Seminggu lepas saya didatangi oleh dua orang penduduk kampong di dalam DUN Guai. Hasrat mereka adalah untuk mencari pengamal perubatan tradisi yang berkaitan dengan makhluk halus. Ini adalah kerana kawan yang dibawa bersamanya itu disyaki diganggu makhluk halus.
Lantas Din yang membawa kawannya yang sakit itu, meminta kalau-kalau saya boleh berikhtiar dan berdoa agar kawannya yang bernama Hasan bebas dari gangguan makhluk halus itu. Puas menyatakan bahawa saya tidak pandai, namun setelah didesak dan demi memenuhi hajat mereka sayapun berdoa kepada Allah agar hasrat mereka dikabulkan.
Sebelum mereka beredar sempat juga kami berbual berkaitan dengan kampong yang Din tinggal sekarang. Kata Din, Tok 4 selalu menggunakan nama orang kampong untuk mendapatkan projek. Setelah projek itu diluluskan maka projek itu menjadi hak Tok 4 dan penama yang digunakan itu tidak dapat sedikitpun. Ada satu kali tu Tok 4 ini hampir mendapat habuan penampar anak kepada penama yang dia gunakan, ujar Din.
Kampong yang dihuni oleh Din adalah bersebelah dengan sebuah kampong lain. Namun kampong Din jauh dari segi mendapat peruntukkan dan projek pembangunan dan sosial. Walaupun permohonan dibuat melalui kampong Din tetapi apabila dilaksanakan ia dilaksanakan di kampong sebelah, tambah Din lagi.
Sekarang ini orang di kedua-dua kampong ini telah mula marahkan Tok 4 dan YB kerana tidak berlaku adil kepada orang kampong dan kampong.
Adalah diharapkan agar Tok 4 dan YB berkaitan dapat mengamalkan slogan “ Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan “ bukan slogan “ Tok 4 didahulukan kroni diutamakan “.

1 comment:
Salam untuk tuan,
Baru jadi tok pat dah segitu, mengkalar jadi menteri entohlar tuan. Mohon dijauh tuhan agor kampong koi tok dapat tok4 gayer tu. Maklomlar mengkarok sekarang tengoh tunggu nok berTok4 baru.
Selamat hari raya, maaf zahir batin dari saya seisi keluarga.
Post a Comment