Sunday, April 19, 2009

Hilang Satu Tumbuh Seribu

Angkara perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab dan punyai rasa 'sakit mata' maka bendera bulan besar di persimpangan jalan masuk ke Felda Jengka 15 telah di 'hilangkan'. Bendera itu sebenarnya diletakkan pada tiang tinggi yang ditanam di atas tanah milik peneroka Jengka 15. Pemilik berkenaan memang mengizinkan malah bersama-sama bergotong royong menanam tiang serta memasang bendera tersebut.
Oleh kerana bendera tersebut telah di 'hilangkan' maka pemuda-pemuda jengka 15 telah memasang bendera di kedua-dua belah jalan sepanjang jalan lebih kurang 2km sehingga dilihat seolah-olah menyambut ketibaan tokoh besar PAS ke Jengka 15.

1 comment:

.@blogger.com said...

Jika saya disitu bukan setakat bendera itu saya buangkan dan bakar, bahkan segalanya akan saya bakar habis. Mujurlah nanti puak erdogan akan menerjah puak ulamat dan ini akan memecahbelahkan PAS. Satu berita yang sangat dinantikan. Rasuah @ sedekah dalam PAS makin menjadi2 dimana puak Husam melabur dan menabur duit untuk membeli undi. Apa beza dengan UMNO? huhu!