Friday, February 20, 2009

Bila dia buat gila boleh … bila orang buat tak boleh

Coretan Sdr Musaniff bin Abd Rahman, Bendahari PAS Pahang yang sempat diluahkan berikutan suasana politik Negeri Perak. Buat tatapan pro-PR, pro-BN atau sesiapa sahaja.

1. Rakyat dah mula rasa mual dengan keadaan politik di Negeri Perak

2. Ada pihak boleh buat kerja gila. Apa tak gila apabila rampas kuasa Kerajaan Negeri Perak pimpinan YAB DS Nizar macam gengstar. Macam-macam cerita didengari ada adegan ugut,takutkan, culik,rasuah dan banyak lagi. Mereka ini macam tercabar sangat dan macam termalu sangat akibat dua kekalahan PRK. Jadi buatlah apa saja asalkan dapat tebus kekalahan tersebut. Termasuk buat kerja gila macam orang kemaruk nak rujuk kembali selepas bercerai.

3. Apabila ada orang lain pula buat kerja macam orang gila. Apa tak gila gantung MB dan exco baru menghadiri sidang DUN selama 18 bulan dan 12 bulan. Pihak yang kena gantung kata pihak yang menggantung tak hormat keputusan Sultan, tak hormat undang-undang dan macam-macam lagi.

4. Adalah lebih baik bawa bertenang. Jalan penyelesaian sebenarnya ada cuma ada pihak yang berdegil dan eras kepala. Sekarang ini kalau PR memerintahpun, dalam keadaan bilangan kerusi 27 berbanding 28 dari BN dan 3 bebas. Sebab speaker adalah dari PR. Bila BN pula memerintah bilangan kerusinya ialah 27 berbanding 28 dari PR dan 3 bebas. Sebab speaker sudah tentu dari BN. Maka jalan keluarnya ialah bubar DUN seluruh Negeri Perak dan bagi peluang sekali lagi rakyat menentukan parti mana yang memerintah.

5. BN dan PR jangan takut sebab kalau kita benar-benar ingin memberi kesejahteraan kepada rakyat, rakyat pun tahu dan rakyat akan pilih. Begitu juga kalau kita jujur dan amanah dalam Negara berdemokrasi ini, rakyat dan tuhan tahu mana satu yang betul serta mana satu yang salah. Rakyat dan tuhan akan tentukan nasib orang yang berbohong serta tidak amanah. Jika tak lakukan itu apa yang kita takut.Yang takut cuma orang yang bersalah….




Yang Allah, tunjukilah kami jalan yang betul
dan jangan ragukan kami dengan jalan yang batil.

Feb, 20 2009

No comments: