Friday, June 26, 2009

TERBURAI SEBELUM SAMPAI


Sebuah lori yang sarat dengan muatan
besi-besi empat segi berongga terlepas ikatan dan menyebabkan beberapa batang besi jatuh beserakkan ( terburai ) di atas jalan dan mengakibatkan gangguan lalulintas di atas jambatan Temerloh.
Tiada seorangpun yang berhenti menolong, walaupun ramai orang yang meyaksikannya.
Pemandu lori itu secara berseorangan cuba memunggut semula besi-besi yang terburai itu.
Agaknya di dalam hati pemandu itu berkata bukan senang hendak satukan semula besi-besi yang terburai ini jika menggunakan kaedah 1 orang bekerja. Orang lain cuma memerhatikan dan pandai berbicara yang retorik sahaja.

3 comments:

al-mankaraqi said...

assalammualaikum,

besar pengajaran dari kejadian sebegini.

Jemput tuan ke blog saya di almankaraqi.blogspot.com.

Pagi tadi sempat bersembang dengan Tuan Haji Idris Singah di Kedai Pak Ngah Fauzi. Beliau mencadangkan saya melawat blog tuan sokmo.

Saya pulak cadangkan Aki Nit buat blog. senang sikit orang muda-muda kongsi cerita.

Terima kasih.

Tuk Aki said...

Ketika PM baru dilantik...

Di hati saya habislah orang melayu...
PM ni pro cina .. semasa jadi menteri pelajaran .... banyak kolej dan universiti orang cina diluluskan..

Nasib baik pada zaman Datuk Musa mewujudkan banyak kolej universiti milik kerajaan.

Dan hari ini terbukti dengan pemansuhan:-

1. Kementerian yang menjaga hak istemewa dan orang melayu.
2. Dihapuskan hak istemewa orang melayu/bumiputra dalam biasiswa kerajaan.
3. Dihapuskan pemilikan ekuiti 30% oleh bumiputra.

Saya mempunyai pengalaman bekerja dengan syarikat multi nasional yang diketuai dan dipunyai oleh bangsa cina ini.

Orang melayu jangan harap nak dapat apa-apa kecuali betul2 dia boleh dipergunakan untuk dapatkan keuntungan.

Orang melayu dah kalah teruk disebabkan oleh orang melayu sendiri.

Malaysia akan jadi seperti Singapore dan terlaksanalah konsep malaysia malaysia dalam konsep 1 malaysia.

Tahniah kepada pejuang-pejuang bangsa melayu.

Inilah yang anak cucu anda dapat dan jangan di masa akan datang anda akan diludahi oleh anak cucu sendiri

al-mankaraqi said...

Al-Fatihah,

Pagi tadi 6.30 dapat SMS dari adik di Klang bhw Ustazah Wan Fazilah Wan Mahmud Bukit Keledang meninggal dunia di sana.

Memandangkan jasa allahyarham yg besar kepada jemaah, maka saya cadangkan tuan buat posting khas untuknya. Mungkin tuan ada lebih banyak info.

Jenazah belum sampai ke kampung.

Terima kasih.