Thursday, October 14, 2010

GURU JENAMA UMNO BERKOKOK TAK KENA MASA

Selepas kerajaan mengumumkan dalam bulan Julai lepas guru gred DG 41 hingga DG 48 dibenarkan berpolitik, maka yang sebenarnya dilihat ialah memberi laluan sebesar-besarnya kepada Guru yang berjenama UMNO/BN bergerak bebas dalam politik.

Mereka ini kebanyakkannya dilantik sebagai penceramah BTN. Semua jadual yang diperuntukkan oleh BTN kepada mereka dipenuhi semuanya. Ini menyebabkan apabila berada di dalam kelas di Sekolah mereka dalam keadaan yang letih dan mengantuk. Tetapi tidak ada seorangpun termasuk Pengetua berani menegur mereka ini.

Namun sehingga kini mereka tetap berusaha samada secara sendiri atau melantik ‘spy ‘ memerhatikan mana-mana guru yang hendak di ‘ black list’ kan. Kategori guru yang akan di ‘ black list ‘ kan tu pula ditentukan oleh mereka sendiri. Diantaranya ialah mengunjungi masjid atau surau yang mengadakan majlis ilmu, menghadiri ceramah parti PR dan bercakap serta pernah menyapa pimpinan parti PR.

Mereka yang disenaraikan dalam ‘ black list’ kononnya tidak berpeluang naik pangkat.

Perlu diingat sepatutnya sudah tidak ada istilah ‘ black list ‘ dikalangan guru DG 41 hingga DG 48. Ini adalah kerana semua mereka ini telah dibenarkan berpolitik sejak bulan Julai 2010 lalu. Dan mereka yang pergi mendengar kuliah ilmu di surau atau masjid itupun bukan berpolitik. Mereka hanya mendengar kuliah ilmu. Kalau ada yang mendengar ceramah PR pula, itupun masih belum berpolitik.

Ada diantara Guru jenama UMNO secara terang-terangan dan kuat sehingga didengari guru lain memberitahu kerani pentadbiran sekolah bahawa mereka akan bercuti pada 26hb Oktober 2010 ini sempena hari penamaan calon PRK DUN Galas. Seolah-olahnya cuti mereka mesti diluluskan.Tetapi tidak ada sesiapa yang berani menegur. Siapa yang mengajar mereka bersikap begini? Apa yang menyebabkan mereka jadi begini?

Guru-guru lain kalau hendak cuti mereka patuh dengan peraturan. Peraturannya ialah perlu isi borang permohonan dahulu apabila diluluskan oleh Pengetua barulah mereka bercuti.

Perangai Guru jenama UMNO ini sebenarnya telah ketinggalan zaman. Mereka merasakan UMNO/BN masih lagi kuat, sedangkan semua orang tahu mereka (UMNO/BN ) telah lemah dan semakin lemah.

Tuesday, October 5, 2010

PRK Galas hujung Oktober 2010?

Tiupan dan kehangatan PRK Galas telah mula terasa. Mengimbau sejarah PRK yang lepas-lepas BN pasti akan meletakkan calonnya. Manakala PAS mewakili PR menunggu siapa sahaja yang bakal diturunkan oleh pihak BN.
Dalam PRU 11 ( 2004 ) Allahyarham Che Hashim ( PAS ) tewas kepada calon BN Saufi dengan majoriti 1300 lebih. Manakala dalam PRU 12 ( 2008 ) kedua-duanya bertemu sekali lagi dan keputusan memihak kepada Allahyarham Che Hashim ( PAS ) menewaskan calon BN Saufi dengan majoriti 600 lebih. Bermakna bekas calon BN itu mempunyai potensi dalam PRK ini.
Tetapi dalam keadaan yang serba tak kena ada pihak atasan BN telah menguar-uarkan nama TG Razaliegh sebagai calon. Adakah ini merupakan satu penghinaan kepada TG Razaliegh? atau ingin meletakkan beban berat yang tidak tergalas ini diletakkan ke bahu TG RH, kemudian apabila keputusan memihak kepada PR maka TG RH akan dipersalahkan?
Perlu diperingatkan baru-baru ni MG mendengar khabar, bahawa ada ketua sebuah kumpulan telah diarahkan oleh ' orang BN ' supaya menggunakan ahli-ahli mereka pergi ke Kelantan dan mendaftar sebagai pengundi di Dun Galas. Mereka ini mengikut arahan ketua mereka serta dibayar agar boleh mengundi di PRK Galas nanti. PR mesti bersedia menghadapi situasi ini.
Rakyat Kelantan adalah rakyat yang pandai berpolitik. Mereka dapat membezakan mana pemerintah yang baik dan jahat.

