Saturday, January 15, 2011

ASAL KAMPONG GUAI


Terima kasih kepada semua yang dinyatakan. Sejarah insan permulaan menghuni Kampong Guai.Selepas itu semakin ramai zuriat keturunannya dan juga ditambah dengan insan asalnya dari tempat lain berkahwin dengan anak tempatan dan terus menetap di situ.

Saturday, January 1, 2011

TAHUN 2011 MENJELANG SUDAH


Mediaguai mengucapkan selamat menempuh tahun baru 2011. Buatlah yang terbaik dan berusahalah mendapat hasil yang terbaik.

Thursday, December 23, 2010

Bapa 1Malaysia

Semenjak diperkenalkan oleh DS Najib gagasan 1Malaysia pada tahun 2008 sehingga kini ia masih lagi diperbahaskan .
Seawal semasa diperkenalkan rakyat Malaysia terpesona dan kagum akan kebolehan PM DS Najib membawa slogan keramat itu.
Berberapa bulan selepas itu, slogan 1Malaysia telah dijumpai meniru slogan Israel dengan “ One Israel “. Pada ketika yang sama para blogger telah mendedahkan bahawa Indonesia juga telah menggunakan slogan yang serupa iaitu 1Indonesia. Adakah ini suatu kebetulan?. Pada ketika ini telah ada suara yang mengaitkan 1Malaysia dengan syarikat perunding APCO World Wide.
Pada awal tahun 2010 pihak kerajaan BN terutama PM Najib dan Isteri terus meniup bara 1Malaysia dan diperkukuhkan dengan kalimat “ Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan “. Pihak kakitangan awam dan media juga terpaksa atau dipaksa mengambil bahagian yang sama. Bagi menjelaskan pemahaman rakyat akan slogan 1Malaysia,maka semua aktiviti, acara, drama, iklan, lakonan tv, pementasan, keputusan pemenangan sesuatu pertandingan, penyertaan dalam sesuatu pertandingan dan lain-lain hendaklah melibatkan tiga kaum utama ini. Iaitu Melayu, Cina dan India.
Sehingga ada yang memahamkan bahawa 1Malaysia bermakna mesti mempunyai Melayu, Cina dan India. Jika sekiranya tidak melibatkan tiga kaum ini atau kaum-kaum lain maka ia bukanlah 1Malaysia.
Sekarang ini apabila DS Anwar Ibrahim membawa dan mengemukakan perkara yang sama di parlimrn sehingga beliau digantung menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan bersama tiga MP yang lain, riuh satu negara. Tiba-tiba menteri yang menjaga hal ini telah menafikan sekeras-kerasnya penglibatan APCO World Wide dalam 1Malaysia. Yang peliknya penafian ini dibuat merujuk kepada penafian terlebih dahulu oleh pegawai kanan APCO World Wide . Sepatutnya kerajaan BN lah yang membuat penafian kerana semua bangkitan diutarakan kepada mereka bukan kepada APCO.
Begitu juga DS Najib perlu merealisasikan 1Malaysia di alam kekeluargaan. Ini bermakna PM DS Najib perlu mempunyai dua atau tiga orang isteri lagi dari orang Cina, India atau bangsa lain. Bapa 1Malaysia!

Friday, December 3, 2010

ISU BERZAMAN : DI MANA UMNO KUAT DI SITU ORANG MELAYU MEREMPAT DAN TERKONGKONG


Kenyataan ini kami pilih untuk dijadikan bahan ulasan kali ini.

Di Bera dari segi persempadanan pilihanraya mengandungi Parlimen Bera, Dun Guai, Dun Triang dan Dun Kemayan. Semua tempat pilihanraya di menangi oleh BN kecuali Dun Triang oleh PR ( DAP )

Manakala dari segi bandar atau pusat perkhidmatan terdapat di Bandar Triang, Bandar Bera ( Kerayong ) dan Bandar 32.

