Wednesday, May 26, 2010

Masalah Air berlarutan hampir 10 tahun



Mesyuarat Agong PIBG Maahad SAS telah dirasmikan oleh Ybhg Tuan Kadi Daerah Jengka baru-baru ini.


Apa yang ingin diperkatakan ialah tentang isu air yang dikemukakan didalam agenda membahaskan usul-usul. Hasil daripada perbahasan tersebut,kami dapati bahawa masalah bekalan air terutama di asrama pelajar telah berlarutan hampir sepuluh tahun.


Pengetua telah menyatakan bahawa pihaknya telah menyampaikan masalah ini kepada pihak atasan, iaitu JAIP. Begitu juga pihak jabatan teknikal seperti JKR dan JBA juga telah di maklumkan, namun setakat ini masalah tersebut tidak diatasi sepenuhnya.


Alasan yang dikemukakan ialah untuk membaiki keadaan ini diperlukan peruntukkan melebehi seratus ribu. Dengan bilangan pelajar asrama menghampiri 800 orang dan jumlah keseluruhan pelajar menghampiri 1000 itu, namun tidak ada pihak yang cuba menangani masalah ini dengan bersungguh-sungguh.


Ada di kalangan ahli PIBG secara berseloroh, mungkin perlu ada PRK di sini agaknya baru nak turunkan bantuan.


Tetapi apa yang berlaku sebenarnya ialah layanan yang diberikan kepada sekolah aliran agama amat tidak memuaskan. Begitulah nasib yang terima oleh Maahad SAS salah sebuah sekolah di bawah naungan JAIP, yang juga dikenali sebagai SMAN ( Sekolah Menengah Agama Negeri ).

No comments: