Wednesday, April 27, 2011

PAS KAWASAN BERA BERSAMA MASYARAKAT


PAS Kawasan Bera selesai menjalankan Mesyuarat Agong Tahunan pada 17hb April 2011 lalu dan pada hari ini ( 23 April 2011 ) telah melengkapkan senarai AJK sesi 2011 / 2013. Berikut adalah senarai AJK PAS Kawasan Bera sesi 2011/2013,
1. Yang Dipertua Ust Sulaiman bin Mohd
2. Tim. Yang Dipertua Sdr Musaniff bin Ab.Rahman
3. Naib Yang Dipertua Sdr Abdullah bin Ismail
4. Setiausaha Sdr Mohd Wali bin Alang Ahmad
5. Ketua Urusan Ulama Ust Mohd Asmadi bin Mohamad
6. Ketua Penerangan Ust Yusof bin Che Din
7. Bendahari Sdr Salim bin Musa
8. Ketua Dewan Pemuda Sdr Mohd Shahrul bin Mohamed
9. Ketua Dewan Muslimat Hjh Rahmah binti Omar
10. Pen.Setiausaha 1 Sdr Saha bin Othman
11. Pen Setiausaha 2 Sdr Roslan bin Mohd Nor
12. AJK Ust Che Zuhar bin Che Harun
13. AJK Hj. Idris Singah
14. AJK Ust Muhayedin Hussin
15. AJK Nasarudin bin Mohd Ali
16. AJK Islahudin bin Zakaria
17. AJK Sdr Kamaruzaman Mohd Esa
18. AJK Sdr Mohamed @ Ayub A. Karim
19. AJK Sdr Derasik bin Senik
20. AJK Sdri Siti Khadijah binti Sudin
21. AJK Sdri Siti Patimah binti Hj. Othman
22. AJK Md. Nawawi bin Mohammad
23. AJK Hj. Adnan bin Ley
24. AJK Sdr Abu Stamam bin Awang
25. AJK Hj Mustapha bin Ismail
26. AJK Sdr Hashim bin Ahmad

Mesyuarat Agong Tahunan dirasmikan oleh Ybhg Ust Nik Mohd Zawawi bin Nik Mohd Salleh, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat.

Menurut Timbalan Yang Dipertua, Sdr Musaniff saf kepimpinan sesi 2011/2013 adalah merupakan saf yang akan memikul tanggungjawab besar kerana kepada bahu merekalah disandarkan memenangi PRU 13 nanti. Beliau amat percaya dengan bergeraknya tiga elemen PAS mampu memenangi hati pengundi. Elemen itu ialah kebersamaan, mesra dan senyum.

