Friday, May 29, 2009

Jamuan Doa Selamat




Gambar ini diambil semasa Majlis Doa Selamat di tapak projek Perumahan Warga Felda ( PWF ) di Felda Triang 3, Bera.


Jurucakap projek tersebut memaklumkan projek tersebut hampir mencapai 30% kemajuan. Majlis doa selamat tersebut diadakan dengan kerjasama Pejabat Felda Triang 3 dan peneroka disitu. Apa yang diharapkan agar projek menyediakan tapak perumahan ini siap mengikut jadual. Setakat ini kemajuan projek berjalan dengan baik mengikut jadual yang telah di tetapkan.

Monday, May 25, 2009

Mg cerita: Gempar !!! sediakan RM500 atau lebih untuk pencuri….?

Macam-macam cerita yang kami dengar daripada kenalan. Tapi suatu cerita yang berlaku di sebuah kampong tradisi di dalam daerah Maran kami nukilkan untuk kongsi cerita. Cerita ini benar-benar belaku.

Kampong itu sejak kebelakang ini, sentiasa menjadi sasaran pencuri dan perompak. Pencuri yang masuk kerumah akan mencuri dan merompak harta yang ada dirumah itu. Jika tidak ada barang yang boleh diambil mereka akan memaksa penghuni rumah untuk memberikan apa-apa yang mereka ada, jika tidak ada juga maka penghuni itu akan dicederakan atau isteri penghuni akan dirogol.

Oleh kerana kejadian itu sering berlaku maka penduduk kampong sudah trauma dan menyebabkan orang-orang kampong telah sepakat agar sentiasa menyediakan duit sekurang-kurangnya RM 500.00 di dalam rumah untuk diberikan kepada perompak sekiranya rumah mereka dimasuki demi menjaga keselamatan dan maruah.

Kami difahamkan orang kampong telah membuat laporan polis, tetapi tidak ada sebarang tindakan yang lebih menyakinkan diambil oleh pihak berkenaan.

Ini adalah suatu bala….kenapa perkara ini boleh terjadi dan dibiarkan terjadi ?

Friday, May 22, 2009

Virus H1N1 dan 1M

Rakyat dunia dikejutkan dengan virus selsema babi yang mula dikesan di Mexico. Virus berkenaan telah mula merebak ke seluruh dunia menyebabkan penduduk dunia berasa takut. Ada di antara orang yang terkena wabak ini terpaksa dikurung dalam rumah atau tempat-tempat penginapan mereka seperti yang dilapurkan oleh media.

Oleh kerana sesuatu sebab kebelakangan ini tidak kedengaran lagi virus ini disebut atau dicetak sebagai ‘ selsema babi ‘ tetapi telah di tukar kepada Influza A.

Baru pagi tidak kita diberitahu bahawa virus H1N1 menyerang orang muda yang berusia 5 tahun sehingga 24 tahun. Tetapi ia ‘magli’ kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.

Rupa-rupanya virus H1N1 secara kebetulan macam ada persamaan dengan 1M iaitu 1 Malaysia. Maknanya ia kebal kepada golongan warga emas tetapi tidak kepada golongan muda.

Wednesday, May 13, 2009

Sah, Dato Zamry memilih jalan sebagai perempuan untuk menjadi MB Perak

Rakyat baru-baru ini seolah-olah boleh mengukir senyuman lebar apabila Mahkamah Tinggi memutuskan DS Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Tetapi Dato Zamry serta konco-konconya telah mengeruhkan suasana itu. Permohonan penangguhan Dato Zamry atas keputusan Mahkamah Tinggi mengistiharkan DS Nizar sebagai MB Perak yang sah menampakkan bahawa beliau adalah seorang yang tidak demokratik dan mementingkan kuasa. Slogan yang dilaungkan oleh PM DS Najib, rakyat didahulukan prestasi diutamakan telah tidak mendapat tempat dalam hati BN / UMNO Perak.

Kita tahu dan semua orang tahu bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak adalah jalan yang terbaik menyelesaikan kemelut di Negeri Perak. Pilihanraya adalah merupakan satu cara mendapatkan mandat rakyat. PR sebenarnya tidak semestinya menang dalam pilihanraya itu begitu juga dengan BN. Sama-sama mempunyai peluang.

