Friday, May 22, 2009

Virus H1N1 dan 1M

Rakyat dunia dikejutkan dengan virus selsema babi yang mula dikesan di Mexico. Virus berkenaan telah mula merebak ke seluruh dunia menyebabkan penduduk dunia berasa takut. Ada di antara orang yang terkena wabak ini terpaksa dikurung dalam rumah atau tempat-tempat penginapan mereka seperti yang dilapurkan oleh media.

Oleh kerana sesuatu sebab kebelakangan ini tidak kedengaran lagi virus ini disebut atau dicetak sebagai ‘ selsema babi ‘ tetapi telah di tukar kepada Influza A.

Baru pagi tidak kita diberitahu bahawa virus H1N1 menyerang orang muda yang berusia 5 tahun sehingga 24 tahun. Tetapi ia ‘magli’ kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.

Rupa-rupanya virus H1N1 secara kebetulan macam ada persamaan dengan 1M iaitu 1 Malaysia. Maknanya ia kebal kepada golongan warga emas tetapi tidak kepada golongan muda.

Wednesday, May 13, 2009

Sah, Dato Zamry memilih jalan sebagai perempuan untuk menjadi MB Perak

Rakyat baru-baru ini seolah-olah boleh mengukir senyuman lebar apabila Mahkamah Tinggi memutuskan DS Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Tetapi Dato Zamry serta konco-konconya telah mengeruhkan suasana itu. Permohonan penangguhan Dato Zamry atas keputusan Mahkamah Tinggi mengistiharkan DS Nizar sebagai MB Perak yang sah menampakkan bahawa beliau adalah seorang yang tidak demokratik dan mementingkan kuasa. Slogan yang dilaungkan oleh PM DS Najib, rakyat didahulukan prestasi diutamakan telah tidak mendapat tempat dalam hati BN / UMNO Perak.

Kita tahu dan semua orang tahu bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak adalah jalan yang terbaik menyelesaikan kemelut di Negeri Perak. Pilihanraya adalah merupakan satu cara mendapatkan mandat rakyat. PR sebenarnya tidak semestinya menang dalam pilihanraya itu begitu juga dengan BN. Sama-sama mempunyai peluang.

Ayuh Dato Zamry, marilah kita sama-sama selesaikan kemelut politik di Negeri Perak ini dengan berbekalkan slogan ,rakyat didahulukan maka permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak kepada Tuanku Sultan perlu dilakukan sekarang. Sekelian Rakyat Perak sudah pastinya merakamkan ucapan terima kasih atas daya usaha Dato Zamry bersetuju dengan cadangan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak ini.

Thursday, May 7, 2009

Perbezaan diantara MB Perak Nizar dan MB BN Perak Zamry

Sekarang ini tumpuan rakyat kepada pergolakkan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak. Dari maklumat yang diperolehi Tuan Speaker Perak Siva telah ditukar kepada speaker BN Perak Ganesan. Ini berlaku kerana ada orang yang tidak hormati undang-undang. Persoalannya siapa yang tak hormati undang-undang?

Persoalan utamanya ialah siapakah MB Perak yang sah sekarang? Kalau ini selesai barulah banyak persoalan boleh dijawab.

Pada 7 Mei 2009 semua ADUN Perak dipanggil bersidang oleh orang tiada autoriti, peliknya pada tarikh itu hampir kesemua ADUN hadir dan pelbagai insiden yang berlaku. Tambah pelik lagi pada tarikh yang sama perbicaraan tentang siapa MB Perak di mahkamah tinggi berjalan serentak dan memutuskan 11 mei adalah tarikh keputusan yang akan dibuat oleh hakim. Ini bermakna selagi keputusan tidak dikeluarkan maka YAB DS Mohamad Nizar adalah MB Perak yang sah lagi, kecuali keputusan 11 mei adalah sebaliknya.

Sebagai contoh mudah, seseorang yang ingin menjualkan sebuah bangunan kedai tiga tingkat dengan harga RM 600,000.00. Oleh kerana tempat adalah amat strategik maka seorang pengusaha kedai makanan berminat untuk membelinya. Berlakulah perjanjian jual beli diantara keduanya. Proses utama yang perlu dilakukan ialah menukar nama daripada penama lama ke penama baru. Kelulusan penukaran nama perlu diperolehi daripada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri terlebih dahulu. Dalam tempoh mendapat kelulusan tukar nama ini penama baru tidak boleh pandai-pandai hendak ubahsuai bangunan tersebut kecuali mendapat kebenaran dari penama lama. Kalau penama baru ini pandai-pandai hendak mengubahsuai atau apa keatas kedai tersebut sesuka hatinya maka inilah orang kata tidak hormati undang-undang. Begitu jugalah apa yang berlaku di Negeri Perak sekarang ini.

Tetapi jika sekiranya jawatan MB Perak setelah diputuskan oleh Mahkamah kepada Dato Zamry, sudah pastilah beliau akan membentuk kerajaan dan akan menjalankan pentadbiran walau beliau tahu bahawa keadaan politik di Negeri Perak amat tidak stabil. Tambahan pula pembentukkan kerajaan BN di Negeri Perak amat rapuh kerana mengandungi beberapa orang ADUNnya mempunyai kes rasuah dan kesetiaan kepada BN yang tipis.

