Wednesday, May 19, 2010

PERKAHWINAN KLASIK ANTARA LELEKAW DAN PASANGAN

Seorang ‘pemuda’ kampong berusia sekitar 55 tahun bakal mendirikan rumah tangga tanggal 29 Mei 2010 ini. Semua adik beradiknya telah mendirikan rumah tangga. Beliau mempunyai 10 orang adik beradik dan beliau adalah anak ke 6.

Semenjak 30 tahun yang lalu beliau sentiasa “dicabar” dengan soalan bila nak kahwin?. Dalam usia sebegini tapi belum lagi berumah tangga maka kami panggil LELEKAW.( Lelaki lewat kahwin ).

Baru-baru ini beliau bertemu dengan seorang perempuan berstatus ANDALUSIA,maka mungkin ini jodoh mereka. Merekapun telah mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga pada 29 Mei 2010 ini.

Berita ini telah sampai kepengetahuan keluarganya. Mereka semua amat gembira . Apabila ditanya tentang belanja kahwin dengan selamba beliau menyatakan Cuma ada RM3,000 sahaja. Kalau mereka nak mahal-mahal dan kenduri nak besar-besar maka kawan tak jadilah, kata Tan ( panggilan manjanya ).

Mendengarkan kata-kata seluruh ahli keluarganya termasuk adik-beradik, anak saudara, sepupu dan kawan-kawan telah bersetuju untuk sponsor sikit seorang semua majlis kenduri tersebut. Ada yang sponsor seekor lembu, beras, kelapa, percutian bulan madu dan lain-lain.

Majlis dijangkakan meriah dengan kehadiran seluruh orang kampong , suadara mara dan kenalan Tan.Kami doakan agar pasangan ini bahagia ke anak cucu. Kepada yang kena ajak datanglah pada 29 mei 2010 di rumah pengantin perempuan dan 30 mei 2010 di rumah lelaki.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU



Terimalah ucapan Selamat Hari Guru dari Pengarah MTD Guai untuk semua warga pendidik Daerah Bera.

Semoga kalian terus berjaya mendidik anak bangsa mengapai kecemerlangan.

PROGRAM KARNIVAL WARGA FELDA BERA 2010

Lajnah Hal Ehwal Pertanian,Peneroka dan Buruh Kawasan Bera menganjurkan Program Karnival Warga Felda Bera 2010 bertempat di Laman Pusat Khidmat Masyarakat Felda Purun, Bera.

Beberapa aturcara bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 malam pada 22 Mei 2010 telah disediakan. Aturcara melibatkan penyertaan dari kalangan kanak-kanak, muslimat, nisa dan orang dewasa.

Pengarah Progran Ust Sulaiman bin Mohamad berharap agar seluruh warga felda di Bera dapat membanjiri kawasan yang telah disediakan.

Bersama-sama ini disertakan aturcara penuh program tersebut

******************************************************

Tarikh 22hb Mei 2010

Masa 9.00 pagi hingga 12.00 malam

Tempat Laman Pusat Khidmat Masyarakat Felda Purun

******************************************************

9.00pg : Sukaneka kanak-kanak & dewasa
: Pertandingan mewarna kanak-kanak ( 4 – 10 tahun )

10.00pg : Klinik motosikal PERCUMA
: Gunting rambut PERCUMA

: Pertandingan gubahan bunga

: Acara muslimat & Nisa

: Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA

: Bekam, Urut Refleksologi & Kiropraktik PERCUMA

3.00ptg : Ramah Mesra Warga Felda

7.30mlm : Tahlil Perdana

9.15mlm : Ceramah Pakatan Rakyat

Friday, May 14, 2010

PRK P212 Sibu: Kempen BN dah tepu

Bermula tarikh penamaan calon PRK P212 Sibu menyaksikan pertandingan tiga penjuru, diantara BN, PR dan Bebas.

Penduduk yang berada di Semenanjung yang tidak berkesempatan pergi ke Sibu ,TV dan akhbar sahaja penyambung peristiwa dan suasana di sana.

Dalam berita TV dan akhbar setiap hari dilaporkan Sibu mendapat peruntukkan demi peruntukkan. Seolah-olah Sibu telah diselimuti pelbagai peruntukkan, pendek kata selepas pilihanraya ini Sibu telah menjadi suatu tempat yang telah lengkap. Bermula dari projek tebatan banjir ( 50 tahun lebih belum selesai ) sehingga projek pembinaan dan pemberian komputer sekolah, program di rumah panjang dan lain-lain.

Manakala di dada akhbar pula pihak wartawan boleh memilih semahu mungkin sudut ambil gambar yang paling mengamit undi kepada BN.

Hari mengundi tinggal beberapa jam lagi, namun pengundi telah dimuatkan habuan sehingga ke tekak. Sekira-kira tidak mungkin ada lagi habuan yang boleh di masukkan. Ini bermakna BN telah berjaya menaburkan habuannya secara maksima,dan layaknya tidak patutlah berkempen lagi kerana setiap pengundi P212 Sibu telah disampaikan mesej.