Tuesday, September 21, 2010

DIPERSILAKAN KE JAMUAN HARI RAYA DAN RAMAH MESRA PAS KAWASAN BERA


Ahli Jawatankuasa Harian dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Bera, mempersilakan orang ramai ke Majlis Jamuan Hari Raya dan Ramah Mesra Idul Fitri PAS Kawasan Bera
Pada
25 September 2010 ( Sabtu )
Jam 11.00pg hingga 1.00ptg
Bertempat di Dewan Darul Ikhwan, Mengkarak

DOA MENGIRINGI CALON UPSR 2010


Warga Media Guai mendoakan kejayaan cemerlang untuk semua calon UPSR 2010

Wednesday, September 15, 2010

Orang muda Geng Kita : Diterjemah di Felda Tementi




Moto “ Orang Muda Geng Kita “ bukan omongan kosong. Di Felda Tementi, Bera Ahli Jawatankuasa Pemuda UPU Felda Tementi telah menganjurkan Jamuan Hari Raya bermula jam 9.30 malam hingga 11.00 malam. Kehadiran tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat amat menggalakkan. Terutama golongan muda.

Majlis tersebut juga diserikan dengan kehadiran YDP PAS Kawasan Bera Ust Sulaiman, TYDP PAS Kawasan Bera Sdr Musaniff , Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bera Sdr Shahrul dan Ketua Penerangan PAS Bera Ust Yusuf.

Para golongan muda diperingatkan agar mengambil peluang mendaftar sebagai pemilih, terutama mereka yang lahir pada atau sebelum bulan Ogos 1989. Mereka ini telah layak mendaftar sebagai pemilih.

Menjelang PRU 13 yang akan datang, golongan muda diseru agar memilih parti yang pemimpinnya berjiwa rakyat, tidak mementing diri serta kroni, berlaku adil kepada semua bangsa dan berkebajikan. Untuk itu rakyat termasuk golongan muda perlu membuat perubahan secara besar-besaran dan sederap samada di kawasan Felda, Pinggir Bandar, Bandar dan kampong tradisi.

Menyentuh mengenai isu peneroka Kemahang 3 menang saman keatas FELDA berkaitan isu grading perahan sawit. Perkara yang sama akan dibuat di Felda gugusan Bera ini. Badan penyelaras telah dibentuk dan peneroka di Felda gugusan Bera perlu berkerjasama serta berani meneruskan perjuangan menuntut keadilan berkaitan isu grading perahan sawit berserta kemungkinan satu isu baru yang akan dikemukakan ke mahkamah sebelum akhir tahun ini.

Thursday, September 9, 2010

DETIK 30 RAMADHAN / 1 SYAWAL 1431H…NAMUN KEDAPATAN


Pengumuman Hari Raya Idul Fitri tahun 1431 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja malam tadi telah mengistiharkan Hari Raya tahun ini adalah pada hari Jumaat 10hb September 2010. ( 1 Syawal 1431 )

Ini bermakna pada tahun ini umat Islam di Malaysia berpuasa genap 30 hari. Sebagai umat Islam yang melalui tempoh itu telah mengalami berbagai perubahan perasaan, pengajaran, kesedaran, ilmu pengetahuan dan tidak kurang juga yang tidak berubah apa-apa. Tetapi yang lebih malang lagi menjadi lebih teruk daripada sebelumnya.

Kehadiran jemaah ke Surau atau Masjid kebanyakkannya ramai sehingga melimpahi ruang solat bermula hari pertama sehingga hari kesepuluh ramadhan sahaja. Bermula hari kesebelas sehingga berikutnya bilangan jemaah semakin kurang dan terus menyusut. Namun kedapatan juga beberapa buah Surau dan Masjid yang konsistan bilangan jemaahnya lapan saf bermula hari pertama hingga akhir Ramadhan.