Jika jawatan MB Perak diputuskan kepada DS Nizar, sudah pasti beliau akan mencadangkan DUN Negeri Perak perlu dibubarkan kerana beliau amat tahu bahawa keadaan politik di Negeri Perak adalah tidak stabil. Untuk memulihkan balik kepercayaan dan mendapat mandat baru rakyat maka pembubaran DUN Negeri Perak adalah jalan paling baik.

Pakatan Rakyat dan BN tidak perlu takut kerana pembubaran DUN Negeri Perak akan memberi peluang baru menambah kerusi DUN. Mana-mana samada PR atau BN yang tidak mahu pembubaran berlaku maka sememangnya mereka mempunyai muslihat serta mempunyai perasaan takut kepada rakyat. Apa guna memerintah sebuah negeri sedangkan pemerintah amat tidak disenangi oleh rakyat. Fikir-fikirkanlah

Wednesday, May 6, 2009

Filem Enam Jahanam persis era PM ke 6?

Filem bertajuk Enam Jahanam lakonan dan arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mengisahkan bagaimana kehidupan enam orang penjahat . Kerjaya keenam-enam penjahat ini adalah merompak, mencuri,merogol dan membunuh.

Semua barang hasil rompakan dan curian disimpan di tempat persembunyian, tiada yang tahu tempat persembunyian mereka. Pada suatu ketika selepas balik dari merompak seorang daripada mereka mencadangkan agar berhenti daripada melakukan rompakan,mencuri,merogol dan membunuh kerana mereka telah memiliki harta yang banyak.

Tetapi selepas berbincang mereka mengambil persetujuan melakukan kerja lama mereka secara besar-besaran yang sekian kalinya. Kerja terakhir ini, mereka berjaya melakukan dengan jayanya malah membawa balik harta rompakan begitu banyak. Enam jahanam ini bukan sahaja merompak dan mencuri malah membunuh,merogol dan mencederakan orang ramai di pekan tersebut.

Secara kebetulan salah seorang mangsanya dapat mengambil gambar keenam-enam mereka ini. Berdasar kepada gambar inilah Laksamana Tantari yang kematian isteri tersayang telah mengembara mencari Enam Jahanam untuk dibunuhnya. Menurut peminat filem ini Laksamana Tantari akan memberi tanda pangkah pada gambar kepada sesiapa telah berjaya dibunuh olehnya sehingga keenam-enam mereka ini.

Selepas Enam Jahanam ini, keluar dari tempat persembunyian dan tidak lagi melakukan kerja jahat lagi diantara mereka ada yang menjadi peniaga, saudagar, Tok Penghulu, Pengurus Tabung Rakyat dan mahaguru silat.

Kesemua Enam Jahanam dibunuh dengan tangan sendiri oleh Laksamana Tantari. Namun dalam pencarian mereka ini Laksamana Tantari banyak dibantu oleh Laksamana Damburi.

Ok… kalau dihitung bermula dari PRK Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau maka telah empat tempat telah ditewaskan. Kalau masuk PRK Penanti yang bakal menyaksikan pengundian berlaku pada 31 Mei 2009 ini jika ada pertandingan juga ramai yang memberi pandangan bahawa ia juga memihak kepada PR ini bermakna yang ‘ kelima ‘ , maka tinggal satu lagi untuk yang ‘ keenam ‘ iaitu samada PRK atau PRU . Dan ini adalah merupakan penyudah memberi tanda pangkah keatas gambar orang yang dikehendaki persis filem Enam Jahanam?

Secara kebetulan agaknya ‘orang yang dikehendaki’ yang keenam itu ( pilihanraya ) kemungkinan berlaku di dalam era PM ke 6…?

Monday, May 4, 2009

Tiba-tiba hilang kawalan , punca nahas


Sebuah kereta proton saga dipandu oleh seorang pemuda melayu tiba-tiba hilang kawalan keatas roda menyebabkan kereta tersebut melanggar tebing lalu terbalik.

Seorang pemuda dari Pusat Penyelidikan Tun Razak Tekam memberitahu sedang beliau melepasi tugu gading ( sempadan Bandar Jengka / Jengka 14 ) menghala ke Temerloh tiba-tiba kereta yang dipandunya hilang kawalan roda. Beliau cuba memaut stering kereta agar tidak melanggar tebing namun roda kereta tersebut sudang hilang dari kawalan stering. Selepas melanggar dan bergerak secara condong sepanjang tebing dalam beberapa meter lalu terbalik ( Empat roda keatas ).

Dalam keadaan keseorangan serta serba kepayahan ketika itu pemuda tersebut berjaya keluar dari tingkap sebelah kiri kereta tersebut . Dalam keadaan panik begitu beliau sempat menghubungi ayahnya dengan talipon. Beliau selamat dan tidak mengalami kecederaan serius lantas terus mengucap Alhamdulilah tanda syukur kehadrat Allah SWT.

