1 Syawal 1430 telah mencatatkan sejarah kepada Perdu Abd Rahman. Kerana pada tarikh itu semua ahli keluarganya dapat berkumpul serta berhariraya bersama di dalam suatu majlis di rumah anaknya yang ketujuh.
Abd Rahman adalah anak sulung Pawang Kadir dengan isterinya yang pertama bernama Siti Maryam. Pawang Kadir mempunyai 14 orang anak ( Perdu )dan tiga orang isteri. Manakala Abd Rahman telah meninggal dunia pada 4hb Mac 2006/4 Safar 1427
( 1932 – 2006 ) berusia 74 tahun.Disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Keledang sebelum waktu Zohor pada 5hb Mac 2006.
Diatas daya usaha anak cucu Pawang Kadir, mereka telah berjaya mengadakan dua kali pertemuan Keluarga Pawang Kadir setiap Hariraya kedua Aidil Adha. Bagi tahun ini,menurut maklumat urusetia perjumpaan Keluarga Pawang Kadir mereka juga akan mengadakan pertemuan yang ketiga pada masa yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini.
Seramai 57 ahli keluarga Perdu Abd Rahman telah bertemu dan berhariraya bersama pada 1 Syawal 1430. Bagi mengingati kenangan ini seorang ahli keluarga Perdu Abd Rahman telah merakamkan dalam bentuk gambar saat-saat kemuncak majlis tersebut.

1 comment:
seronok makan tu jangan pulak sampai sakit perut. Sebagai langkah berjaga-jaga, info tentang keracunan makanan ada kat sini - Keracunan Makanan
Post a Comment