Monday, February 14, 2011

PRK hampir meliputi 1Malaysia


Semasa nota ini ditulis, sudah 14 Pilihanraya Kecil ( PRK ) telah ditempohi. Namun sudah pasti ada dua lagi PRK bakal berlaku iaitu Merlimau dan Kerdau. Ada beberapa perkara yang menarik berlaku, diantaranya ialah hampir semua negeri di Malaysia mengalami pengalaman PRK kecuali Perlis.
Sekadar menulis kembali PRK yang pernah dan bakal* dilalui,
Kedah ( Bukit Selambau ), Perak ( Bkt Gantang ), Ppinang ( Permatang Pauh , Permatang Pasir, Penanti ), N.Sembilan ( Bagan Pinang ), Melaka ( Merlimau* ), Selangor ( Hulu Selangor ), Johor ( Tenang ), Sarawak (Batang Ai dan Sibu ), Sabah ( Batu sapi ), Terengganu ( Kuala Terengganu ), Kelantan ( Manek Urai dan Galas ) dan Pahang ( Kerdau* ).
Manakala PRK Merlimau telah ditentukan tarikh penamaan calon pada 26 Feb 2011 dan jika ada pertandingan 6hb Mac 2011 adalah hari pembuangan undi.
Semenjak sejarah pilihanraya di Malaysia, PRU 12 melakarkan sejarah PRK yang paling banyak iaitu setakat ini yang diperakukan oleh SPR ialah sebanyak 16 kali ( termasuk Merlimau dan Kerdau ).
Apa yang menarik daripada 16 PRK itu kebanyakkan kekosongan kerusi akibat kematian penyandang. Beberapa kerusi sahaja yang diakibatkan kematian ( kemalangan ) dan mengosongkan ( melepaskan jawatan ). Ini menunjukkan tahap kesihatan Wakil Rakyat tidak ditahap yang baik.
Kerajaan dicadangkan selain mengkaji semula sistem mengadakan PRK dengan suatu kaedah lain bagi menggantikan kekosongan kerusi, juga perlu memperkenalkan suatu piawaian tahap kesihatan bakal-bakal calon atau kaedah lain bagi Wakil Rakyat yang telah dilantik mempunyai tahap kesihatan yang memuaskan.
Selain dari itu, rakyat juga boleh memainkan peranan agar memilih Calon yang mempunyai kesihatan memuaskan sahaja di dalam sesuatu pilihanraya. Jika sejarah dan latar belakang tahap kesihatan Calon tidak memuaskan maka sepatutnya rakyat boleh menolaknya. Rakyat mesti dididik mempunyai kebebasan untuk memilih Calon yang mereka fikirkan layak dan berupaya menjadi Wakil mereka,bukan dibelengu atau dipaksa memilih calon dari parti pemerintah sahaja.
Budaya berpesta projek segera sempena ada PRK sepatutnya dihentikan. Jika kerajaan memerintah terus menerus melakukan amalan ini, memang patutlah rakyat sedar dan buat perubahan. Apa yang rakyat patut sedar ialah Kerajaan Memerintah tidak serius dan prihatin kepada masalah rakyat dan komuniti. Apabila berlaku PRK sahaja baru kerajaan dan dibantu agensi perlaksana melaksanakan projek. Kebanyakkan projek segera yang dilaksanakan tidak mempunyai manfaat dan kualiti, hanya untuk mengaburi mata rakyat dan memenuhkan perut sebahagian kontraktor.

No comments: