Pihak Majlis Perbandaran Temerloh ( MPT ) mungkin telah membuat suatu inovasi dengan memperkenalkan sistem bayaran tempat letak kereta secara 'bayar-gores-pamir'. Apa yang hendak dikongsi sama ialah apabila ada pemandu kereta gagal memperagakan tiket bayaran tempat letak kereta yang telah digores dengan betul maka mereka akan menerima surat saman berwarna merah dengan bayarannya RM10.00. MG rasa adalah lebih baik pihak MPT dapat mengeluarkan tiket tempat letak kereta tambahan yang bertulis dengan caj cadangan RM 0.50 sejam atau jumlah caj yang lain berbanding RM 0.42 sejam menggunakan tiket bayar-gores-pamir.
Untuk memudahkan mereka ini membayar selain pusat jualan tiket yang sediada MG cadangkan mendirikan pondok tiket di setiap hujung jalan keluar kawasan bandar. Barulah boleh dikatakan pihak PBT mesra bayaran. Ini sebenarnya menggalakkan orang ramai mendisplinkan diri membuat bayaran bukan terus dikenakan denda seperti yang dipraktikkan sekarang. Malah ada segelintir pemandu tidak memperdulikan kertas saman yang dikeluarkan itu. Semuga negara kita keluar dari berbudaya seperti negara polis tetapi kearah menjadikan negara berkebajikan.
1 comment:
salam ziarah tuan,
saya mendapat perkhabaran dari seorang sahabat yang baru balik dari Bahau melalui jalan Triang.
beliau memaklumkan kira2 10 km dari kerayong berdekatan sekolah menengah mengkarak, jalan sedang dinaiktaraf/ditinggikan.
masalahnya, jalan lencongan di atas sebuah paya, tidak diturap. kontraktor hanya letak batu dan tanah merah.
maka katanya jadilah jalan itu macam jalan kebun.
di tengah2 paya, jalan senget dan berlekok2. masa dia lalu, hujan lebat dan keadaan menjadi dahsyat. berberapa eksiden kecil berlaku.
biasanya, jalan lencongan tidaklah seteruk itu, katanya.
kalau tak silap saya kawasan ini terletak dalam parlimen bera, tetapi saya tak pasti jatuh DUN mana.
sekian untuk info tuan. Saya tidak letupkan cerita ini kerana tiada gambar.
Anak Bulan
Bulan Penuh 2012
Post a Comment