Thursday, March 31, 2011

AL KISAH : GURU BESAR TERLEBIH UBAT


Cerita ini adalah mengisahkan riawayat kerjaya seorang Guru Besar di salah sebuah sekolah di dalam Negeri Pahang. Sehingga Al Kisah ini ditulis dia masih lagi berjawatan Guru Besar di sekolah yang sama.
Kisah Pertama : YDP PIBG
Sejak awal lagi perlantikkan YDP PIBG sekolah tersebut tahun 2007 lagi GB ini telah menyimpan perasaan mahu menyingkirkan YDP. Apabila bertemu mata dengan YDP, GB ini menunjukkan muka yang sangat manis.
Dalam usaha menunjukkan bahawa YDP tidak mampu membawa peruntukkan dari Yang Berhormat ( YB ), maka semasa tempoh YDP ini satu permohonan kepada YB pun tidak dibuat. Maka ada suara dari ahli PIBG kedengaran kenapa YB tak lulus peruntukkan ke? Menjawablah ahli PIBG ( konco GB ) itulah kalau YDP ini, tentu YB tak akan luluskan peruntukkan.
Namun sebelum YDP ini pun iaitu semasa konco YB menjawat YDP ,apabila disemakkan sepuluh yang dijanjikan oleh YB didalam ucapan semasa merasmikan beberapa program sekolah yang disambut tepuk sorak oleh hadirin ( terutama konco-konco GB ) tiga sahaja yang di kotakan. Bakinya hangus ditelan tahun. Tiga inilah dijaja sebagai peruntukkan dari YB.
Tidak sudah dengan peristiwa itu, GB melebarkan sasaran menjatuhkan YDP dengan mengambil kesempatan ketidakhadiran YDP dalam suatu mesyuarat AJK PIBG oleh kerana keuzuran. Mesyuarat itu dipengerusikan NYDP dan di akhir mesyuarat diputuskan tarikh mesyuarat akan datang. Kesempatan ini diambil sungguh-sungguh oleh GB dan konco GB untuk tidak memaklumkan tarikh mesyuarat tersebut kepada YDP, menyebabkan YDP tidak dapat hadir mesyuarat AJK PIBG dua kali berturut-turut. Ketidakhadiran dua kali berturut-turut inilah menjadi bahan sinis mesyuarat AJK PIBG oleh AJK PIBG ( konco GB ) mengusik YDP, setiap kali mesyuarat selepas itu. Rupa-rupanya ketidakhadiran YDP telah disebarluas melalui gerak bisik sesama konco YB.
Percubaan demi percubaan menjatuhkan YDP tidak berhasil. Percubaan mereka terakhir ialah menyebarluaskan bahawa sekolah tidak dapat peruntukkan jika YDP ini dikekalkan lagi. Mesyuarat Agong PIBG tahun 2008 menyaksikan YDP ditentang oleh calon konco GB. Namun YDP itu menang dengan majoriti. Konco-konco GB memang mengakui YDP ini, sememangnya orang yang boleh berkerja dan menjalankan tugas YDP dengan berkesan.
Selepas masih lagi bergelar YDP untuk tahun 2009 dan 2010, GB amat tidak selesa dengan keadaan ini. Ketidak selesaan ini tidak digambarkan bila berhadapan dengan YDP. Pihak sekolah seperti biasa menjemput YDP untuk bersama dengan program di sekolah. Semua program dapat dihadiri malah mendapat pujian dalam ucapan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah sebagai YDP Cemerlang dalam suatu program.
Akhirnya pada bulan Mac 2010 YDP ini telah melepaskan jawatan YDP dengan alasan telah tiada anak yang bersekolah disitu pada tahun itu di dalam Mesyuarat Agong Tahunan dan disambut sedih dan suatu kehilangan oleh ahli PIBG. Namun di dalam majlis tersebut GB tidak menyebut sepatahpun perkataan terima kasih semasa ucapannya atas khidmat YDP yang telah lalu.
Kisah ini tidak mahu memburuk-buruk mana pihak tetapi sebagai pengajaran di masa akan datang. Kami akan tampilkan dua kisah lagi yang membabitkan GB ini iaitu keluhan guru dan keresahan bapa.

Saturday, March 12, 2011

PRK KERDAU : BN penakut, PAS berani sangat..siapa yang untung?


