Sunday, September 5, 2010

Malu….kawasan felda gugusan Bera terima sumbangan air mentah dari SYABAS


Baru-baru ini beberapa kawasan felda dalam kawasan gugusan bera menerima bekalan air mentah dari pihak SYABAS ( Selangor ). Terima kasih kepada pihak pengurusan SYABAS kerana peka dengan masalah air di kawasan felda gugusan bera.

Namun beberapa persoalan hendak ditimbulkan:

Pertama, kenapa Kerajaan Pahang tidak berusaha atau mengambil tindakan mengatasi masalah bekalan air kawasan felda gugusan bera dengan bersungguh-sungguh seperti yang dilakukan oleh pihak SYABAS atau lebih lagi.

Pihak SYABAS telah membekalkan tangki air ke Masjid dan botol kandungan 5 liter air minuman kepada peneroka ( disampaikan oleh YB Guai ). Kenapa pihak kerajaan Pahang tidak memikirkan kearah itu?

Kedua, baru-baru ini melalui media di maklumkan Negeri Selangor bakal menghadapi krisis kekurangan air. Tambahan pula Negeri Selangor bakal menjadi pembeli air dari Negeri Pahang sedikit masa lagi. Tetapi peristiwa penghantaran air tersebut membuktikan sebaliknya.

Ketiga, kenapa pihak SYABAS beriya-iya benar membantu kawasan felda gugusan bera, Pahang ini.? Mungkin ada sesuatu yang ingin pihak pengurusan tertinggi SYABAS mahukan daripada pengurusan tertinggi Persekutuan ( juga Orang Pahang yang merangkap ‘menjaga ‘ FELDA ).

Sepatutnya pihak kerajaan Pahang berasa malu dengan kelembapan tindakan mereka. Jika pimpinan Negeri Pahang tidak berasa apa-apa dengan peristiwa penghantaran air oleh pihak SYABAS, bermakna mereka ini sudah kehilangan moral dan daya kreativiti.

Masalah bekalan air yang berlaku di kawasan felda gugusan bera terutama Felda Purun dan Mayam telah berlaku sejak lebih 20 tahun lepas. Kenapa pihak kerajaan Pahang tidak berusaha mengatasinya dengan sebaiknya?

2 comments:

wak said...

Nak tolong salah, tak tolong pun salah..Itu syarikat Rozali bukan syarikat Selangor, jadi apa masalahnya Rozali mahu bantu?

FYI, Rozali tu anak peneroka dan beliau adalah Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi FELDA. Maka, apa yang dilakukan olehnya adalah satu tugasan yang patut dan bertanggungjawab.

laxmana said...

Aku tak faham la dgn stand ko..Ko nak salahkan Kerajaan Pahang ke atau ko nak burukkan imej Syabas?

Masalah FELDA Guai takde air, itu mungkin masalah teknikal. Mungkin ada kesilapan yang tidak disengajakan.

Cuma persoalan ko yg ketiga tu seolah2 nak tunjukkan SYABAS mahukan sesuatu dpd Najib? Apa maksud ko ye?

Bg aku la ye sbg rakyat, aku harap pihak kerajaan tak terlalu berpolitik sehingga menimbulkan masalah kepada rakyat. Rakyat dah pilih pemimpin, so tlg berkhidmat betul2.

Tapi, ko mesti ingat kerajaan Pahang pernah offer tempat kpd Selangor utk bina loji bagi menangani jangkaan krisis air yg akan berlaku di Selangor, KL dan Putrajaya pada 2011 @ 2014 ni nanti.