Thursday, May 7, 2009

Perbezaan diantara MB Perak Nizar dan MB BN Perak Zamry

Sekarang ini tumpuan rakyat kepada pergolakkan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak. Dari maklumat yang diperolehi Tuan Speaker Perak Siva telah ditukar kepada speaker BN Perak Ganesan. Ini berlaku kerana ada orang yang tidak hormati undang-undang. Persoalannya siapa yang tak hormati undang-undang?

Persoalan utamanya ialah siapakah MB Perak yang sah sekarang? Kalau ini selesai barulah banyak persoalan boleh dijawab.

Pada 7 Mei 2009 semua ADUN Perak dipanggil bersidang oleh orang tiada autoriti, peliknya pada tarikh itu hampir kesemua ADUN hadir dan pelbagai insiden yang berlaku. Tambah pelik lagi pada tarikh yang sama perbicaraan tentang siapa MB Perak di mahkamah tinggi berjalan serentak dan memutuskan 11 mei adalah tarikh keputusan yang akan dibuat oleh hakim. Ini bermakna selagi keputusan tidak dikeluarkan maka YAB DS Mohamad Nizar adalah MB Perak yang sah lagi, kecuali keputusan 11 mei adalah sebaliknya.

Sebagai contoh mudah, seseorang yang ingin menjualkan sebuah bangunan kedai tiga tingkat dengan harga RM 600,000.00. Oleh kerana tempat adalah amat strategik maka seorang pengusaha kedai makanan berminat untuk membelinya. Berlakulah perjanjian jual beli diantara keduanya. Proses utama yang perlu dilakukan ialah menukar nama daripada penama lama ke penama baru. Kelulusan penukaran nama perlu diperolehi daripada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri terlebih dahulu. Dalam tempoh mendapat kelulusan tukar nama ini penama baru tidak boleh pandai-pandai hendak ubahsuai bangunan tersebut kecuali mendapat kebenaran dari penama lama. Kalau penama baru ini pandai-pandai hendak mengubahsuai atau apa keatas kedai tersebut sesuka hatinya maka inilah orang kata tidak hormati undang-undang. Begitu jugalah apa yang berlaku di Negeri Perak sekarang ini.

Tetapi jika sekiranya jawatan MB Perak setelah diputuskan oleh Mahkamah kepada Dato Zamry, sudah pastilah beliau akan membentuk kerajaan dan akan menjalankan pentadbiran walau beliau tahu bahawa keadaan politik di Negeri Perak amat tidak stabil. Tambahan pula pembentukkan kerajaan BN di Negeri Perak amat rapuh kerana mengandungi beberapa orang ADUNnya mempunyai kes rasuah dan kesetiaan kepada BN yang tipis.

Jika jawatan MB Perak diputuskan kepada DS Nizar, sudah pasti beliau akan mencadangkan DUN Negeri Perak perlu dibubarkan kerana beliau amat tahu bahawa keadaan politik di Negeri Perak adalah tidak stabil. Untuk memulihkan balik kepercayaan dan mendapat mandat baru rakyat maka pembubaran DUN Negeri Perak adalah jalan paling baik.

Pakatan Rakyat dan BN tidak perlu takut kerana pembubaran DUN Negeri Perak akan memberi peluang baru menambah kerusi DUN. Mana-mana samada PR atau BN yang tidak mahu pembubaran berlaku maka sememangnya mereka mempunyai muslihat serta mempunyai perasaan takut kepada rakyat. Apa guna memerintah sebuah negeri sedangkan pemerintah amat tidak disenangi oleh rakyat. Fikir-fikirkanlah

No comments: