Monday, March 16, 2009

Isu FELDA, media arus perdana bela?

Baru-baru ini ramai peneroka telah membuat laporan polis berkaitan dengan salah urus tadbir pihak pengurusan Felda. Berita laporan peneroka ini mendapat tempat di dada akhbar sinar harian tidak dalam akhbar arus perdana lain.

Kami dimaklumkan bahawa pada hari itu pihak IPK polis kuantan telah bersedia menerima laporan dari peneroka-peneroka yang di ketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka ( ANAK ) Sdr Mazlan Aliman. Namun kami dimaklumkan bahawa laporan itu dibuat dalam keadaan yang amat payah. Laporan dibuat dengan cara seorang demi seorang bermula pukul 12.00 tengahari dan berakhir pada pukul 1.00 pagi.

Keesokan harinya berita laporan oleh peneroka itu keluar dalam akhbar sinar harian. Mungkin ada pihak yang tergamam atau tercabar. Maka selepas tersebarnya laporan di dada akhbar sinar harian mulai keesokan harinya akhbar arus perdana telah menafikan bahawa peneroka ditindas oleh FELDA. Penafian oleh peneroka dan kumpulan peneroka telah dibuat melalui akhbar arus perdana sehingga beberapa hari selepas itu.

Persoalannya kenapa dalam isu FELDA ini media arus perdana memberi pembelaan yang lebih? Tetapi berbanding dalam isu PPSMI dan yuran persekolahan tidak mendapat pembelaan? Pada hal ketiga-tiga isu adalah melibatkan perbezaan pandangan dari kacamata kerajaan memerintah dengan rakyat ramai.

Setelah meneliti rentetan peristiwa isu FELDA ini maka didapati,

1.Betullah kawasan FELDA adalah lubuk undi UMNO/BN. Sedarlah wahai peneroka anda telah dimain,diperguna,digula-gula,diperah keringat dan ditipu demi kepentingan kesinambungan nyawa politik UMNO/BN.
2.Tidak ada hasrat pihak UMNO/BN untuk membebaskan peneroka dari cengkaman FELDA. Mereka mahu peneroka terus menjadi hamba kepada tanah mereka sendiri.

Thursday, March 12, 2009

Sah, Mantan YB DUN Guai menyertai Pakatan

PRU 11 menyaksikan DUN Guai yang dimenangi oleh PAS melalui Sdr Mej (B) Haji Abdul Aziz bin Yaakob tewas kepada calon BN Tuan Haji Hamzah bin Ibrahim. Tetapi semasa PRU 12 baru-baru ini Tuan Haji Hamzah tidak dicalonkan mempertahankan kerusi DUN Guai, sebaliknya BN menurunkan bekas pengacara TV 1 Nurul Azali bin Sulaiman.
Maklumat yang diperolehi kenapa Tuan Haji Hamzah tidak dicalonkan ialah kerana beliau orang yang baik dan boleh berdamping dengan masjid dan surau. Rupa-rupanya BN/UMNO tidak suka calon yang macam ini. Mereka lebih berselera sekiranya wakil rakyat mereka boleh berkaraoke, isteri tak bertudung,boleh ‘adjas’ projek’,boleh langgar peraturan dalam projek pembangunan, dan banyak lagi kalau hendak disenaraikan.

Malam tadi PAS Kawasan Bera telah mengajurkan ceramah isu-isu semasa bersama YB Ust Mohd Nasir bin Zakaria ( Ahli Parlimen Padang Terap ) dan YB Tuan Haji Yaakob bin Safari ( Exco Kerajaan Negeri Selangor ). Turut hadir sama YDP Pas Bera ( Us Sulaiman), Ketua Bahagain PKR Bera ( Cg Abas ), Bendahari PAS Pahang ( Sdr Musaniff ) dan mantan YB DUN Guai ( Tuan Haji Hamzah). Program ceramah tersebut diadakan di Dewan Darul Ikhwan,Mengkarak dan kehadiran Tuan Haji Hamzah disambut dengan laungan takbir serta sekaligus mengesahkan penyertaannya dalam PR.

Sunday, March 8, 2009

Antara GM PPSMI dan FRU PTABN

Sejarah himpunan Raksaksa Rakyat terukir sekali lagi dengan penyertaan lebih 100,000 umat berpakaian tema warna putih. Kali ini penyertaan dari kalangan NGO lebih ketara serta lebih berani. Memorandum tuntutan oleh GM PPSMI telah berjaya diserahkan kepada wakil pihak Istana Negara.

