Sunday, March 22, 2009

Lanjutan tempoh kenaikan tol, bayaran rebat tunai kenderaan ada kaitan PRK 7 April?


1.Kabinet telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menaikkan kadar tol pada awal bulan ini. Kenaikkan itupun dikatakan telah terlewat daripada jadual asal. Kerajaan terpaksa menanggung dan bersetuju membayar kos kelewatan kenaikan tersebut.
2.Selepas kabinet bersetuju PM Abdullah telah mengarahkan agar kadar kenaikkan tol perlu dikaji semula. Selang beberapa hari TPM Najib telah mengumumkan bahawa kadar kenaikkan tol di tangguhkan.
3. Berikutan penangguhan itu maka kerajaan akan membayar berlipat kali ganda atas dasar kos kelewatan. Berbaloikah membelanjakan jutaan ringgit hanya nak menang ketiga-tiga tempat berlaku pilihanraya kecil? Kenapa UMNO/BN suka sangat menggunakan kekuasaan dan wang Negara demi kepentingan kesinambungan hayat politik mereka? Tak malukah mereka? Kemana pergi percaya kepada persoalan hari akhirat?
4. Tambah lagi satu isu berkaitan tempoh penebusan rebat tunai kenderaan yang sepatutnya berakhir 31 Mac 2009 dilanjutkan sehingga 14 April 2009. Apa keabsahannya? Tiadapun kedengaran suara rakyat ataupun mana-mana pihak minta rebat tunai ini dilanjutkan. Malah tiadapun demonstrasi jalanan menuntut rebat tunai dilanjutkan.
5. Apa yang rakyat minta adalah untuk kesejahteraan dan keadilan untuk semua ,contohnya ialah pemansuhan PPSMI, pemansuhan ISA, membenteras rasuah dan lain-lain lagi. Jangan ingat rakyat berdemonstrasi sebagai perkara yang suka-suka, atau ada orang lain mempergunakan orang lain dan macam-macam lagi.
6. Ayuh marilah kita melihat dan mempraktikkan kesejahteraan termasuk berusaha untuk menegakkan agama ISLAM, membantu kearah pencapaian matlamat Negara seperti meminimakan kemiskinan,menyediakan pekerjaan,menstabilkan harga barang keperluan,keselamatan dan lain-lain. Manakala keadilan bermakna meletakkan sesuatu perkara, tempat,ketua Negara kepada yang layak serta betul.
7. Jangan takut ,tanamkan sikap berani Tolak yang tidak layak dan pilih yang layak. Kerana kita akan ditanya kenapa kerosakan demi kerosakan banyak sangat berlaku sekarang ini adakah kerana kita yang terlibat sama memilih yang tidak layak atau tidak berusaha memperbanyakkan sokongan memilih yang layak? Sama-samalah kita renung.

2 comments:

Fadh Rahman said...

Salam...itu mmg mainan politik semata2...

Fadh Rahman said...

kunjungi jua http://bulanpenuh2012.blogspot.com/. itu pun rodong kita yang memangkah bulan.