Thursday, March 26, 2009

Apakata kalau?


1. PM Abdullah tidak melepaskan jawatannya sebagai PM dalam masa terdekat ini. Mungkin beliau tunggu sehingga menjelang PRU 13.
2. DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong tidak memperkenankan perlantikkan DS Mohd Najib sebagai PM ke 6? Agaknya akan berlaku peristiwa kain pemidang bertulis “ Kami Nak Najib, natang”
3. Ketiga-tiga PRK 7 April ini BN kecundang? Itu menandakan rakyat telah membuat keputusan yang betul.
4. DS Abdullah, DW Mohd Ali Rustam,Mukhriz serta penyokong, Rafidah serta penyokong, Orang-orang tert entu serta penyokong menyertai Pakatan Rakyat? Itulah penanda aras UMNO dihuni spesis terakhir.
5. Akan ada PRK seluruh negeri Perak? Akan tamat riawayat UMNO di Perak.
6. DS Adnan bersetuju dan melakukan sumpah di masjid menyambut cabaran D Tajuddin? Maka ramailah Wakil Rakyat UMNO/BN akan ikut serta melakukan upacara bersumpah-sumpah dan menyumpah.
7. Satu,dua atau tiga lagi PRK ( Parlimen – BN ) akan diadakan dan masih dimenangi PR? Tuan-tuan,puan-puan jawablah sendiri.

3 comments:

Fadh said...

apakata kalau semua parti bertenang dan berhenti dari merebut hak dan kuasa dan bersama memajukan lagi negara demi kesejahteraan semua rakyat?

Anak Bulan said...

Apa kata kalau saudara Fadh dan guru-guru melayu yang lain mencontohi tokoh-tokoh guru seramai 10,000 orang pada 1959 yang keluar Umno beramai-ramai menyuarakan bantahan terbuka kepada Umno yang menjalankan dasar-dasar yang merosakkan agama, bangsa dan negara?

Fadh said...

nak keluar umno mcmana kalau masuk pun tidak...kami guru-guru sebahagian besar membantah tapi kami terikat dengan akujanji yang telah ditandatangani...kami perlu menjaga periuk nasi kami walau bukan umno yang beri rezeki kepada kami...