Thursday, March 12, 2009

Sah, Mantan YB DUN Guai menyertai Pakatan

PRU 11 menyaksikan DUN Guai yang dimenangi oleh PAS melalui Sdr Mej (B) Haji Abdul Aziz bin Yaakob tewas kepada calon BN Tuan Haji Hamzah bin Ibrahim. Tetapi semasa PRU 12 baru-baru ini Tuan Haji Hamzah tidak dicalonkan mempertahankan kerusi DUN Guai, sebaliknya BN menurunkan bekas pengacara TV 1 Nurul Azali bin Sulaiman.
Maklumat yang diperolehi kenapa Tuan Haji Hamzah tidak dicalonkan ialah kerana beliau orang yang baik dan boleh berdamping dengan masjid dan surau. Rupa-rupanya BN/UMNO tidak suka calon yang macam ini. Mereka lebih berselera sekiranya wakil rakyat mereka boleh berkaraoke, isteri tak bertudung,boleh ‘adjas’ projek’,boleh langgar peraturan dalam projek pembangunan, dan banyak lagi kalau hendak disenaraikan.

Malam tadi PAS Kawasan Bera telah mengajurkan ceramah isu-isu semasa bersama YB Ust Mohd Nasir bin Zakaria ( Ahli Parlimen Padang Terap ) dan YB Tuan Haji Yaakob bin Safari ( Exco Kerajaan Negeri Selangor ). Turut hadir sama YDP Pas Bera ( Us Sulaiman), Ketua Bahagain PKR Bera ( Cg Abas ), Bendahari PAS Pahang ( Sdr Musaniff ) dan mantan YB DUN Guai ( Tuan Haji Hamzah). Program ceramah tersebut diadakan di Dewan Darul Ikhwan,Mengkarak dan kehadiran Tuan Haji Hamzah disambut dengan laungan takbir serta sekaligus mengesahkan penyertaannya dalam PR.

No comments: