Thursday, June 24, 2010

HAJI SALLEH BIN ABDULLAH ( SAJ ) DALAM KENANGAN


Allahyarham Haji Salleh bin Abdullah ialah salah seorang yang terawal menduduki Bandar Pusat Jengka. Khususnya beliau sekeluarga telah mendiami perkampungan Matau, Bandar Pusat Jengka sejak awal tahun 70an lagi.

Untuk sahabat dan kenalan beliau dimaklumkan bahawa beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 24hb Jun 2010 jam 9.20pagi di Hospital Serdang, Selangor. Manakala jenazahnya telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pusara Damai, Bandar Jengka selepas asar pada hari yang sama. Ramai saudara mara, sahabat,rakan semusolla,kenalan dan penduduk setempat menzairahi jenazah beliau. Jenazahnya disolatkan di Masjid Ahmad Shah, Bandar Jengka selepas waktu asar.

Beliau meninggalkan dua belas orang anak dan seorang isteri. Selepas mengadu sakit di bahagian dada lebih kurang 10 hari lalu, disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung secara mengejut, ketika berusia 63 tahun.

Puan Latifah, adik ipar Allahyarham telah mencerita 10 hari lalu Allahyarham sempat menzairahi pusara ibu kandungnya di Ciku Gua Musang.

Allahyarham pernah bertanding dalam pilihanraya menentang Dato Mohd Khalil bin Yaakob ( bekas MB Pahang ) dalam kawasan DUN Tajau mewakili Parti Semangat 46, tetapi tewas.

Dari sudut ekonomi, Allahyarham telah memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan perniagaan di Bandar Jengka. Sebagai Pengerusi dan Pengarah Urusan kepada Syarikat SAJ SDN BHD telah berjaya memimpin syarikat ini menjadi kontraktor wibawa suatu ketika dahulu. SAJ SDN BHD menjalankan perniagaan sebagai kontraktor kelas A dan penyewaan mesin-mesin berat. SAJ adalah singkatan dari " Salleh Anak Jengka ", ini pernah diberitahu oleh Allahyarham kepada saya.

Manakala dari segi kemasyarakatan pula Allahyarham banyak memberi sumbangan dalam PIBG dan aktiviti kemasyarakatan terutama urusan pengalian kubur menggunakan mesin dan tenaga manusia.

Allahyarham juga aktif didalam menjalankan program surau dan masjid. Beliau pernah menyandang jawatan Bendahari Masjid Ahmad Shah, Bandar Jengka.

Atas jasa-jasa Allahyarham, marilah kita sama-sama menyumbang bacaan AlFatihah dan mendoakan agar beliau ditempatkan bersama para solehin.


Penulis adalah kenalan dan bekas rakan sekerja Allahyarham.

1 comment:

Fakeh said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini.

Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal Golongan Si Kitul dan Raja Mandeliar yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA