Friday, March 27, 2009

Nasib Air Gau

Kejohanan Olahraga peringkat Negeri Pahang telah berlangsung baru-baru ini bertempat di Kompleks Sukan Bandar Jengka. Upacara perasmian dilakukan oleh Pegawai Pendidikan peringkat negeri Pahang pada 25.3.2009

Sebelum upacara perasmian dilakukan Pegawai berkenaan dan tetamu VIP dipersilakan merehatkan diri. Sambil berehat pihak urusetia menyediakan sedikit minuman sebagai pembasah tekak. Demi melihat sahaja botol air minuman jenama Gau dihidangkan Pegawai itu terus memarahi pihak urusetia. Pengetua kepada sekolah yang menjadi urusetia persiapan juga telah memarahi guru yang terlibat.

Diantara kata-kata Pegawai itu kepada guru berkenaan ialah “ Hey! ada unsur-unsur politik ke ni?“ dengan nada yang marah. Oleh kerana perasaan marah telah menyelebungi perasaan Pegawai itu maka upacara perasmian telah tiada acara berdoa seperti mana sentiasa dilakukan sebelum ini.

Suasana di Kompleks berkenaan telah menjadi sunyi seketika selepas perasmian disempurnakan. Kesunyian digamatkan dengan ribut dan hujan lebat serta kilat sambar menyambar. Masing-masing senyap dan berpandangan sesama sendiri.
Kami telah dimaklumkan bahawa Air Gau tidak ada kaitan dengan PAS . Malah ia telah diterima sebagai air minuman terbaik dan berada di kebanyakkan kedai-kedai runcit, pasaraya dan juga kedai stesen petronas. Mungkin hanya kerana stikernya berwarna hijau maka Pegawai berkenaan terus melatah. Cerita ini menunjukkan bahawa pegawai pelajaran berkenaan sangat takut kepada warna hijau dan mungkin perlantikkan sebagai pegawai itupun kerana pandai bermain dan menjaga warna biru.

1 comment:

Fadh Rahman said...

sampai mcm tue sekali tahap kebencian...pegawai atau pengarah? xpe mati nanti kapankan dia dengan kain warna biru...