Sunday, April 11, 2010

WARISAN KETURUNAN PAWANG KADIR

WARISAN KETURUNAN PAWANG KADIR TURUN TEMURUN

Sila klik pada gambar untuk lebih jelas.

Pesanan buat tatapan:

1. Lima perkara sebelum datang lima perkara

2. Enam perkara keyakinan ilmu

3. Empat perkara untuk masyarakat ( Mat Kilau )

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS BERA DIHADIRI PIMPINAN PAKATAN


PAS Kawasan Bera selesai menyempurnakan tanggungjawab tahunannya pada 10hb April 2010 yanglalu dengan dihadiri oleh perwakilan dari cawangan-cawangan , dewan-dewan dan pemerhati. Perasmian dilakukan oleh YB Dato Ir Amiruddin bin Hamzah. Tetamu khas yang turut hadir di majlis perasmian tersebut ialah YB Leong Ngah Ngah ( DAP, Triang ), En Abu Bakar Lebai Sudin ( Tim.Pengerusi DAP Pahang ) , Tuan Haji Hamzah Ibrahim ( PKR Cabang Bera, mantan ADUN Guai ) dan wakil pemerhati Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang, Ust Hamid bin Bahatim.

Empat usul yang diperbahaskan diterima dengan majoriti besar, iaitu

Usul Pertama: ….menggesa pihak kerajaan segera menukarkan status semua ladang FELDA Plantations kepada tanah FELDA yang boleh diisikan peneroka…..

Usul Kedua:….menggesa kerajaan Pahang mengambil tindakan proaktif untuk mengkaji secara mendalam kedudukan dan status persempadan laut Pahang-Terengganu iaitu terdapat Telaga Malong, Telaga Sotong dan Telaga Tanding supaya Pahang mendapat hak royalty petroleum daripada Petronas……..

Usul Ketiga:….mendesak Majlis Daerah Bera menghapuskan cukai pintu terhadap penempatan yang tidak dimasukkan kedalam kawasan operasinya, terutama kampong-kampong tradisi dan orang asli……..

Usul Keempat:….mendesak Majlis Daerah Bera tidak mengeluarkan permit hiburan kepada pengajur yang menganjurkan program hiburan yang melampau sehingga menyebabkan anak-anak muda lupa batasan agama dan sosial budaya……


Mesyuarat Agung tersebut diakhiri dengan ucapan pergulungan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bera selepas perwakilan DUN-DUN, Dewan-Dewan dan Pengerusi Lajnah mengambil bahagian di dalam agenda ucapan penangguhan.

Sunday, April 4, 2010

DATO’ IR AMIRUDDIN RASMI MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN BERA PADA 10HB APRIL 2010


PAS Kawasan Bera akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 10hb April 2010 ( Sabtu ) di Dewan Darul Ikhwan, Mengkarak bermula jam 9.00 pagi.

PAS Kawasan Bera mempunyai 43 cawangan. Setakat artikel ini ditulis hampir keseluruhan cawangan telah menunaikan tanggungjawab mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan cawangan masing-masing.

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bera akan disempurnakan oleh YB Dato’ Ir Amiruddin bin Hamzah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

YB Dato’ Ir Amiruddin , wakil DAP dan pimpinan PAS setempat turut akan berceramah pada 9hb April 2010 ( Jumaat ) bertempat di pekarangan Dewan Darul Ikhwan, Mengkarak jam 9.15 malam. Semua dijemput hadir.

Tuesday, March 30, 2010

Ahli PKM Negeri Pahang percaya PR boleh


Baru-baru ini kami sempat menemuduga seorang AJK Persatuan Kontraktor Melayu Negeri Pahang. Beliau menyatakan lebih percaya kepada PR daripada BN/UMNO dalam memberi keadilan dalam pemberian/penawaran projek.


Ini jelas apabila beliau mengambil contoh apa yang dilakukan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang En Lim Guang Eng dalam mengamalkan sistem tender terbuka. Selama ini apa yang diamalkan oleh BN/UMNO adalah ada udang di sebalik mee, tambahnya. Beliau menambah lagi program kontraktor wibawa dan potensi adalah program yang tidak jujur. Begitu juga sistem cut-off bagi memilih kontraktor layak memenangi sesuatu tawaran yang dilaksanakan sekarang sebenarnya mempunyai agenda tertentu.


Oleh itu beliau menyarankan agar PR apabila memerintah Negeri Pahang selepas PRU 13 menghapuskan sistem yang tidak jujur dan tidak memberi manafat kepada rakyat.

Thursday, March 18, 2010

Pesanan buat Ahli dan Penyokong Parti yang bakal memerintah Pahang selepas PRU 13

Ini adalah pesanan yang disampaikan oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Bera ketika merasmikan Mesyuarat Agong PAS Cawangan Felda Tembangau 02 kali ke 11 baru-baru ini.

Pertama:

Jangan tidak ada masa dengan ALLAH nanti ALLAH tidak masa dengan kita

Kedua:

Sertailah program-program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh masyarakat setempat

Ketiga:

Sentiasa solat Fardu secara berjemaah terutama di Masjid dan Surau

Keempat:

Hargai dan Sayangilah ahli keluarga kita

Kelima:

Daftar pengundi baru dan kempen mengundi parti kita perlu dipergiat

Tuesday, March 9, 2010

INFO : IKLAN - CPM DAN S CURVE



Salam bahagia,

Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat membina Carta Laluan Kritikal ( CPM ) dan S Curve boleh melawati blog : emktech37@blogspot.com.





Pantas serta jimat dan anda akan memperolehi CPM dan S Curve dalam tempoh tujuh hari.

Lawatilah blog kami dan kami sedia menanti anda.

Friday, February 26, 2010

Mari Bersama Perjuangan, Cara Hidup dan Pegangan Rasulullah

Sepanjang hari ini bermula pagi tadi mungkin sampai malam ini kedengaran di corong radio, di dada akhbar, di tatapan TV, di muka facebook dan mana-mana rata-rata menyatakan akan sambutan keputeraan Nabi Muhamad SAW.
Semua peminat media-media ini menyarankan agar seluruh umat Islam sentiasa berselawat keatas Junjungan dan mengikuti sunnahNya dan berbagai lagi. Persoalannya adakah sekadar itu?
Mimbar Jumaat hari ini pun mengambil tajuk yang sama. Diantara isinya ialah Nabi Muhamad menolak jawatan Raja ( pemerintah )kerana ingin berdakwah kepada Islam. Tidakkah kita lupa selepas itu Nabi Muhamad adalah seorang pemerintah Negara Islam pertama di Madinah. Persoalannya kenapa jawatan yang ditawarkan dahulu Rasulullah tolak? Dimana bezanya jawatan yang ditawarkan dahulu dengan pemerintah Negara Islam Madinah?
Di dalam cerita yang sama Nabi Muhamad menolak tawaran berkahwin dengan wanita yang cantik. Tetapi selepas daripada itu Rasullulah berkahwin dengan Siti Khadijah. Dimana bezanya diantara kahwin dengan wanita yang ditawarkan dengan Siti Khadijah?
Persoalan-persoalan ini ditimbulkan sebenarnya sebagai seorang Islam kita adalah umat yang kuat, berprinsip, tidak lembik serta berpandangan jauh. Kita tidak mudah diperkotak-katikkan. Kita diamanahkan untuk mentadbir bumi ini.