Thursday, October 23, 2008

Mg Tokoh : Tuan Guru Haji Majid

MG mendapat gambar ini dari saudara keli dari kampung Bukit Keledang. Ini adalah gambar Tuan Guru Haji Majid bersama dengan pemimpin serta penduduk Kg. Guai. MG akan ceritakan siapa itu TG Haji Majid di episod akan datang.....tunggu!!!

2 comments:

chemphg70 said...

Kome tertarik dengan cerite berkaitan dengan guai. Walaupun kome tidak pernah dibesarkan di Guai, tetapi aruah abah dan emak adalah orang Guai. Jadi sokmo mendengar kisah - kisah berkaitan Guai. Tuan guru Hj Majid ni memang kerap sangat koi dengar dan guru kepada aruah abah dan emak kawan. Molek benar la jika di ceritakan dikisahkan agar generasi muda tahu tentang sumbangan dan pengorbanan mereka.

chemphg70 said...

Hari ni ada kenduri anak sedara sepupu jadi kebetulan berjumpe dgn ayah sedara (Ayah chik). Jadi koi ambil kesempatan bertanya dengannya berkaitan Tuan Guru Hj Majid dan koi tunjukkan gambor awokme ni.
Tuan Guru Hj. Majid ni asalnye org Selangor tapi bermastautin di Kg. Guai selepas Jepun atau sebelum atau masa Jepun. Usia beliau tak panjang, meninggal pada tahun 1958 pada usia 38 tahun. Kalau tak silap cerita aruah ayah, meninggal kerana sakit perut. Dikebumikan di perkuburan dekat Kg. Guai. Kubur dia ada pagor tak silap kome. Jasa beliau besar dalam pendidikan pondok di Guai. Selain mendidik dan mengajar beliau berjaya menghapus amalan - amalan khurafat masyarakat setempat pada waktu tersebut.
Kalau koi tunjuk gambor kat emak mungkin lagi banyak cerite, sebab dia adalah murid kepada tuan guru.
Antara anak murid dia, Tuan Guru Hj. Mat di Kerambit, Ustaz Idris dan banyak lagi yang kawan tak ingat dah.
Biar pun kawan bukan generasi yang sempat belajar dan mengaji dengan beliau, setiap kali menyebut nama beliau rasa begitu dekat di hati ini.
Alfatihah kepada Tuan Guru Hj Majid di atas sumbangan dan jasa beliau yang tak terhingga.