Friday, June 11, 2010

SETEM CENDERAKENANGAN


PAS Pahang dengan kerjasama PAKATAN AMAL SEJAGAT sedang mempromosikan jualan setem cenderakenangan bergambar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


Menurut Setiausaha Kerja (SUK) PAS Pahang, Fairuz Hisham Nordin setem tersebut akan mula dijual pada Muktamar Agung PAS di Putik, Kelantan mulai sekarang.
“ Setem bernilai 30 sen itu ( yang dikeluarkan oleh POS Malaysia dan boleh digunakan dengan kadar nilainya ) akan dijual pada harga RM20 sekeping yang mengandungi 20 setem 30 sen.


“ Pelancaran jualan setem akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz sendiri semasa perasmian pameran pada 9 Jun di muktamar di Kota Bharu baru-baru ini,” ujarnya. Menurut Fairuz setem tersebut boleh juga didapati dengan menghubungi di talian: 09-2965143, 019 – 937 8487 ( PAKATAN AMAL SEJAGAT ).
~ selamatkanpahang.blogspot

Tuesday, June 8, 2010

SAMA-SAMALAH KITA


Sama-samalah kita sehingga nafas yang terakhir

Friday, June 4, 2010

Blog AKPK 14 boleh dilawati

Urusetia IT AKPK ( Ahli Keluarga Pawang Kadir ) telah membuka laman blog. Alamat blog AKPK ialah ..akpk14.blogspot.com..., menurut Ketua Urusetianya. Keujudan blog ini sebenarnya memenuhi permintaan ramai di kalangan ahli AKPK , para pengkaji sejarah, wartawan dan orangramai terutamanya di Daerah Bera.

Kami menyusun jari sepuluh sekiranya tidak menepati kehendak. Namun keujudan blog ini dapat mengeratkan lagi silaturahim di kalangan ahli AKPK dan orang ramai, tambah Ketua Urusetia AKPK.

Monday, May 31, 2010

SYAHID MENENTANG ISRAIL


Setiap orang ISLAM wajib menentang kezaliman. Dan diatas runtuhnya kezaliman itu wajib ditegakkan keadilan.

Apa yang dimaksud ialah semua kezaliman, termasuk kepada rakyat Negara luar atau Negara rakyat sendiri.

Misi bantuan keamanan yang dibawa melalui sebuah kapal turki yang didalamnya membawa beberapa orang NGO keamanan dipelbagai Negara di dunia termasuk rakyat Malaysia, Indonesia, Turki dan lain-lain telah diserang oleh pihak Komando Israil secara menembak rambang. Diberitakan 10 orang telah Syahid dan ramai yang cedera.

Pihak misi bantuan NGO sedunia mendapat maklumat bahawa Israil mendakwa serangan yang dilakukan oleh mereka adalah kerana kapal misi bantuan NGO sedunia membawa bersama pejuang Palestin dan telah memulakan serangan terlebih dahulu.

Berita ini telah disangkal sekeras-kerasnya oleh wakil misi bantuan NGO sedunia. Apa yang mereka bahawa hanyalah ubat-ubatan, alat pendidikan dan bahan binaan. Dakwa Israil adalah pembohongan besar. Menurut wakil misi bantuan NGO sedunia mereka yang berada didalam kapal mempunyai semangat yang gigih dan jitu untuk meneruskan misi bantuan ini ke GAZA. Tambahan wakil misi kapal merek di tembak dipengairan antarabangsa.

Marilah kita sama-sama berdoa dan bermunajat kepada ALLAH untuk Berjayanya misi ini…Alfatihah untuk semua syuhada dan pejuang ISLAM>

Friday, May 28, 2010

CERAMAH DATO HASAN ALI DI BERA


Pas kawasan Bera menganjurkan ceramah bertempat di Laman Darul Ikhwan, Mengkarak pada 29 mei 2010.


Penceramah yang terlibat ialah Dato Hasan bin Ali ( Exco Negeri Selangor ), YB Teo Kok Seong ( ADUN Bahau ), YBhg Ust Sulaiman Mohammad ( YDP PAS BERA ). Menurut Ust Yusuf Che Din, Ketua Penerangan PAS Bera majlis ceramah tersebut akan dipengerusikan oleh Sdr Musaniff bin Ab.Rahman.


Orang ramai dijemput hadir.


Bera perlu jambatan


Negeri Pahang mempunyai sebelas buah daerah. Bera adalah merupakan daerah yang kesebelas. Dari segi keluasan Daerah Bera mempunyai 2228 KM persegi.

Negeri Pahang adalah negeri terbesar di Semenanjung. Juga mempunyai sungai terpanjang di Semenanjung, iaitu Sungai Pahang.

Dengan panjang 459 KM Sungai Pahang hanya merentasi 6 daerah sahaja daripada 11 daerah. Daerah itu ialah Jerantut, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan dan Pekan.

Ini bermakna keenam-enam daerah ini mempunyai dua daratan yang dipisahkan oleh Sungai Pahang. Kami telah meneliti hanya Daerah Bera sahaja yang tidak mempunyai Jambatan yang menghubungkan kedua-dua daratan daerah ini.

Keujudan jambatan banyak memberi kemudahan kepada rakyat untuk berurusan yang berkaitan pentadbiran , perkhidmatan dan lain-lain.

Jambatan yang terbaru siap dibina ialah Jambatan di Kuala Krau terletak di dalam daerah Temerloh ( merupakan jambatan ke 3 di dalam daerah ini ). Sebelum ini jambatan di Kg Chenor ( Maran ).

Pihak kerajaan diseru agar mempercepatkan pembinaan jambatan di Daerah Bera, kata Musaniff ketika dihubungi selepas berceramah di Felda Purun sempena Karnival Warga Felda Bera 2010. Mungkin ada yang menyatakan oleh kerana tiadanya jalan yang sekurang-kurangnya bertaraf Jalan Negeri dikedua-dua tebing menyebabkan jambatan tidak boleh dilaksanakan, tambahnya.

Dengan nada yang bersungguh-sungguh Musaniff berkata , hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Di sebelah daratan yang didirikan tulisan “ BERA” sekarang ini memang tidak mempunyai jalan yang bertaraf Jalan Negeri. Tetapi perlu diingat bahawa jika projek jalan yang ditinggalkan dengan peruntukkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka ( LKWJ ) diteruskan masalah ini boleh diselesaikan. Jalan yang dimaksudkan ialah Jalan dari Kg Lebak Seberang melalui Kg Guai-Kg Charuk Puting- Kg. Serindang – Kg Batu Bor - Kg. Durian Duduk – Kg. Lubuk Paku ( Maran ).

Jika ingin melihat Bera membangun seiring dengan daerah lain terutama dari segi pembangunan, pemikiran rakyat dan sikap proaktif pemimpin...rakyat dan pemimpin Bera perlu melakukan perubahan serta berani melakukan yang benar serta buangkan sifat duduk 'dibelakang orang'. Sejarah membuktikan bahawa pahlawan dan rakyat BERA adalah orang berilmu, berprinsip ,berani, gagah dan taat kepada agama.


Wednesday, May 26, 2010

Masalah Air berlarutan hampir 10 tahun



Mesyuarat Agong PIBG Maahad SAS telah dirasmikan oleh Ybhg Tuan Kadi Daerah Jengka baru-baru ini.


Apa yang ingin diperkatakan ialah tentang isu air yang dikemukakan didalam agenda membahaskan usul-usul. Hasil daripada perbahasan tersebut,kami dapati bahawa masalah bekalan air terutama di asrama pelajar telah berlarutan hampir sepuluh tahun.


Pengetua telah menyatakan bahawa pihaknya telah menyampaikan masalah ini kepada pihak atasan, iaitu JAIP. Begitu juga pihak jabatan teknikal seperti JKR dan JBA juga telah di maklumkan, namun setakat ini masalah tersebut tidak diatasi sepenuhnya.


Alasan yang dikemukakan ialah untuk membaiki keadaan ini diperlukan peruntukkan melebehi seratus ribu. Dengan bilangan pelajar asrama menghampiri 800 orang dan jumlah keseluruhan pelajar menghampiri 1000 itu, namun tidak ada pihak yang cuba menangani masalah ini dengan bersungguh-sungguh.


Ada di kalangan ahli PIBG secara berseloroh, mungkin perlu ada PRK di sini agaknya baru nak turunkan bantuan.


Tetapi apa yang berlaku sebenarnya ialah layanan yang diberikan kepada sekolah aliran agama amat tidak memuaskan. Begitulah nasib yang terima oleh Maahad SAS salah sebuah sekolah di bawah naungan JAIP, yang juga dikenali sebagai SMAN ( Sekolah Menengah Agama Negeri ).