Peyokong UMNO / BN jangan marah dulu dengan slogan BN penakut. Baca dulu artikel ini dengan teliti kemudian buatlah komentar. Ini sekadar pemerhatian seorang insan kerdil yang tidak tahu sepak terajang politik di Malaysia.
Tahniah kepada BN dengan majoriti 2724. Selepas pengistiharan calon BN di Desa Murni,sebenarnya pihak BN telah dihantui perasaan takut.
Pertama, awal-awal lagi pihak BN telah memainkan isu tahap pendidikan Syed Ibrahim. Sebenarnya isu ini datang dari pihak UMNO sendiri.
Kedua, BN telah menggunakan sepenuhnya agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah, JKR, Telekom, TNB, JBA, Pejabat Pendidikan, IPTA, MPT, JHEOA, FELDA, FELCRA, RISDA, MARA dan banyak lagi terutama KEMAS serta PDRM...ini bukan tuduhan tetapi orang ramai menjadi saksi macamana pihak-pihak yang dinyatakan diatas memainkan peranannya demi memenangkan calon BN. Sedangkan jentera BN yang terdiri daripada Pemuda,Puteri dan tenaga dari Bahagian serta Negeri yang bertandang hanya menghadirkan diri ke program yang telah dirancang secara teratur oleh pihak agensi kerajaan.
Lebih menarik lagi kehadiran hadirin ke progam yang diatur oleh agensi kerajaan adalah sasaran utama mereka iaitu pengundi DUN Kerdau. Ucapan atau taklimat oleh sesiapa sekalipun hanya satu tujuan iaitu undi BN. Sebelum beredar semua hadirin dihadiahkan dengan buah tangan.
Istilah BN penakut boleh diterjemahkan apabila mereka melakukan tiga perkara besar. Iaitu menggunakan sepenuhnya agensi kerajaan , mengugut peserta Felcra serta peneroka Felda dan yang terakhir menggunakan Umi khusus sebagai pemaki individu bukan penceramah.
Manakala bagi pihak PAS yang bertanding sebagai underdog telah berani memainkan isu besar yang memang mengena tepat kepada UMNO/BN, namun semuanya dapat diperbaiki oleh pihak BN jika itu adalah kelemahan. Dan dapat diadakan jika ianya tiada.Diberikan jika ianya tidak sebelum ini. Belajar jadi pelakun yang baik walau sebelum ini bukan itu wataknya.
Rakyat , kontraktor dan runner BN juga patut berterima kasih kepada PAS. Kerana menyahut cabaran di PRK Kerdau ini. Jika tidak apa yang mereka perolehi sekarang rasanya macam jauh panggang dari api. Tetapi ingat PRU 13 nanti sudah pasti akan berubah situasinya.

Monday, February 14, 2011

PRK hampir meliputi 1Malaysia


Semasa nota ini ditulis, sudah 14 Pilihanraya Kecil ( PRK ) telah ditempohi. Namun sudah pasti ada dua lagi PRK bakal berlaku iaitu Merlimau dan Kerdau. Ada beberapa perkara yang menarik berlaku, diantaranya ialah hampir semua negeri di Malaysia mengalami pengalaman PRK kecuali Perlis.
Sekadar menulis kembali PRK yang pernah dan bakal* dilalui,
Kedah ( Bukit Selambau ), Perak ( Bkt Gantang ), Ppinang ( Permatang Pauh , Permatang Pasir, Penanti ), N.Sembilan ( Bagan Pinang ), Melaka ( Merlimau* ), Selangor ( Hulu Selangor ), Johor ( Tenang ), Sarawak (Batang Ai dan Sibu ), Sabah ( Batu sapi ), Terengganu ( Kuala Terengganu ), Kelantan ( Manek Urai dan Galas ) dan Pahang ( Kerdau* ).
Manakala PRK Merlimau telah ditentukan tarikh penamaan calon pada 26 Feb 2011 dan jika ada pertandingan 6hb Mac 2011 adalah hari pembuangan undi.
Semenjak sejarah pilihanraya di Malaysia, PRU 12 melakarkan sejarah PRK yang paling banyak iaitu setakat ini yang diperakukan oleh SPR ialah sebanyak 16 kali ( termasuk Merlimau dan Kerdau ).
Apa yang menarik daripada 16 PRK itu kebanyakkan kekosongan kerusi akibat kematian penyandang. Beberapa kerusi sahaja yang diakibatkan kematian ( kemalangan ) dan mengosongkan ( melepaskan jawatan ). Ini menunjukkan tahap kesihatan Wakil Rakyat tidak ditahap yang baik.
Kerajaan dicadangkan selain mengkaji semula sistem mengadakan PRK dengan suatu kaedah lain bagi menggantikan kekosongan kerusi, juga perlu memperkenalkan suatu piawaian tahap kesihatan bakal-bakal calon atau kaedah lain bagi Wakil Rakyat yang telah dilantik mempunyai tahap kesihatan yang memuaskan.
Selain dari itu, rakyat juga boleh memainkan peranan agar memilih Calon yang mempunyai kesihatan memuaskan sahaja di dalam sesuatu pilihanraya. Jika sejarah dan latar belakang tahap kesihatan Calon tidak memuaskan maka sepatutnya rakyat boleh menolaknya. Rakyat mesti dididik mempunyai kebebasan untuk memilih Calon yang mereka fikirkan layak dan berupaya menjadi Wakil mereka,bukan dibelengu atau dipaksa memilih calon dari parti pemerintah sahaja.
Budaya berpesta projek segera sempena ada PRK sepatutnya dihentikan. Jika kerajaan memerintah terus menerus melakukan amalan ini, memang patutlah rakyat sedar dan buat perubahan. Apa yang rakyat patut sedar ialah Kerajaan Memerintah tidak serius dan prihatin kepada masalah rakyat dan komuniti. Apabila berlaku PRK sahaja baru kerajaan dan dibantu agensi perlaksana melaksanakan projek. Kebanyakkan projek segera yang dilaksanakan tidak mempunyai manfaat dan kualiti, hanya untuk mengaburi mata rakyat dan memenuhkan perut sebahagian kontraktor.

Saturday, January 15, 2011

ASAL KAMPONG GUAI


Terima kasih kepada semua yang dinyatakan. Sejarah insan permulaan menghuni Kampong Guai.Selepas itu semakin ramai zuriat keturunannya dan juga ditambah dengan insan asalnya dari tempat lain berkahwin dengan anak tempatan dan terus menetap di situ.

Saturday, January 1, 2011

TAHUN 2011 MENJELANG SUDAH


Mediaguai mengucapkan selamat menempuh tahun baru 2011. Buatlah yang terbaik dan berusahalah mendapat hasil yang terbaik.

Thursday, December 23, 2010

Bapa 1Malaysia

Semenjak diperkenalkan oleh DS Najib gagasan 1Malaysia pada tahun 2008 sehingga kini ia masih lagi diperbahaskan .
Seawal semasa diperkenalkan rakyat Malaysia terpesona dan kagum akan kebolehan PM DS Najib membawa slogan keramat itu.
Berberapa bulan selepas itu, slogan 1Malaysia telah dijumpai meniru slogan Israel dengan “ One Israel “. Pada ketika yang sama para blogger telah mendedahkan bahawa Indonesia juga telah menggunakan slogan yang serupa iaitu 1Indonesia. Adakah ini suatu kebetulan?. Pada ketika ini telah ada suara yang mengaitkan 1Malaysia dengan syarikat perunding APCO World Wide.
Pada awal tahun 2010 pihak kerajaan BN terutama PM Najib dan Isteri terus meniup bara 1Malaysia dan diperkukuhkan dengan kalimat “ Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan “. Pihak kakitangan awam dan media juga terpaksa atau dipaksa mengambil bahagian yang sama. Bagi menjelaskan pemahaman rakyat akan slogan 1Malaysia,maka semua aktiviti, acara, drama, iklan, lakonan tv, pementasan, keputusan pemenangan sesuatu pertandingan, penyertaan dalam sesuatu pertandingan dan lain-lain hendaklah melibatkan tiga kaum utama ini. Iaitu Melayu, Cina dan India.
Sehingga ada yang memahamkan bahawa 1Malaysia bermakna mesti mempunyai Melayu, Cina dan India. Jika sekiranya tidak melibatkan tiga kaum ini atau kaum-kaum lain maka ia bukanlah 1Malaysia.
Sekarang ini apabila DS Anwar Ibrahim membawa dan mengemukakan perkara yang sama di parlimrn sehingga beliau digantung menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan bersama tiga MP yang lain, riuh satu negara. Tiba-tiba menteri yang menjaga hal ini telah menafikan sekeras-kerasnya penglibatan APCO World Wide dalam 1Malaysia. Yang peliknya penafian ini dibuat merujuk kepada penafian terlebih dahulu oleh pegawai kanan APCO World Wide . Sepatutnya kerajaan BN lah yang membuat penafian kerana semua bangkitan diutarakan kepada mereka bukan kepada APCO.
Begitu juga DS Najib perlu merealisasikan 1Malaysia di alam kekeluargaan. Ini bermakna PM DS Najib perlu mempunyai dua atau tiga orang isteri lagi dari orang Cina, India atau bangsa lain. Bapa 1Malaysia!