Tuntutan daripada Gerakan Masuhkan PPSMI ialah

1.Daulatkan Bahasa Kebangsaan
2.Selamatkan Bahasa Ibunda
3.Tingkatkan Pengajaran Bahasa Inggeris Di Sekolah
4.Mansuhkan PPSMI

Tuntutan ini hanya nak kembalikan pengajian matematik dan sains dalam bahasa ibunda. Namun masih boleh menerima bahasa inggeris sebagai matapelajaran yang perlu dipelajari cuma perlu dipertingkatkan. Jangan korban matapelajaran sains dan matematik hanya nak memperkukuhkan kefahaman bahasa inggeris. Carilah satu kaedah yang betul mengajar BI sehingga dapat memberi faham kepada pelajar. Namun apa yang jelas pihak Kerajaan melalui kementerian pendidikan tidak melihat ini sebagai sesuatu yang serius. Cara mengajar Bahasa Inggeris seperti takuk lama tak berubah-ubah. Apabila dilaksanakan PPSMI maka pelbagai kaedah dan alat bantu mengajar diperkenalkan sehingga melibatkan peruntukkan jutaan malah mungkin billion ringgit. Dengan peruntukkan yang besar itu ,tetapi lima tahun perlaksanaannya tiada hasil boleh dibanggakan. Pelajar tetap juga tidak faham bahasa inggeris macam dulu juga malah sekarang melibatkan merosotnya kefahaman matapelajar sains dan matematik.


Namun kehadiran Rakyat bagi memberi sokongan padu kepada penyerahan Memorandum tuntutan ini dilayan dengan begitu ‘ baik sekali ’ dan dihadiahkan dengan ‘barang yang cukup berharga ’ oleh pihak FRU PTABN

Layanan dan hadiah yang diterima oleh rakyat

1.Tembakan gas pemedih mata yang bertali arus. Tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan seolah-olah mahu menyeksa dan mendera rakyat. Sekumpulan rakyat telah dikepung dan setiap jalan keluar telah ditutup oleh pihak FRU PTABN, dalam keadaan terkepung itulah gas pemedih mata telah dilepaskan bertalu-talu dan menyebabkan orang ramai tidak ada jalan keluar. Beberapa orang kelihatan kepedihan mata,muntah-muntah dan pengsan. Amatlah tidak wajar apabila pihak FRU yang sepatutnya menjaga keselamatan dan keamanan orang ramai telah bertukar menjadi ganas menyeksa dan mendera orang ramai.
2.Tidak puas hati dengan bedilan gas pemedih mata FRU PTABN telah melepas pancutan air dari trak meriam merahnya yang mengandungi bahan diragukan kearah orang ramai.



Kalau begitulah pihak pemerintah, FRU PTABN dan mana-mana saja pihak yang sewaktu dengannya mempertahankan PPSMI ini maka,

Kepada mereka sahaja,


1.Binakan satu sekolah untuk anak-cucu-cicit-cuit mereka hanya untuk mereka sahaja dan teruskan PPSMI disitu.
2.Tambahkan lagi Pengajaran dan Pembelajaran dalam bahasa inggeris bagi matapelajaran macamana nak menyeksa dan mendera rakyat dengan ledakan gas pemedih mata dan pancutan air dari trak meriah merah.

Tetapi Rakyat,
Mahu menuntut Empat tuntutan berkaitan Isu ini. Semoga diterima dan dilaksanakan secepat mungkin.

Wednesday, March 4, 2009

Hanya buluh runcing menamatkan riawayat Menteri Fasola.


