Thursday, October 14, 2010

GURU JENAMA UMNO BERKOKOK TAK KENA MASA

Selepas kerajaan mengumumkan dalam bulan Julai lepas guru gred DG 41 hingga DG 48 dibenarkan berpolitik, maka yang sebenarnya dilihat ialah memberi laluan sebesar-besarnya kepada Guru yang berjenama UMNO/BN bergerak bebas dalam politik.

Mereka ini kebanyakkannya dilantik sebagai penceramah BTN. Semua jadual yang diperuntukkan oleh BTN kepada mereka dipenuhi semuanya. Ini menyebabkan apabila berada di dalam kelas di Sekolah mereka dalam keadaan yang letih dan mengantuk. Tetapi tidak ada seorangpun termasuk Pengetua berani menegur mereka ini.

Namun sehingga kini mereka tetap berusaha samada secara sendiri atau melantik ‘spy ‘ memerhatikan mana-mana guru yang hendak di ‘ black list’ kan. Kategori guru yang akan di ‘ black list ‘ kan tu pula ditentukan oleh mereka sendiri. Diantaranya ialah mengunjungi masjid atau surau yang mengadakan majlis ilmu, menghadiri ceramah parti PR dan bercakap serta pernah menyapa pimpinan parti PR.

Mereka yang disenaraikan dalam ‘ black list’ kononnya tidak berpeluang naik pangkat.

Perlu diingat sepatutnya sudah tidak ada istilah ‘ black list ‘ dikalangan guru DG 41 hingga DG 48. Ini adalah kerana semua mereka ini telah dibenarkan berpolitik sejak bulan Julai 2010 lalu. Dan mereka yang pergi mendengar kuliah ilmu di surau atau masjid itupun bukan berpolitik. Mereka hanya mendengar kuliah ilmu. Kalau ada yang mendengar ceramah PR pula, itupun masih belum berpolitik.

Ada diantara Guru jenama UMNO secara terang-terangan dan kuat sehingga didengari guru lain memberitahu kerani pentadbiran sekolah bahawa mereka akan bercuti pada 26hb Oktober 2010 ini sempena hari penamaan calon PRK DUN Galas. Seolah-olahnya cuti mereka mesti diluluskan.Tetapi tidak ada sesiapa yang berani menegur. Siapa yang mengajar mereka bersikap begini? Apa yang menyebabkan mereka jadi begini?

Guru-guru lain kalau hendak cuti mereka patuh dengan peraturan. Peraturannya ialah perlu isi borang permohonan dahulu apabila diluluskan oleh Pengetua barulah mereka bercuti.

Perangai Guru jenama UMNO ini sebenarnya telah ketinggalan zaman. Mereka merasakan UMNO/BN masih lagi kuat, sedangkan semua orang tahu mereka (UMNO/BN ) telah lemah dan semakin lemah.