Saturday, May 7, 2011

TURUN PADANG



KG PAYA MENGKUANG, CHARUK PUTING - Sebuah rumah terbakar keseluruhannya. Kejadian tersebut disedari oleh Puan Noryani binti Arifin, 41 tahun selepas mengambil anaknya dari sekolah jam 2.10 petang pada 4 Mei 2011. Semasa kejadian tidak ada sesiapa di dalam rumah, suaminya keluar bekerja dan anak-anaknya keluar bekerja dan bersekolah cerita puan Noryani dengan nada yang sedih bercampur bersyukur.
Kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang kerana semua barang yang ada di dalam rumah tidak sempat diselamatkan, ujar puan Noryani sambil menyapu air mata yang membasahi pipinya.
Buat sementara waktu keluarga ini tinggal di rumah Encik Ariffin ( ayah kepada Puan Noryani ) yang tinggal tidak jauh daripada rumah mereka. Kerugian di anggarkan RM 50,000.
Kepada sesiapa yang ingin membantu bolehlah berbuat demikian terus kepada Puan Noryani. Jabatan Kemajuan Masyarakat Daerah Bera dan Jabatan Kemajuan Masyarakat Daerah Temerloh telah melakukan lawatan, mengambil maklumat dan telah menyampaikan sumbangan.
Pihak Majlis Tindakan Dun Guai ( Pengarah, Sdr Musaniff bin Ab.Rahman ) dan YB Syed Abd Hamid ( ADUN Kuala Semantan ) juga turut menziarahi serta menyampaikan sedikit sumbangan berupa wang tunai dan pakaian terpakai.

No comments: