Sunday, October 30, 2011
DUA TAHUN TANPA BEKALAN AIR
Mengkarak Station – Air dan Elektrik adalah bekalan asas kepada kehidupan. Namun yang berlaku kepada 27 buah rumah di Taman Tualang, Mengkarak amat menyedihkan kami.
Lawatan kerja Pengarah MTD Guai ( En Musaniff bin Ab.Rahman ) pada Jumaat lalu setelah menerima aduan penduduk disambut baik oleh wakil penduduk.
Menurut jurucakap penduduk permasalahan mereka telah dipanjangkan kepada pihak JBA Bera tetapi tidak ada tindakan yang dilakukan. Sesekali pihak JBA ada membawa lori untuk mengisi air kedalam tangki.Namun itu tidak dapat menyelesaikan masalah, itu pun sekali sekala ujar wakil penduduk.
Hasil daripada pemerhatian dan maklumat penduduk air tidak naik ke tangki menara berkapasiti 30,500 gelen yang didirikan. Disisinya terdapat sebuah tangki sedutan berkapasiti 14,000 gelen. Namun kedua-dua tangki ini gagal berfungsi membekalkan air kepada penduduk.
Keresahan penduduk semakin hari semakin meruncing tambah lagi apabila menyambut hari kebesaran. Samada Tahun Baru Cina , Hari Raya dan kenduri perkahwinan. Ada yang menyatakan saiz paip yang disediakan tidak sesuai dengan paip yang mendatang.
Penduduk amat berharap agar pihak yang berwajib terutama JBA Bera dapat menyelesaikan dengan segera masalah yang dihadapi.
Subscribe to:
Posts (Atom)