah kelemahan. Dan dapat diadakan jika ianya tiada.Diberikan jika ianya tidak sebelum ini. Belajar jadi pelakun yang baik walau sebelum ini bukan itu wataknya.
Rakyat , kontraktor dan runner BN juga patut berterima kasih kepada PAS. Kerana menyahut cabaran di PRK Kerdau ini. Jika tidak apa yang mereka perolehi sekarang rasanya macam jauh panggang dari api. Tetapi ingat PRU 13 nanti sudah pasti akan berubah situasinya.