Thursday, April 16, 2009

YB Jengka punyai perangai kebudak-budakan?

Sebenarnya terlalu banyak perkara yang perlu dibuat dan difikirkan oleh ADUN Jengka seperti,

1. Menyelesaikan tapak masjid ( Kompleks Islam ) di Lurah Indah
2. Menyelesaikan isu bekalan air sejak kebelakangan ini sentiasa terputus terutama di sekitar Bandar Jengka
3. Menyelesaikan isu penempatan penghuni rumah PAKR di Taman Jengka Impian
4. Menghentikan sikap membenci rakyat yang tidak mengundinya dalam PRU 12 dahulu.
5. dan banyak lagi kalau hendak dinyatakan…


Begitu juga banyak janji-janji tidak dapat di tunaikan,

1. Menyelesaikan masalah penduduk matau dalam masa seminggu selepas beliau menjadi YB.
2. Tapak perumahan generasi kedua Felda di Jengka sebelas
3. dan banyak lagi kalau hendak dinyatakan….


Diam tak diam pergi marahkan bendera bulan besar di simpang Jengka 15. Inilah orang kata perangai macam budak-budak. Dahlah bendera tu dipasang diatas tanah persendirian serta mendapat izin tuan tanahnya. Kalau tuan tanah tu bersama PAS menyaman YB Jengka sebab turunkan bendera.... macam mana?.Kemudian kes ini dimenangi tuan tanah dan PAS maka tentu malu punya, sebab mahkamah akan arahkan bendera PAS itu perlu dipasang semula oleh YB Jengka.

Tentu akan keluar berita muka depan akhbar perdana bertajuk “ YB Jengka bergotong royong memasang dan menaikkan bendera PAS di Jengka 15 “.

Monday, April 13, 2009

Andaikata rakyat faham

Maksud,
1. Demokrasi,
Maka tiadalah pegawai kerajaan akan memihak kepada sesuatu golongan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai kakitangan kerajaan.
2. Parti atau pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan,
Maka tiadalah rakyat boleh ugut atau paksa mana-mana rakyat lain untuk menyertai atau menganggotai mana-mana parti atau pertubuhan yang berdaftar dengan PP.
3. Negeri-Negeri bernaung dibawah Kerajaan Persekutuan,
Maka tiadalah negeri-negeri di Malaysia dinafikan hak sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan berperaturan.
4. Semua rakyat mesti mendapat pendidikan,
Maka tiadalah isu pelajar tidak boleh meneruskan pelajaran kerana bimbing akan bebanan hutang kemudian hari.
5. Semua rakyat adalah mempunyai sama hak,
Maka tiadalah berlaku diskriminasi di dalam mendapatkan kontrak kerja atau pekerjaan.
6. Kebenaran dan Keadilan
Maka tidak ada seorangpun rakyat akan di persia dan dinafikan.