Wednesday, May 6, 2009

Filem Enam Jahanam persis era PM ke 6?

Filem bertajuk Enam Jahanam lakonan dan arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mengisahkan bagaimana kehidupan enam orang penjahat . Kerjaya keenam-enam penjahat ini adalah merompak, mencuri,merogol dan membunuh.

Semua barang hasil rompakan dan curian disimpan di tempat persembunyian, tiada yang tahu tempat persembunyian mereka. Pada suatu ketika selepas balik dari merompak seorang daripada mereka mencadangkan agar berhenti daripada melakukan rompakan,mencuri,merogol dan membunuh kerana mereka telah memiliki harta yang banyak.

Tetapi selepas berbincang mereka mengambil persetujuan melakukan kerja lama mereka secara besar-besaran yang sekian kalinya. Kerja terakhir ini, mereka berjaya melakukan dengan jayanya malah membawa balik harta rompakan begitu banyak. Enam jahanam ini bukan sahaja merompak dan mencuri malah membunuh,merogol dan mencederakan orang ramai di pekan tersebut.

Secara kebetulan salah seorang mangsanya dapat mengambil gambar keenam-enam mereka ini. Berdasar kepada gambar inilah Laksamana Tantari yang kematian isteri tersayang telah mengembara mencari Enam Jahanam untuk dibunuhnya. Menurut peminat filem ini Laksamana Tantari akan memberi tanda pangkah pada gambar kepada sesiapa telah berjaya dibunuh olehnya sehingga keenam-enam mereka ini.

Selepas Enam Jahanam ini, keluar dari tempat persembunyian dan tidak lagi melakukan kerja jahat lagi diantara mereka ada yang menjadi peniaga, saudagar, Tok Penghulu, Pengurus Tabung Rakyat dan mahaguru silat.

Kesemua Enam Jahanam dibunuh dengan tangan sendiri oleh Laksamana Tantari. Namun dalam pencarian mereka ini Laksamana Tantari banyak dibantu oleh Laksamana Damburi.

Ok… kalau dihitung bermula dari PRK Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau maka telah empat tempat telah ditewaskan. Kalau masuk PRK Penanti yang bakal menyaksikan pengundian berlaku pada 31 Mei 2009 ini jika ada pertandingan juga ramai yang memberi pandangan bahawa ia juga memihak kepada PR ini bermakna yang ‘ kelima ‘ , maka tinggal satu lagi untuk yang ‘ keenam ‘ iaitu samada PRK atau PRU . Dan ini adalah merupakan penyudah memberi tanda pangkah keatas gambar orang yang dikehendaki persis filem Enam Jahanam?

Secara kebetulan agaknya ‘orang yang dikehendaki’ yang keenam itu ( pilihanraya ) kemungkinan berlaku di dalam era PM ke 6…?

No comments: