Monday, April 13, 2009

Andaikata rakyat faham

Maksud,
1. Demokrasi,
Maka tiadalah pegawai kerajaan akan memihak kepada sesuatu golongan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai kakitangan kerajaan.
2. Parti atau pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan,
Maka tiadalah rakyat boleh ugut atau paksa mana-mana rakyat lain untuk menyertai atau menganggotai mana-mana parti atau pertubuhan yang berdaftar dengan PP.
3. Negeri-Negeri bernaung dibawah Kerajaan Persekutuan,
Maka tiadalah negeri-negeri di Malaysia dinafikan hak sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan berperaturan.
4. Semua rakyat mesti mendapat pendidikan,
Maka tiadalah isu pelajar tidak boleh meneruskan pelajaran kerana bimbing akan bebanan hutang kemudian hari.
5. Semua rakyat adalah mempunyai sama hak,
Maka tiadalah berlaku diskriminasi di dalam mendapatkan kontrak kerja atau pekerjaan.
6. Kebenaran dan Keadilan
Maka tidak ada seorangpun rakyat akan di persia dan dinafikan.

1 comment:

Bulan Penuh 2012 said...

salam tuan,

artikel yang menarik.

Jika PAS Pahang berjaya memahamkan perkara-perkara ini, Insya Allah kita hantar MB dari PAS.

Kirim salam saya pada Tok Guru Hj Mat Baki. Kali terakhir jumpa tahun 98 kalau tak silap dia beli parang di lurah semantan.

Bulan Penuh 2012