Sunday, May 3, 2009

PAS Bera untuk komuniti Bera

Senarai Jawatankuasa PAS Kawasan Bera sesi 2009/11 menunjukkan bahawa PAS Bera bersedia untuk memberi khidmat kepada seluruh komuniti Bera. Jalinan muka lama dan baru. Juga paduan diantara individu yang mahir sesuatu bidang dengan individu yang sedia belajar membawa maksud bahawa PAS Bera telah mula mengorak langkah menyediakan pelapis pemimpin masa akan datang.

Bera adalah merupakan suatu kawasan yang praktis semangat kerjasama Pakatan Rakyat, dimana bagi menghadapi PRU 12 dahulu agihan kerusi adalah seperti berikut ,Parlimen Bera ( PAS ), Dun Guai ( PAS ),Dun Triang ( DAP ) dan Dun Kemayan ( PKR ).

Bagi menghadapi PRU 13 dan dengan perkembangan terbaru PAS Bera meletakkan tiga objektif utama iaitu mengoptimakan guna tenaga AJK, meminimakan saiz AJK dan memaksimakan fungsi lajnah serta unit.

Pada 2 Mei 2009 mesyuarat AJK PAS Kawasan Bera kali pertama telah diadakan. Semua AJK Kawasan telah diisi dan setiap AJK mempunyai portfolio masing-masing. Senarai jawatan dan portfolio AJK Pas Kawasan Bera adalah seperti berikut,

1. Ust Sulaiman Mohamad ( YDP / Peng Lajnah Politik Pilihanraya & Organisasi / Pengarah Pilihanraya Kawasan )
2. Musaniff Abd Rahman ( TYDP / Peng Lajnah Ekonomi / Peng MTD Guai )
3. Ust Mahyuddin Husin ( NYDP / Peng Lajnah Tarbiah
4. Ust Che Zuhar Che Harun ( Setiausaha )
5. Dr Salim Musa ( Bendahari / Peng Laj NGO,pengguna & Alam Sekitar )
6. Ust Mohd Yusuf Che Din ( Ketua Penerangan / Peng MTD Kemayan )
7. Mohd Asmadi Mohamad ( KUU / Tim Peng Lajnah Tarbiah )
8. Sahrul Mohamad ( Ketua DPPK )
9. Hjh Rahmah Omar ( Ketua DMPK )
10. Saha Othman ( PSU / Urusan Daftar pemilih )
11. AJK - Nasaruddin Ali, Mustafa Ismail ( Pengarah MTD Triang ),Roslan Mat Nor,Islahuddin, Hj Derasik,Adnan Ley,Idris Singah,Mohd Noor Zakaria,Osman Puteh, Halimah Salleh,Abdullah Tahir, Abdullah Ismail, Khalid, Ahmad Fadli, Kama Mat Isa, Zaleha Ahmad, Hj Ayob Karim dan seorang wakil dari muslimat.


Dalam mesyuarat berkenaan juga Pas Bera juga telah mencalonkan AJK PAS PUSAT untuk sesi 2009/2011 secara cukup teratur serta secara demokrasi

1.Presiden

YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

2. Tim Presiden

YB Ust Nasaruddin Mat Isa

3. Naib Presiden ( 3 orang )

YH Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
YBHG Tn Haji Mohamad Sabu
YB Dato Seri Mohamad Nizar Jamaluddin

4. Ahli Jawatankuasa ( 18 orang )

Ust Idris Ahmad
Mazlan Aliman
YB Husam Musa
YB Sallehuddin Ayub
Ust Yusuf Embong ( Pahang )
Mej ( B ) Haji Abd Aziz Yaakob ( Pahang )
Dr Lo’Lo’
YB Mahfuz Omar
Azizah Khatib Mat ( Pahang )
Ust Azizan Abd Razak ( MB Kedah )
YB Syed Azman
Ust Abd Ghani Abd Rahman
Hanifa Maidin
Dr Mujahid Yusuf Rawa
YB Anuar Tan Abdullah
Ust Abu Bakar Chik
Ust Abd Ghani Shamsudin
YB Nik Amar

5. Pengerusi Tetap

Ust Abu Kassim Abdullah

6. Tim Pengerusi Tetap

Cikgu Abd Majid Hasan ( Pahang )

7. Pemeriksa kira-kira ( 2 orang )

Haji Yusof Darus ( Pahang )
Nasrun Amir ( Pahang )

Sunday, April 19, 2009

Hilang Satu Tumbuh Seribu

Angkara perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab dan punyai rasa 'sakit mata' maka bendera bulan besar di persimpangan jalan masuk ke Felda Jengka 15 telah di 'hilangkan'. Bendera itu sebenarnya diletakkan pada tiang tinggi yang ditanam di atas tanah milik peneroka Jengka 15. Pemilik berkenaan memang mengizinkan malah bersama-sama bergotong royong menanam tiang serta memasang bendera tersebut.
Oleh kerana bendera tersebut telah di 'hilangkan' maka pemuda-pemuda jengka 15 telah memasang bendera di kedua-dua belah jalan sepanjang jalan lebih kurang 2km sehingga dilihat seolah-olah menyambut ketibaan tokoh besar PAS ke Jengka 15.