Tuesday, November 11, 2008

Banyak pihak tolak Sains, Matematik guna BI di sekolah rendah

Banyak pihak mempertikaikan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P) Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ). Kalau dilihat dari segi fizikal apa sebenarnya yang hendak dicapai? Adakah Kerajaan Malaysia nak rakyatnya pandai berbahasa Inggeris lalu diperkenalkan perlaksanaan PPSMI di peringkat sekolah rendah dan menengah? Atau menggunakan program PPSMI untuk kepentingan tertentu? Seperti apa yang berlaku kepada program negara yang dinamakan DEB.

Diantara pandangan mengenai PPSMI ini yang boleh kita kongsi bersama ialah keputusan Persidangan Perwakilan NUTP ( Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia ) pada 24hb - 27hb Ogos 2008 di Pulau Pinang telah menolak PPSMI di sekolah rendah. Namun demikian setuju PPSMI dikekalkan di sekolah menengah dengan penambahbaikan. NUTP setuju agar PPSMI di sekolah rendah menggunakan Bahasa Melayu dan bahasa ibunda. Dalam masa yang sama pelajar perlu memantapkan Bahasa Inggeris terlebih dahulu.

NUTP berpendapat agar subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda dan Bahasa Melayu, para guru yakin bahawa P&P Sains dan Matematik akan lebih berkesan sekiranya bahasa ibunda digunakan.

Melalui pemerhatian para guru, antara sebab mengapa pelajar tidak berminat dalam P&P PPSMI ialah kerana mereka tidak faham. Pengguna bahasa yang mudah difahami murid iaitu bahasa ibunda akan dapat mengatasi masalah ini. Tambahan pula istilah sains yang sukar dieja,dibaca,diingat dan difahami. Oleh itu mereka mencadangkan agar standard Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dikukuhkan terlebih dahulu dengan menambahbaik P&P mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri.

PPSMI bukan sahaja menjadi beban kepada pelajar malah kepada guru juga. Oleh itu adalah diharapkan Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mendengar suara rungutan ibubapa, para guru dan pertubuhan NGO serta banyak lagi dalam meneliti semula pelaksanaan PPSMI bagi memastikan pelajar mendapat manfaat yang terbaik.

1 comment:

azamwild said...

Beginilah bangsa melayu, samaada pelajar dan pengajarnya akan menyalahkan bahasa yang tidak dapat mereka kuasai bukan menyalahkan diri mereka yang gagal menguasai bahasa berkenaan. Bangsa lain selalu mendahului kita dengan menguasai bahasa inggeris tetapi kita bergerak ke belakang. Malangnya bangsa melayu apabila kita masih enggan keluar dari kotak pemikiran lama. Malangnya kerana TS Mahathir lahir terlalu awal untuk bangsa melayu yang terlalu jauh ketinggalan fikiranya.