Thursday, February 26, 2009

Kesan apabila sanjung PPSMI


1. Kalau dulu produa menamakan kereta sebagai MYVI dan SAVY. Yang membawa maksud Kereta Saya dan Selamat.
2. Kini dengar-dengar khabar proton pula mengikut langkah produa dengan menamakan kereta pelbagai guna sebagai EXORA. Menurut yang tahu sedikit pasal bahasa ni perkataan ini berasal dari tumbuh-tumbuhan dan bunyi macam Bahasa Inggeris aje.
3. Bertapa jauh dan sayupnya Bahasa Melayu di mata orang yang berada di dunia perniagaan. Macam tak ada nilai perdagangan langsung. Dan lagi jauh di mata orang yang berada di dunia pengiklanan. Sama jauh juga di mata orang yang mempertahankan PPSMI ini.

Perbesar isu ‘ Celaka ‘ hanya mainan UMNO untuk tutup kes malu?


1. Ungkapan YB Karpal dalam parlimen perkataan ‘celaka’ kepada pemuda UMNO disahut dengan cabaran sambil menepuk dada oleh ahli pemuda UMNO. Beriya-riya sungguh pemuda tu di luar parlimen mencabar YB Karpal. Semua orang tahu Karpal tu bukan boleh lari laju kerana pergerakkannya dibantu oleh kerusi roda. Lucu juga melihat ada orang mengajak orang yang berkerusi roda bergaduh secara fizikal.
2. Berita utama TV3 memainkan isu ‘celaka’ ini selama hampir 30 minit. Seolah-olah isu ini besar sangat. Macam nak alih isu berkaitan merampas pemerintahan Negeri Perak dan isu lembu dan kereta di Selangor. Semacam nampak dah nak kalah dah.
3. Kalau lihat sekarang ini UMNO macam benar-benar nak bela Sultan. Ya ke ni? Setahu patik Tuanku sewaktu ketika dahulu UMNO lah yang buat macam-macam pada Sultan. Ada nak cabut kekebalan. Ada tabal Sultan baru. Ada maki Sultan. Ada yang larikan puteri Sultan. Macam-macam ada.
4. Kalau mengikut undang-undang tubuh negeri Perak kalau Dewan Negeri tak bersidang selama tempoh enam bulan maka Dewan Negeri dengan sendirinya terbubar. Jadi rakyat Perak kena diperingatkan betul-betul apabila mengundi esok undilah calon PR. Kena pesan kepada semua pengundi agar menangkan PR dengan kelebihan banyak kerusi. Mana-mana calon yang nampak nak lompat terus tukar calon lain. Langkah dan rintisan awal yang dibuat oleh MB Nizar dan PR Perak amat berkesan serta pratikal. Teruskan pemerintahan PR di Perak.

Wednesday, February 25, 2009

CERAMAH DI BERA

Pas kawasan Bera menganjurkan Ceramah Penerangan
Pada : 1hb Mac 2009
masa : 9.30 malam
Tempat : Darul Ikhwan, Mengkarak
Penceramah
1. YB Ust Nasaruddin bin Mat Isa ( Tim.Presiden PAS )
2. Sdr Mazlan bin Aliman ( AJK PAS Pusat)
3. Sdr Musaniff bin Abd.Rahman ( Bendahari PAS Pahang )
4. Ust Sulaiman bin Mohd ( YDP PAS Kawasan Bera )

Orang ramai di jemput hadir.

Sunday, February 22, 2009

PERUNTUKKAN SEKOLAH TIDAK MENCUKUPI?

Berikut dipaparkan penerimaan dan perbelanjaan secara prorata sesebuah sekolah di Negeri Pahang tahun 2009.
(Illustrasi ini adalah berdasarkan 690 orang murid)
1.0 Penerimaan
Wang kerajaan 90,000.00
Wang SUWA 19,000.00
Jumlah penerimaan 109,000.00
Seorang murid menerima 157.97
2.0 Perbelanjaan ( Kasar )
Berkaitan program agama 10,000.00
Sukan,pendidikan khas dan pra sekolah 23,000.00
Hari pendidikan dan koakademik 4,000.00
Bil air ,elektrikdan telefon 10,000.00
Alatan P&P 50,000.00
Perkhemahan dan peperiksaan dalaman 13,000.00
Pusat sumber 8,000.00
Jumlah perbelanjaan 118,000.00
Seorang murid berbelanja 171.01
3.0 Kekurangan 9,000.00
Seorang murid kekurangan 13.04
4.0 Bayaran Persekolahan yang dicadangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG 2009 dan
telah diterima ialah sejumlah RM 27.00 kepada seorang pelajar. Manakala Bayaran
PIBG juga telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung berkenaan ialah RM 50.00 juga
kepada seorang pelajar.
Cadangan ,
PIBG perlu bersatu memohon agar Kementerian Pelajaran memberi peruntukkan yang
secukupnya kepada sesebuah sekolah. Jumlah sebenar peruntukkan tambahan adalah
berasaskan kepada geran per kapita yang diterima sesebuah sekolah. Jika berdasarkan
kepada Illustrasi diatas 25%-30% tambahan daripada geran per kapita asal diperlukan bagi
meringan beban ibubapa. Manakala bayaran PIBG kalau boleh dikurangkan daripada
RM 50.00 kepada RM 35.00 akan banyak memberi kelegaan kepada ibubapa.
Jika cadangan ini diterima maka ibubapa akan membayar untuk sesi persekolahan 2010
iaitu ,
1. Takaful 1.50 ( setiap orang anak )
2. PIBG (h.pendidikan,sukan dan sumbangan )30.00 ( seorang penjaga )
3. PIBG (Keceriaan ) 5.00 ( setiap orang anak )
Ini bermakna Kementerian Pelajaran memberikan peruntukkan geran per kapita diantara RM 200.00 hingga RM 250.00 untuk seorang pelajar di dalam sesebuah sekolah.
Sebagai menambah semangkuk, jadi tak payah lagi menadah tempurung kepada YB untuk mengumumkan
' meluluskan permohonan ' sekolah berkenaan. Dan tak payahlah juga dalam perasmian Mesyuarat Agung PIBG ,YB menyebut beberapa juta dan billion peruntukkan telah diluluskan. Cuma kalau YB nak memberi sumbangan hulurkan kepada program-program sekolah/PIBG yang bersifat membantu menjayakan program tersebut. Itulah hakikatnya.