Tuesday, November 25, 2008

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) gagal ?

Keputusan UPSR baru-baru menunjukkan bahawa PPSMI sebenarnya telah gagal. Tetapi dilapurkan lebih baik dari lima tahun lepas. Lapuran ini nampaknya seolah-olah hendak mengaburkan mata rakyat sahaja. Kalau dilihat dari segi peruntukkan yang belanjakan tidak sepadan dengan pencapaian. Banyak wang telah dibelanjakan untuk menjayakan PPSMI samada dari segi membeli dan mempersiapkan peralatan serta prasarananya hingga kepada krusus dan elaun kritikal kepada guru-guru yang terlibat. Oleh kerana sudah terlalu banyak wang digunakan maka itulah sebabnya PPSMI ini semacam mahu diteruskan juga.

Tahun 2008 ini adalah merupakan anak sulung pelajar UPSR keluaran PPSMI menjawab dalam soalan Bahasa Inggeris. Namun, sebenarnya pelajar ini menjawab dalam dwi-bahasa. Menurut seorang Guru Besar pencapaian calon UPSR bagi Negeri Pahang adalah merosot berbanding tahun 2007. Diantara matapelajaran yang merosot adalah Matematik. Tambah Guru Besar, diantara faktornya ialah pelajar tidak faham soalan. Mereka diajar dengan Bahasa Inggeris oleh guru manakala soalan yang keluar dalam dwi-bahasa. Ini membuatkan mereka membaca kedua-dua bahasa tersebut dalam mahu memahami kehendak soalan sebenarnya. Namun apayang terjadi kepada pelajar tersebut ialah mereka telah menggunakan masa yang banyak untuk membaca kedua-dua soalan dwi-bahasa ini sebelum dapat menjawabnya.

Matapelajaran Sains juga turut merosot pencapaiannya. Sebab-sebab kemerosotan adalah sama dengan matapelajaran Matematik. Tetapi penurunan matapelajaran Sains lebih teruk berbanding Matematik. Sedikit data yang diperolehi membayangkan pelajar tahun lima sekarang ( 2008 ) secara keseluruhan pencapaian kedua-dua matapelaran ini amat tidak memuaskan. Mereka ini bakal menjawab soalan UPSR untuk Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya tahun hadapan. Dengan pencapaian yang tidak menunjukkan peningkatan walau pihak KPM berusaha meningkatkan prestasi PPSMI. Maka PPSMI perlu dikaji semula dan berilah laluan kepada Bahasa Ibunda mengisi ruang kekosongan itu. Bagi peningkatan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar maka rangkalah suatu program menambahbaik sukatan matapelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri.

Rakyat mahu pandai berbahasa Inggeris, tetapi rakyat juga mahu pandai Ilmu Matematik dan Ilmu Sains. PPSMI sebenarnya memberi kesan negatif sungguh mendalam serta memakan masa yang lama kepada pelajar dan guru. Tetapi tidak ramai rakyat mengetahui malah tidak ada yang di highlightkan di media atau forum-forum. Namun apa yang berlaku di Negeri Pulau Pinang apabila Ketua Menterinya YAB Lim Guan Eng meletakkan tulisan di papan tanda dengan tulisan Bahasa Melayu dan Bahasa lain ada pihak yang melenting dan mendapat sambutan pihak media. Cuba bandingkan diantara PPSMI dan penggunaan Bahasa Malaysia serta Bahasa lain di papan tanda mana yang lebih memberi kesan buruk kepada rakyat Malaysia?

2 comments:

Awang Kata said...

Kononnya 'sambil menyelam minum air', sambil pelajari sains matematik dapat pula kuasai bahasa Inggeris. Logiknya. Tetapi yang pasti nampaknya 'yang dikendong tak dapat yang ada pula berciciran'. Bahasa Melayu masih dilihat terlalu daif di persada negara. PPSMI gagal (menggagalkan)memajukan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia dan bahasa antarabangsa.

media guai said...

Awang,

Terima kasih