1. Alangkah zalimnya menteri Fasola merampas tahta daripada Tunku Sultan.
2. Tambah menyayat hati bila melihat persidangan Dewan Negeri Perak di bawah pokok. Bunyi macam cerita Laksamana Do Re Mi , apabila Tunku Sultan bersemayam dibawah pokok dan menteri-menteri yang setia kena pakai topi bomba. Semuanya adalah angkara menteri Fasola yang gila kuasa.
3. Maka datanglah tiga orang laksamana menawarkan khidmat membantu Tunku Sultan. Mereka bertiga berbekalkan teropong ajaib,banzie hikmat dan tikar terbang.
4. Dipendekkan cerita maka habislah semua pengikut menteri Fasola ditewaskan oleh tiga Laksamana itu. Alangkah terperanjatnya Laksamana Do bila mengetahui bahawa menteri Fasola adalah seorang yang kebal.
Menurut teropong ajaib memang menteri Fasola mengamalkan ilmu kebal . Bukan setakat mengamalkan ilmu kebal menteri Fasola juga telah ‘mengilmukan’ Tunku Sultan. Sehingga baginda hilang Negara dan puteri kesayangannya.
5. Teropong ajaib juga memberitahu jika hendak menamatkan riawayat menteri Fasola perlulah menggunakan buluh runcing.
6. Apabila menteri Fasola dapat ditewaskan maka bergembiralah Baginda Sultan Negeri Pasir Dua butir dan sekelian rakyat.

Thursday, February 26, 2009

Kesan apabila sanjung PPSMI


1. Kalau dulu produa menamakan kereta sebagai MYVI dan SAVY. Yang membawa maksud Kereta Saya dan Selamat.
2. Kini dengar-dengar khabar proton pula mengikut langkah produa dengan menamakan kereta pelbagai guna sebagai EXORA. Menurut yang tahu sedikit pasal bahasa ni perkataan ini berasal dari tumbuh-tumbuhan dan bunyi macam Bahasa Inggeris aje.
3. Bertapa jauh dan sayupnya Bahasa Melayu di mata orang yang berada di dunia perniagaan. Macam tak ada nilai perdagangan langsung. Dan lagi jauh di mata orang yang berada di dunia pengiklanan. Sama jauh juga di mata orang yang mempertahankan PPSMI ini.

Perbesar isu ‘ Celaka ‘ hanya mainan UMNO untuk tutup kes malu?


1. Ungkapan YB Karpal dalam parlimen perkataan ‘celaka’ kepada pemuda UMNO disahut dengan cabaran sambil menepuk dada oleh ahli pemuda UMNO. Beriya-riya sungguh pemuda tu di luar parlimen mencabar YB Karpal. Semua orang tahu Karpal tu bukan boleh lari laju kerana pergerakkannya dibantu oleh kerusi roda. Lucu juga melihat ada orang mengajak orang yang berkerusi roda bergaduh secara fizikal.
2. Berita utama TV3 memainkan isu ‘celaka’ ini selama hampir 30 minit. Seolah-olah isu ini besar sangat. Macam nak alih isu berkaitan merampas pemerintahan Negeri Perak dan isu lembu dan kereta di Selangor. Semacam nampak dah nak kalah dah.
3. Kalau lihat sekarang ini UMNO macam benar-benar nak bela Sultan. Ya ke ni? Setahu patik Tuanku sewaktu ketika dahulu UMNO lah yang buat macam-macam pada Sultan. Ada nak cabut kekebalan. Ada tabal Sultan baru. Ada maki Sultan. Ada yang larikan puteri Sultan. Macam-macam ada.
4. Kalau mengikut undang-undang tubuh negeri Perak kalau Dewan Negeri tak bersidang selama tempoh enam bulan maka Dewan Negeri dengan sendirinya terbubar. Jadi rakyat Perak kena diperingatkan betul-betul apabila mengundi esok undilah calon PR. Kena pesan kepada semua pengundi agar menangkan PR dengan kelebihan banyak kerusi. Mana-mana calon yang nampak nak lompat terus tukar calon lain. Langkah dan rintisan awal yang dibuat oleh MB Nizar dan PR Perak amat berkesan serta pratikal. Teruskan pemerintahan PR di Perak.

Wednesday, February 25, 2009

CERAMAH DI BERA

Pas kawasan Bera menganjurkan Ceramah Penerangan
Pada : 1hb Mac 2009
masa : 9.30 malam
Tempat : Darul Ikhwan, Mengkarak
Penceramah
1. YB Ust Nasaruddin bin Mat Isa ( Tim.Presiden PAS )
2. Sdr Mazlan bin Aliman ( AJK PAS Pusat)
3. Sdr Musaniff bin Abd.Rahman ( Bendahari PAS Pahang )
4. Ust Sulaiman bin Mohd ( YDP PAS Kawasan Bera )

Orang ramai di jemput hadir.