Sunday, March 8, 2009

Antara GM PPSMI dan FRU PTABN

Sejarah himpunan Raksaksa Rakyat terukir sekali lagi dengan penyertaan lebih 100,000 umat berpakaian tema warna putih. Kali ini penyertaan dari kalangan NGO lebih ketara serta lebih berani. Memorandum tuntutan oleh GM PPSMI telah berjaya diserahkan kepada wakil pihak Istana Negara.

Tuntutan daripada Gerakan Masuhkan PPSMI ialah

1.Daulatkan Bahasa Kebangsaan
2.Selamatkan Bahasa Ibunda
3.Tingkatkan Pengajaran Bahasa Inggeris Di Sekolah
4.Mansuhkan PPSMI

Tuntutan ini hanya nak kembalikan pengajian matematik dan sains dalam bahasa ibunda. Namun masih boleh menerima bahasa inggeris sebagai matapelajaran yang perlu dipelajari cuma perlu dipertingkatkan. Jangan korban matapelajaran sains dan matematik hanya nak memperkukuhkan kefahaman bahasa inggeris. Carilah satu kaedah yang betul mengajar BI sehingga dapat memberi faham kepada pelajar. Namun apa yang jelas pihak Kerajaan melalui kementerian pendidikan tidak melihat ini sebagai sesuatu yang serius. Cara mengajar Bahasa Inggeris seperti takuk lama tak berubah-ubah. Apabila dilaksanakan PPSMI maka pelbagai kaedah dan alat bantu mengajar diperkenalkan sehingga melibatkan peruntukkan jutaan malah mungkin billion ringgit. Dengan peruntukkan yang besar itu ,tetapi lima tahun perlaksanaannya tiada hasil boleh dibanggakan. Pelajar tetap juga tidak faham bahasa inggeris macam dulu juga malah sekarang melibatkan merosotnya kefahaman matapelajar sains dan matematik.


Namun kehadiran Rakyat bagi memberi sokongan padu kepada penyerahan Memorandum tuntutan ini dilayan dengan begitu ‘ baik sekali ’ dan dihadiahkan dengan ‘barang yang cukup berharga ’ oleh pihak FRU PTABN

Layanan dan hadiah yang diterima oleh rakyat

1.Tembakan gas pemedih mata yang bertali arus. Tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan seolah-olah mahu menyeksa dan mendera rakyat. Sekumpulan rakyat telah dikepung dan setiap jalan keluar telah ditutup oleh pihak FRU PTABN, dalam keadaan terkepung itulah gas pemedih mata telah dilepaskan bertalu-talu dan menyebabkan orang ramai tidak ada jalan keluar. Beberapa orang kelihatan kepedihan mata,muntah-muntah dan pengsan. Amatlah tidak wajar apabila pihak FRU yang sepatutnya menjaga keselamatan dan keamanan orang ramai telah bertukar menjadi ganas menyeksa dan mendera orang ramai.
2.Tidak puas hati dengan bedilan gas pemedih mata FRU PTABN telah melepas pancutan air dari trak meriam merahnya yang mengandungi bahan diragukan kearah orang ramai.



Kalau begitulah pihak pemerintah, FRU PTABN dan mana-mana saja pihak yang sewaktu dengannya mempertahankan PPSMI ini maka,

Kepada mereka sahaja,


1.Binakan satu sekolah untuk anak-cucu-cicit-cuit mereka hanya untuk mereka sahaja dan teruskan PPSMI disitu.
2.Tambahkan lagi Pengajaran dan Pembelajaran dalam bahasa inggeris bagi matapelajaran macamana nak menyeksa dan mendera rakyat dengan ledakan gas pemedih mata dan pancutan air dari trak meriah merah.

Tetapi Rakyat,
Mahu menuntut Empat tuntutan berkaitan Isu ini. Semoga diterima dan dilaksanakan secepat mungkin.

No comments: