Sunday, April 1, 2012

RAKYAT PAHANG MAHU PERUBAHAN ( Edisi orang Bera )


Sepintas lalu Bera adalah merupakan daerah ke 11 Negeri Pahang. Semenjak ia dinobatkan sebagai sebuah daerah perlahan-lahan perubahan fizikal berlaku. Namun perubahan itu tidak memberangsangkan.

Pelbagai aspek boleh dilihat, namun mari kita lihat tiga aspek sahaja bagi memandu pemikiran kita membantu perubahan di Daerah Bera.

1. Pemikiran orang Bera

- masih lagi berfikiran “ awak buatlah dulu “, koi ikut kemudian
- walau anak kita membuat sesuatu kejayaan, namun ibubapa tak mahu memuji tetapi bila anak orang lain membuat sedikit kejayaan dipujinya mengunung
- ramai anak-anak Bera bekerjaya dan berjaya di luar, namun apabila di tanya kenapa tak mahu berkhidmat di daerah sendiri jawapnya “ susah ”.

2. Pendidikan pelajar di daerah Bera ( UPSR, PMR,SPM dan STPM )

- Tidak meningkat dari segi Kualiti dan Kuantiti
- Sentiasa berada di kelompok bawah berbanding dengan daerah lain


3. Projek Awam yang berkesan dan bermutu susah diperolehi

- Masalah kerosakkan jalan di dalam Daerah Bera telah lama berlaku namun untuk mendapat kelulusan amat sukar dan kalau adapun sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.
- Projek membina Jambatan menyeberangi Sungai Pahang memang perlu dan ada asasnya, namun projek ini tak mampu diangkat sebagai projek yang munasabah dan diyakini.
- Memang dipercayai pihak Majlis Daerah Bera mempunyai pelan induk perancangan Daerah Bera yang mengambil kira semua aspek termasuk pembangunan ekonomi penduduk tempatan. Setakat ini keberhasilannya masih kesamaran.

Untuk menangani ketiga-tiga perkara di atas cadangan daripada orang Bera amatlah diperlukan

Ini adalah sekelumit beberapa perkara dicadangkan untuk kebaikkan bersama ( itupun jika berguna )

1. Semua Masjid dan Surau perlulah dipenuhkan dengan jemaah ( orang lama dan terutama anak-anak muda ) terutama waktu maghrib,isyak dan subuh . Hidupkan dengan kuliah dan tazkirah yang bertenaga setiap masa.
2. Namakan Bandar Bera dengan nama yang lebih baik dan bukan melambangkan jumud, malu dan kaku. Jika nama Bandar Bera Bandar Burung Puyuh rasanya tak sesuai, kerana ia melambangkan sikap negatif burung puyuh.
3. Orang Bera kena berfikiran sebagai juara dan pejuang

4 comments:

mazru said...

salam,koi setuju dgn MG,kenape tidak digunakan nama kerayong shj spt dulu-dulu?

JaMaLuDiN said...

nama BERA pun ok, sempena dengan Tasik Bera yang merupakan tasik terbesar disemenanjung..mungkin banyak yang negetif dilihat dibera, benar ramai anak kelahiran bera yang berjaya di luar, tapi hakikat yang perlu diterima..bolehkan kita yang insaf dengan kekurangan kita, berganding bahu membina iltizam, bekerja secara sukarela untuk memajukan daerah Bera. Mari kita ketepikan sementara pertimbangan politik...kita fokus kepada apa yang ingin dibangunkan..sebagai contoh. mengapa tidak diwujudkan NGO untuk Anak Bera di KL untuk membantu kami di kampung yg serba kekurangan..

mazru said...

Media guai...

Saya setuju juge dengan pendapat anda,cuma bukanlah nama asalnya kerayong @ Mengkarak,setuju jugak kalau digunakan nama Mengkarak..kite pun tahu di situlah bermula sglnya...kemudia barulah ke kg..kg lain...

bab politik ni pun kena jugak kite jenguk-jenguk,maklomlah bile wakil rakyat org yang amat sibuk,banyak kerja tak jalan...jd tanggungjwb kite juge utk salurkan ketidakpuasan hati...

peace...skdr pendapat.

Fadh Rahman said...

mcm pernah tgk jer gambar te...