Boleh dikatakan kempen di media perdana bagi P212 Sibu adalah milik BN.. DAP dan calon bebas tidak diberi peluang langsung. Empat undi kepada DAP dan Empat undi kepada calon Bebas adalah merupakan kemenangan kepada mereka layaknya. Sebab tiada langsung kebaikan dan faedahnya mengundi calon DAP dan bebas kata pemerintah BN.

Tetapi pengundi P212 Sibu akan menentukan siapa wakil rakyat mereka ahad ini. BN?...DAP?....Bebas?

Monday, May 10, 2010

YB Kedau dalam keadaan stabil tetapi kritikal – MB Pahang

YAB MB Pahang telah memaklumkan keadaan kesihatan YB Kerdau, di dalam siaran buletin TV 3 jam 8 malam.

Mulai malam semalam ramai telah menerima sms perkhabaran keadaan kesihatan YB Kerdau tidak memuaskan. Sehinggaka YH Ust Dato Tuan Ibrahim sempat menyelitkan doa kesejahteraan kepada YB Kerdau dalam ceramahnya di KIAS malam tadi.

Melalui siaran buletin TV 3 jam 8 malam sebentar tadi YAB MB Pahang telah memaklumkan keadaan kesihatan YB Kerdau adalah dalam keadaan stabil tetapi kritikal. Di maklumkan juga YB Kerdau telah dihantar ke IJN untuk rawatan susulan. Kami yang mendengar terasa terpingga-pingga dan sangsi akan keadaan kesihatan YB Kerdau yang sebenar.

Apa yang kami dapat faham daripada kenyataan MB Pahang ini adalah fikirannya amat bercelaru sekarang ini. Oleh kerana UMNO / BN sentiasa suka bermain dengan kata-kata dan janji-janji manis kepada rakyat maka terbawa kedalam memaklumkan kesihatan YB mereka.

Maka kita sebagai rakyat kena perhati dan amati betul apa yang mereka ini perkatakan, terutama semasa PRK. Semua saluran media adalah kepunyaan mereka.

BN tak mampu berubah dan tak akan berubah….sepatah kata pemimpin PR

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Kami warga media guai mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu dan bakal ibu di seluruh dunia. Semoga bahagia dan sejahtera di samping keluarga. Klik "play" untuk mendengar lagu jasa bonda.

Wednesday, May 5, 2010

Macamana kalau betul PM Najib bawa agenda Israel kedalam Negara

Bukan menjadi berita angin lagi, tetapi telah menjadi tajuk perbualan masa kini. APCO adalah Syarikat Perunding berkaitan memulih imej buruk pemimpin. Setelah di selidiki bahawa APCO mempunyai pertalian rapat dengan rejim Yahudi ( Israel ).

Agenda 1 Malaysia yang dicanang oleh PM Najib,dikhuatiri agenda tersembunyi rejim Yahudi. Sejarah membuktikan bahawa rejim Yahudi tidak akan berdiam diri selagi cita-citanya mengenggam dunia belum tercapai. Slogan hanya rejim Yahudi sahaja yang baik dan patut memerintah dunia manakala bangsa lain hanya layak menuruti sahaja, ini akan diteruskan sehingga dunia ini menghembuskan nafas terakhirnya.

Slogan rakyat didahulukan prestasi diutamakan juga dikhuatiri tangga-tangga politik melemahkan semangat rakyat mahu perubahan.

Selepas Pulau Batu Putih terlepas ke Singapura kini dua telaga minyak di Limbang bakal terlepas pula ke Brunei. Senario ini membuktikan Pemerintah Negara sekarang ini tidak peduli sangat dan tidak berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan Negara yang tercinta ini.

Satu demi satu slogan keluar dari mulut PM Najib, sehinggakan masyarakat tidak sempat memahami apa sebenarnya yang ingin dilakukan. Menyebabkan masyarakat mengambil jalan selamat iaitu tidak ambil peduli keadaan politik Negara. Nak terlingkup terlingkuplah janji kami ada sedikit wang dan harta.

Tetapi pemimpin Negara sekarang menafikan sekeras-kerasnya berurusan dengan APCO World Wide malah jauh lagi dengan rejim Israel.

Rakyat terlopong dan melopong mendengar kedua-dua hujah ini. Masa akan terus berjalan dan ALLAH akan tunjukkan siapa yang betul dan siapa yang salah. Tetapi sekiranya pengaruh dan agenda Israel diketahui berada di Negara sedikit masa lagi serta telah menyusupi bahagian pentadbiran , keselamatan dan komunikasi maka ketika itu tiada ungkapan yang mampu diucapkan.
Dan pada ketika itu rakyat nak marah pada siapa?