Amalan menggunakan khidmat Imam Hafiz luar kawasan bagi menceriakan suasana solat di Bulan Ramadhan masih boleh dipertingkatkan. Apabila sempadan Ramadhan telah menghampiri penamatnya Imam Hafiz luar akan pulang ke kampong halaman mereka. Kalau sebelum ini jemaah menikmati alunan lunak serta bacaan surah sederhana panjang dari mereka ini, tetapi selepas 27 Ramadhan mereka kembali mendengar alunan dan bacaan yang sama mereka dengar zaman mereka kecil-kecil dahulu. Namun masih kedapatan Surau dan Masjid menikmati alunan dan bacaan bertenaga menyempurnakan solat Isyak, Terawih dan Witir sehingga 30 Ramadhan.

Apabila dibuat sedikit penelitian, di dapati Surau dan Masjid yang sentiasa mengadakan majlis Tazkirah akan dapat menghidupkan bulan Ramadhan sebagai bulan Ibadah. Para jemaah pula akan sentiasa mendapat peringatan dan ilmu daripada penyampai Tazkirah, menyebabkan mereka seronok beribadah serta mempunyai kekuatan untuk meneruskan serta berubah kepada kebaikkan.

Kalau dahulu diberitakan seorang sahabat yang bernama Syaaban telah memaklumkan bahawa temannya yang bernama Ramadhan akan berkunjung menemui kita. Dan sekarang Ramadhan pula akan meninggalkan kita dan jirannya Syawal bakal menjelma. Tetapi sebelum beliau meninggalkan kita, Ramadhan berharap akan dapat bertemu lagi di tahun hadapan.


Ramadhan juga berpesan agar meneruskan apa-apa sahaja yang baik takala bersama selama 30 hari itu di bulan-bulan yang berikutnya. Teringat macamana susahnya hendak bangun seawal jam 3.30 pagi kemudian makan sahur serta terus solat subuh berjemaah di Surau dan Masjid tetapi masih boleh dilakukan dalam tempoh 30 hari itu. Kenapa tidak boleh dilakukan di bulan-bulan lain?

Ramadhan adalah bulan Ajaib. Pemergianmu bakal kurindui. Harapan dan pesananmu akan aku turuti. InsyaALLAH.

Sunday, September 5, 2010

Malu….kawasan felda gugusan Bera terima sumbangan air mentah dari SYABAS


Baru-baru ini beberapa kawasan felda dalam kawasan gugusan bera menerima bekalan air mentah dari pihak SYABAS ( Selangor ). Terima kasih kepada pihak pengurusan SYABAS kerana peka dengan masalah air di kawasan felda gugusan bera.

Namun beberapa persoalan hendak ditimbulkan:

Pertama, kenapa Kerajaan Pahang tidak berusaha atau mengambil tindakan mengatasi masalah bekalan air kawasan felda gugusan bera dengan bersungguh-sungguh seperti yang dilakukan oleh pihak SYABAS atau lebih lagi.

Pihak SYABAS telah membekalkan tangki air ke Masjid dan botol kandungan 5 liter air minuman kepada peneroka ( disampaikan oleh YB Guai ). Kenapa pihak kerajaan Pahang tidak memikirkan kearah itu?

Kedua, baru-baru ini melalui media di maklumkan Negeri Selangor bakal menghadapi krisis kekurangan air. Tambahan pula Negeri Selangor bakal menjadi pembeli air dari Negeri Pahang sedikit masa lagi. Tetapi peristiwa penghantaran air tersebut membuktikan sebaliknya.

Ketiga, kenapa pihak SYABAS beriya-iya benar membantu kawasan felda gugusan bera, Pahang ini.? Mungkin ada sesuatu yang ingin pihak pengurusan tertinggi SYABAS mahukan daripada pengurusan tertinggi Persekutuan ( juga Orang Pahang yang merangkap ‘menjaga ‘ FELDA ).

Sepatutnya pihak kerajaan Pahang berasa malu dengan kelembapan tindakan mereka. Jika pimpinan Negeri Pahang tidak berasa apa-apa dengan peristiwa penghantaran air oleh pihak SYABAS, bermakna mereka ini sudah kehilangan moral dan daya kreativiti.

Masalah bekalan air yang berlaku di kawasan felda gugusan bera terutama Felda Purun dan Mayam telah berlaku sejak lebih 20 tahun lepas. Kenapa pihak kerajaan Pahang tidak berusaha mengatasinya dengan sebaiknya?