Ayuh Dato Zamry, marilah kita sama-sama selesaikan kemelut politik di Negeri Perak ini dengan berbekalkan slogan ,rakyat didahulukan maka permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak kepada Tuanku Sultan perlu dilakukan sekarang. Sekelian Rakyat Perak sudah pastinya merakamkan ucapan terima kasih atas daya usaha Dato Zamry bersetuju dengan cadangan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak ini.

Thursday, May 7, 2009

Perbezaan diantara MB Perak Nizar dan MB BN Perak Zamry

Sekarang ini tumpuan rakyat kepada pergolakkan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak. Dari maklumat yang diperolehi Tuan Speaker Perak Siva telah ditukar kepada speaker BN Perak Ganesan. Ini berlaku kerana ada orang yang tidak hormati undang-undang. Persoalannya siapa yang tak hormati undang-undang?

Persoalan utamanya ialah siapakah MB Perak yang sah sekarang? Kalau ini selesai barulah banyak persoalan boleh dijawab.

Pada 7 Mei 2009 semua ADUN Perak dipanggil bersidang oleh orang tiada autoriti, peliknya pada tarikh itu hampir kesemua ADUN hadir dan pelbagai insiden yang berlaku. Tambah pelik lagi pada tarikh yang sama perbicaraan tentang siapa MB Perak di mahkamah tinggi berjalan serentak dan memutuskan 11 mei adalah tarikh keputusan yang akan dibuat oleh hakim. Ini bermakna selagi keputusan tidak dikeluarkan maka YAB DS Mohamad Nizar adalah MB Perak yang sah lagi, kecuali keputusan 11 mei adalah sebaliknya.

Sebagai contoh mudah, seseorang yang ingin menjualkan sebuah bangunan kedai tiga tingkat dengan harga RM 600,000.00. Oleh kerana tempat adalah amat strategik maka seorang pengusaha kedai makanan berminat untuk membelinya. Berlakulah perjanjian jual beli diantara keduanya. Proses utama yang perlu dilakukan ialah menukar nama daripada penama lama ke penama baru. Kelulusan penukaran nama perlu diperolehi daripada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri terlebih dahulu. Dalam tempoh mendapat kelulusan tukar nama ini penama baru tidak boleh pandai-pandai hendak ubahsuai bangunan tersebut kecuali mendapat kebenaran dari penama lama. Kalau penama baru ini pandai-pandai hendak mengubahsuai atau apa keatas kedai tersebut sesuka hatinya maka inilah orang kata tidak hormati undang-undang. Begitu jugalah apa yang berlaku di Negeri Perak sekarang ini.

Tetapi jika sekiranya jawatan MB Perak setelah diputuskan oleh Mahkamah kepada Dato Zamry, sudah pastilah beliau akan membentuk kerajaan dan akan menjalankan pentadbiran walau beliau tahu bahawa keadaan politik di Negeri Perak amat tidak stabil. Tambahan pula pembentukkan kerajaan BN di Negeri Perak amat rapuh kerana mengandungi beberapa orang ADUNnya mempunyai kes rasuah dan kesetiaan kepada BN yang tipis.

Jika jawatan MB Perak diputuskan kepada DS Nizar, sudah pasti beliau akan mencadangkan DUN Negeri Perak perlu dibubarkan kerana beliau amat tahu bahawa keadaan politik di Negeri Perak adalah tidak stabil. Untuk memulihkan balik kepercayaan dan mendapat mandat baru rakyat maka pembubaran DUN Negeri Perak adalah jalan paling baik.

Pakatan Rakyat dan BN tidak perlu takut kerana pembubaran DUN Negeri Perak akan memberi peluang baru menambah kerusi DUN. Mana-mana samada PR atau BN yang tidak mahu pembubaran berlaku maka sememangnya mereka mempunyai muslihat serta mempunyai perasaan takut kepada rakyat. Apa guna memerintah sebuah negeri sedangkan pemerintah amat tidak disenangi oleh rakyat. Fikir-fikirkanlah

Wednesday, May 6, 2009

Filem Enam Jahanam persis era PM ke 6?