Persempadanan kawasan pilihanraya DUN sepatutnya mengambil pertimbangan juga bandar dan pusat perkhidmatan bukan hanya bilangan pemilih sahaja. Rasionalnya ialah setiap ADUN dapat membantu dari segi hal ehwal penduduk dan pembangunan Bandar atau pusat perkhidmatan di DUN itu. Jika tidak akan berlaku kepincangan sesuatu DUN itu dibangunkan oleh ADUN.

Apa yang berlaku sekarang mengikut perubahan lokaliti terbaru DUN Guai tidak mempunyai Bandar atau Pusat Perkhidmatan ( Bandar kecil ).Tetapi DUN Triang mengandungi Bandar Triang dan Bandar Bera ( Kerayong ). Manakala DUN Kemayang mempunyai Bandar 32.Tetapi pemimpin dan masyarakat tidak mengambil cakna hal ini.

Daerah Bera dengan Pusat Pentadbirannya di Bandar Bera ( Kerayong ). Di Bandar ini terdapat sebuah laman yang diberi nama Lama Kerayong. Disini terdapat sebuah Astaka dengan boleh menghimpunkan lebih 3000 pendengar. Tetapi Astaka ini hanya digunakan untuk tujuan hiburan semata-mata jarang sekali program yang membawa manfaat kepada komuniti Bera. Sambutan rumah terbuka aidil fitri terbaru YB Parlimen Bera yang menyaksikan tarian tidak layak dengan budaya dan agama telah diadakan disini. Tetapi pemimpin dan masyarakat tidak juga bangun membantah semua ini. Masyarakat memilih jalan ‘ selamat ‘ dengan berkata biarkanlah.

Akibat pembubaran LKWJ dan DARA pada tahun 2000* lalu, Daerah Bera telah kehilangan sekurang-kurangnya tiga projek infrastruktur yang besar. Projek pertama ialah pembinaan sambungan jalan dari Kg Tanjung Batu ke Kg Lubuk Paku yang membawa manfaat kepada penduduk Kg Tok Biah,Kg Tg Kuran,Kg Guai,Kg Charuk Putting,Kg Selindang dan Kg Batu Bor dalam daerah ini. Kedua, Bandar 32 yang tidak lengkap sebagai sebuah Pusat Perkhidmatan .Dan ketiga sebuah IPTA.
Ketiga-tiga perkara diatas telah berlaku tetapi masyarakat tetap seperti dulu...bila nak berubah?...berubahlah kepada menjadi masyarakat cakna. Tengok-tengoklah Daerah kita ini jangan tak pandang dan tak kata sepatah pun dengan apa yang berlaku.
*Nota: Kakitangan LKWJ dan DARA telah ditamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam secara rasminya pada 2.10.2000 - sumber bekas kakitangan berkenaan melalui surat yang diterima oleh mereka.

Thursday, November 11, 2010

SALAM AIDIL ADHA


Thursday, November 4, 2010

PERJUMPAAN KELUARGA PAWANG KADIR KALI KE 4


Semua ahli keluarga Pawang Kadir dipersilakan dan diminta memaksimakan kehadiran pada perjumpaan keluarga kali ke 4 ini. Tarikh 20hb November 2010 ( Sabtu ) telah dipersetujui oleh AJK AKPK yang telah bermesyuarat baru-baru ini. Ketua Urusetia AKPK, Musaniff Ab.Rahman memaklumkan kepada kami bahawa tarikh yang dipilih setelah mengambilkira kesesuaian masa semua ahli.


Menurut Musaniff, 300 orang ahli dijangkakan hadir diperjumpaan keluarga kali ke 4 ini. Kita masih mengekalkan tempat pertemuan keluarga ini adalah di Rumah Besar ( Rumah Pusaka peninggalan Pawang kadir ) di Kg. Bukit Keledang.


- sumber: akpk14.blogspot.com