Filem bertajuk Enam Jahanam lakonan dan arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mengisahkan bagaimana kehidupan enam orang penjahat . Kerjaya keenam-enam penjahat ini adalah merompak, mencuri,merogol dan membunuh.

Semua barang hasil rompakan dan curian disimpan di tempat persembunyian, tiada yang tahu tempat persembunyian mereka. Pada suatu ketika selepas balik dari merompak seorang daripada mereka mencadangkan agar berhenti daripada melakukan rompakan,mencuri,merogol dan membunuh kerana mereka telah memiliki harta yang banyak.

Tetapi selepas berbincang mereka mengambil persetujuan melakukan kerja lama mereka secara besar-besaran yang sekian kalinya. Kerja terakhir ini, mereka berjaya melakukan dengan jayanya malah membawa balik harta rompakan begitu banyak. Enam jahanam ini bukan sahaja merompak dan mencuri malah membunuh,merogol dan mencederakan orang ramai di pekan tersebut.

Secara kebetulan salah seorang mangsanya dapat mengambil gambar keenam-enam mereka ini. Berdasar kepada gambar inilah Laksamana Tantari yang kematian isteri tersayang telah mengembara mencari Enam Jahanam untuk dibunuhnya. Menurut peminat filem ini Laksamana Tantari akan memberi tanda pangkah pada gambar kepada sesiapa telah berjaya dibunuh olehnya sehingga keenam-enam mereka ini.

Selepas Enam Jahanam ini, keluar dari tempat persembunyian dan tidak lagi melakukan kerja jahat lagi diantara mereka ada yang menjadi peniaga, saudagar, Tok Penghulu, Pengurus Tabung Rakyat dan mahaguru silat.

Kesemua Enam Jahanam dibunuh dengan tangan sendiri oleh Laksamana Tantari. Namun dalam pencarian mereka ini Laksamana Tantari banyak dibantu oleh Laksamana Damburi.

Ok… kalau dihitung bermula dari PRK Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau maka telah empat tempat telah ditewaskan. Kalau masuk PRK Penanti yang bakal menyaksikan pengundian berlaku pada 31 Mei 2009 ini jika ada pertandingan juga ramai yang memberi pandangan bahawa ia juga memihak kepada PR ini bermakna yang ‘ kelima ‘ , maka tinggal satu lagi untuk yang ‘ keenam ‘ iaitu samada PRK atau PRU . Dan ini adalah merupakan penyudah memberi tanda pangkah keatas gambar orang yang dikehendaki persis filem Enam Jahanam?

Secara kebetulan agaknya ‘orang yang dikehendaki’ yang keenam itu ( pilihanraya ) kemungkinan berlaku di dalam era PM ke 6…?

Monday, May 4, 2009

Tiba-tiba hilang kawalan , punca nahas


Sebuah kereta proton saga dipandu oleh seorang pemuda melayu tiba-tiba hilang kawalan keatas roda menyebabkan kereta tersebut melanggar tebing lalu terbalik.

Seorang pemuda dari Pusat Penyelidikan Tun Razak Tekam memberitahu sedang beliau melepasi tugu gading ( sempadan Bandar Jengka / Jengka 14 ) menghala ke Temerloh tiba-tiba kereta yang dipandunya hilang kawalan roda. Beliau cuba memaut stering kereta agar tidak melanggar tebing namun roda kereta tersebut sudang hilang dari kawalan stering. Selepas melanggar dan bergerak secara condong sepanjang tebing dalam beberapa meter lalu terbalik ( Empat roda keatas ).

Dalam keadaan keseorangan serta serba kepayahan ketika itu pemuda tersebut berjaya keluar dari tingkap sebelah kiri kereta tersebut . Dalam keadaan panik begitu beliau sempat menghubungi ayahnya dengan talipon. Beliau selamat dan tidak mengalami kecederaan serius lantas terus mengucap Alhamdulilah tanda syukur kehadrat Allah SWT.